Pergi ke kandungan

Harimau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Panthera tigris sondaica)

Harimau
Harimau Benggala (P. tigris tigris) di Taman Negara Bandhavgarh, India.
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Feliformia
Keluarga: Felidae
Genus: Panthera
Spesies:
P. tigris
Nama binomial
Panthera tigris
Subspesies

P. t. tigris
P. t. corbetti
P. t. jacksoni
P. t. sumatrae
P. t. altaica
P. t. amoyensis
P. t. balica
P. t. sondaica
P. t. virgata

Taburan harimau bersejarah (kuning tua) dan 2006 (hijau).[2]
Sinonim
Felis tigris Linnaeus, 1758.[3]

Tigris striatus Severtzov, 1858

Tigris regalis Gray, 1867

Harimau (Jawi: هريماو ; nama saintifik: Panthera tigris) merupakan spesies binatang besar dengan badan yang menyerupai kucing, ia salah satu spesies dalam genus Panthera dan anggota keluarga Felidae.[4] Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter (11 kaki) dan berat 300 kilogram (660 paun).[5][6] Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna hitam yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.

Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasan taiga Siberia, ke padang rumput terbuka, ke paya bakau tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia. Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden sudah diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya digolongkan sebagai terancam. Punca-punca utama harimau terancam ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga kegiatan memburu. Harimau yang pernah menduduki kawasan-kawasan seluas Mesopotamia dan Caucasus hingga Asia Selatan dan Timur, kini semakin berkurangan bilangannya. Walaupun semua spesies yang masih ada diberi perlindungan undang-undang, namun pemburuan, kemusnahan habitat dan kemurungan pembiakbakaan dalam tetap menjadi ancaman.

Walau bagaimanapun, harimau tetap menjadi salah sejenis megafauna berkarisma yang paling terkenal di dunia. Harimau banyak memainkan peranan penting dalam mitos dan budaya rakyat, di samping masih mendapat tempat dalam bidang perfileman dan kesusasteraan moden. Lukisan harimau sering dijumpai pada bendera dan jata negara, sebagai maskot sukan, dan haiwan kebangsaan sebilangan negara Asia, termasuk Malaysia.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Perkataan "harimau" berasal daripada akar *qari-maquŋ dalam bahasa Proto-Austronesia.[7] Perkataan ini seasal dengan rimuëng dalam bahasa Aceh, maung dalam bahasa Sunda, malah sejauh halimaw dalam bahasa Tagalog yang diertikan sebagai "binatang buas"[7] atau "raksasa".

Ia kadang-kadang juga dipanggil harimau belang atau pak belang.[perlu rujukan]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Pada 1758, Linnaeus pertama kalinya menggambarkan spesies ini dalam karyanya Systema Naturae di bawah nama saintifik Felis tigris.[3] Pada 1929, ahli taksonomi British Reginald Innes Pocock mengetepikan spesies ini di bawah genus Panthera di bawah nama saintifik Panthera tigris.[8]

Perkataan Panthera mungkin berasal usul Orient dan boleh dijejak semula ke perkataan bahasa Yunani Purba panther, perkataan bahasa Latin panthera, perkataan bahasa Perancis Kuno pantere, mungkin sekali bermaksud "haiwan kekuningan", atau daripada pandarah bermaksud kuning keputihan. Pemerolehan daripada pan- ("semua") bahasa Yunani dan ther ("binatang") mungkin merupakan etimologi rakyat yang membawa kepada dongeng aneh.[9]

Perkataan tigris boleh dijejak semula ke perkataan bahasa Latin tigris yang bermaksud anjing pemburu harimau berbintik dari Actaeon.[10] Perkataan tigris bahasa Yunani mungkin diperoleh daripada sumber bahasa Parsi.[11]

Wilayah harimau pada 1900 dan 1990
Seekor harimau berenang di taman Six Flags Great Adventure di Jackson Township, New Jersey.

Kawasan harimau biasanya mempunyai tiga ciri utama: Ia akan memiliki perlindungan bagus, terletak berhampiran air dan terdapat banyak mangsa. Harimau Benggala tinggal di semua jenis hutan, termasuk hutan basah, malar hijau, separa-malar hijau Assam dan timur Benggala; hutan bakau Delta Ganges; hutan daun luruh Nepal dan hutan duri Barat Ghats. Berbanding singa, harimau lebh menyukai tumbuh-tumbuhan tebal, kerana penyamarannya lebih sesuai, dan di mana pemangsa tunggal tidak kekurangan kelebihan berbanding kawanan. Antara kucing besar, cuma harimau dan jaguar yang pandai berenang; harimau sering ditemui mandi dalam kolam, tasik dan sungai. Berbeza dengan kucing lain, yang cenderung mengelak air, harimau mencarinya secara aktif. Semasa waktu panas hari, harimau sering dijumpai menyejukkan diri di dalam air. Harimau merupakan perenang yang baik dan dapat berenang sehingga 4 batu. Harimau juga sering didapati membawa mangsa yang dibunuhnya merentasi tasik.

Sifat fizikal dan evolusi

[sunting | sunting sumber]

Di China dan Jawa, telah dijumpai tinggalan seekor kucing seakan-akan harimau, iaitu Panthera palaeosinensis, yang pernah hidup sekitar 2 juta tahun dahulu, ketika bermulanya zaman Pleistosen, tetapi lebih kecil berbanding harimau zaman sekarang. Fosil-fosil harimau sebenar terawal yang dikenal pasti dijumpai di Jawa, berusia antara 1.6 hingga 1.8 juta tahun. Fosil-fosil yang berbeza dari zaman awal dan pertengahan Pleistosen juga ditemui dalam mendapan tanah dari China dan Sumatera. Satu subspesies bernama harimau Trinil (Panthera tigris trinilensis) pernah hidup sekitar 1.2 juta tahun dahulu, dan fosil-fosilnya ditemui di Trinil, Jawa.[12]

Harimau mula menjejak kaki di India dan Asia Utara pada zaman akhir Pleistosen, mencapai Beringia (tetapi tidak benua Amerika), Jepun, dan Sakhalin. Fosil-fosil yang ditemui di Jepun menandakan harimau-harimau tempatan dahulu kala, seperti subspesies yang masih wujud di kepulauan tersebut, adalah lebih kecil berbanding harimau di tanah besar. Ini mungkin disebabkan oleh kaitan saiz badan dengan ruang persekitarannya, ataupun kurangnya bekalan mangsa. Sehingga zaman Holosen, harimau juga berhabitat di Borneo dan juga pulau Palawan di Filipina.[13]

Ciri-ciri fizikal

[sunting | sunting sumber]
Harimau Siberia.

Harimau merupakan spesies kucing jinak yang paling terkenal (selain singa). Harimau biasanya berbulu kemerahan atau perang berkarat, bulu dadanya berwarna keputihan, "berjambul" putih melilit mukanya, dan belang-belang yang berwarna perang, kelabu atau hitam. Setiap subspesies harimau memiliki bentuk dan kepadatan belang yang berlainan dari subspesies yang lain (di samping juga corak warna bulunya; misalnya, harimau Siberia berwarna lebih pudar berbanding subspesies yang lain). Kebanyakan harimau memiliki lebih 100 batang belang. Setiap harimau memiliki corak belang yang unik kepadanya, oleh itu mungkin ada gunanya untuk mengenal pasti harimau individu, seperti mana cap jari digunakan untuk mengenal pasti orang. Walaupun begitu, ini bukan cara yang biasa digunakan kerana sukarnya merakam corak belang seekor harimau liar. Mungkin sekali belang berfungsi sebagai alat penyamaran untuk membantu harimau menyorokkan diri dalam bayang bertelau-telau dan rumput panjang di persekitarannya, sambil menghendap mangsanya. Apabila bulu harimau dicukur, corak belang yang sama dengan bulunya juga kelihatan. Seperti spesies kucing besar yang lain, terdapat bintik putih di belakang kedua-dua belah telinga harimau.

Rangka harimau.

Harimau juga digeruni sebagai kucing yang paling berat di hutan belantara.[14] Harimau juga memiliki kaki dan bahu yang amat kuat, yang membolehkannya mengheret mangsa yang lebih berat daripada dirinya. Bagaimanapun, setiap subspesies berlainan saiznya dengan satu sama lain, apalagi lebih tinggi latitud habitatnya maka lebih besar subspesiesnya, selaras dengan hukum Bergmann. Maka, harimau Siberia (Panthera tigris altaica) jantan yang lebih besar boleh mencapai kepanjangan 3.5 m "ikut lengkung" (3.3 m. "ukuran lurus") dan berat 306 kilogram,[15] iaitu lebih besar berbanding harimau-harimau yang tinggal di kepulauan seperti harimau Sumatera, iaitu subspesies hidup yang terkecil dengan berat badan setakat 75–140 kg sahaja.[15] Harimau betina lebih kecil berbanding harimau jantan dalam setiap subspesies. Perbezaan saiz antara harimau jantan dan betina lebih ketara dalam subspesies yang lebih besar, iaitu berat harimau jantan bersamaan dengan 1.7 kali berat harimau betina.[16] Selain itu, harimau jantan lebih luas tapak kaki depannya berbanding harimau betina. Perbezaan ini sering digunakan oleh ahli biologi untuk menentukan jantina harimau apabila memerhati kesan tapak kakinya.[17] Tengkorak harimau amat serupa dengan tengkorak singa, cuma bahagian hadapannya tidak begitu tertekan atau rata, dengan kawasan postorbital yang lebih panjang sedikit berbanding tengkorak singa yang lebih lebar lubang hidungnya. Namun begitu, disebabkan perbezaan tengkorak kedua-dua spesies tersebut tidak begitu ketara, spesies pemilik tengkorak biasanya hanya dapat ditentukan melalui struktur rahang bawahnya.[18]

Subspesies

[sunting | sunting sumber]
Salasilah filogenetik populasi harimau berdasarkan kajian Driscoll et al. (2009).[19]

Semenjak huraian terawal spesies harimau oleh Linnaeus, beberapa spesimen harimau telah dihuraikan dan diusulkan sebagai subspesies.[20] Kesahan adanya subspesies-subspesies harimau dipersoal pada tahun 1999. Kebanyakan subspesies anggapan yang dihuraikan pada abad-abad ke-19 dan ke-20 dibezakan dari segi ketebalan dan corak warna bulu, corak belang dan saiz badan, dan justeru sebarang ciri-ciri yang banyak berbeza-beza dalam satu-satu populasi. Dari segi morfologi, harimau dari kawasan berbeza amat sedikit variasi, malah aliran gen sesama populasi di kawasan-kawasan berkenaan dianggap mungkin pada zaman Pleistosen. Justeru, diusulkan supaya mengiktiraf hanya dua subspesies harimau yang sah, iaitu P. t. tigris di tanah besar Asia, dan P. t. sondaica di Kepulauan Sunda Besar.[21]

Hasil analisis kraniologi ke atas 111 biji tengkorak harimau dari negara-negara Asia Tenggara menunjukkan bahawa tengkorak harimau Sumatera berbeza dengan tengkorak harimau Indochina dan Jawa, sementara tengkorak harimau Bali hampir sama besar dengan tengkorak harimau Jawa. Oleh itu, para pengkaji mengusulkan agar harimau Sumatera dan Jawa digolongkan sebagai spesies berasingan, iaitu P. sumatrae dan P. sondaica dengan harimau Bali sebagai subspesies P. sondaica balica.[22]

Pada tahun 2015, sifat-sifat morfologi, ekologi dan molekul yang terdapat pada semua anggapan subspesies harimau telah dianalisis dalam pendekatan bersepadu. Hasilnya menyokong usul pembezaan kepada dua kelompok evolusi iaitu harimau tanah besar dan kepulauan Sunda. Pengkaji mengusulkan agar diiktiraf hanya dua subspesies, iaitu 1) P. t. tigris yang terdiri daripada populasi harimau Benggala, Malaya, Indochina, China Selatan, Siberia dan Kaspia, dan 2) P. t. sondaica yang terdiri daripada populasi harimau Jawa, Bali dan Sumatera. Mereka juga menegaskan bahawa penggolongan semula ini akan mempengaruhi usaha pemuliharaan harimau. Subspesies tatanama P. t. tigris merangkumi dua klad, iaitu:[23]

  • klad utara yang terdiri daripada populasi Siberia dan Kaspia
  • klad selatan yang terdiri daripada semua populasi tanah besar yang selebihnya

Seorang pakar pemuliharaan menyambut baik usul ini kerana ia akan mempermudah usaha pembiakbakaan kurungan dan memperkenalkan semula harimau jagaan zoo ke dalam hutan. Ada seorang ahli genetik yang curiga terhadap kajian itu dan bertegas bahawa sembilan subspesies yang diiktiraf masa ini boleh dibezakan dari segi genetik.[24]

Pada 2017, sebuah pasukan khas yang ditubuhkan oleh IUCN dikenali sebagai Cat Classification Task Force telah mengkaji semula taksonomi felid (rumpun kucing) lalu mengiktiraf populasi-populasi harimau di tanah besar Asia sebagai P. t. tigris, dan populasi-populasi Kepulauan Sunda pula sebagai P. t. sondaica.[25] Jadual-jadual berikut berasaskan pengelasan spesies Panthera tigris seperti yang termaktub dalam Mammal Species of the World.[20] Juga dicerminkan pengelasan yang digunakan oleh Cat Classification Task Force pada 2017:

Panthera tigris tigris (Linnaeus, 1758)[3]
Populasi Huraian Gambar
Harimau Benggala Huraian Linnaeus ke atas spesies harimau berdasarkan huraian-hurian terdahulu oleh Conrad Gessner, Ulisse Aldrovandi dan lain-lain.[3] Kulit harimau Benggala dalam koleksi Natural History Museum, London berbeza corak dari kuning cerah ke kuning kemerahan dengan belang hitam.[8]
Harimau Kaspia

dahulunya P. t. virgata (Illiger, 1815)[26]
Huraian Illiger tidak berasaskan spesimen tertentu, tetapi beliau hanya beranggapan bahawa harimau di kawasan Kaspia berbeza daripada harimau di tempat lain.[26] Kemudian dihuraikan mempunyai belang yang tirus dan rapat-rapat.[27] Saiz tengkorak tidak banyak berbeza dengan harimau Benggala.[21] Mengikut analisis genetik, pertaliannya lebih rapat dengan Harimau Siberia.[19] Kewujudannya di alam liar tercatat sehingga 1970-an, kini dianggap pupus sejak lewat abad ke-20.[28]
Harimau Siberia

dahulunya P. t. altaica (Temminck, 1844)[29]
Huraian Temminck berdasarkan beberapa spesimen kulit harimau dengan bulu lebat berhelai panjang yang pernah diperdagangkan antara Korea dan Jepun, dianggap berasal dari Pergunungan Altai.[29] Kemudian, harimau Siberia dihuraikan mempunyai litupan bulu yang pucat dengan sedikit belang berwarna coklat tua.[27]
Harimau Cina Selatan

dahulunya P. t. amoyensis (Hilzheimer, 1905)[30]
Huraian Hilzheimer berdasarkan lima biji tengkorak harimau yang dibeli di Hankou, China selatan. Tengkorak-tengkorak ini berbeza dari segi saiz gigi dan tulang rahang sebanyak beberapa sentimeter daripada tengkorak harimau India.[30] Kulit harimau yang diperoleh daripada saudagar bulu di China dikatakan berwarna jingga cerah dengan belang-belang berbentuk seakan rombus. Disebabkan perbezaan pada bentuk tengkorak, sekian lama disangka merupakan varian yang paling kuno.[31] Didapati mempunyai haplotip mtDNA yang unik.[25]
Harimau Indochina

dahulunya P. t. corbetti Mazák, 1968[32]
Huraian Mazák berdasarkan 25 spesimen dalam koleksi muzium yang kecil berbanding harimau India, malah tengkoraknya pun lebih kecil.[32]
Harimau Malaya

dahulunya P. t. jacksoni Luo et al., 2004[33]
Diusulkan sebagai subspesies yang berbeza berasaskan mtDNA dan jujukan mikrosatelit yang berbeza dengan harimau Indochina.[33] Dari segi warna bulu dan saiz tengkorak, tidak banyak bezanya dengan harimau Indochina.[34] Tiada rintangan geografi yang nyata antara populasi harimau di Semenanjung Malaysia utara dan Thailand selatan.[1]
Panthera tigris sondaica (Temminck, 1844)[25]
Populasi Huraian Gambar
Harimau Jawa Huraian Temminck berasaskan beberapa spesimen kulit harimau dengan bulu licin berhelai pendek.[29] Harimau Jawa kecil berbanding harimau tanah besar Asia.[34]
Harimau Bali

dahulunya P. t. balica (Schwarz, 1912)[35]
Huraian Schwarz berasaskan satu set kulit dan tengkorak harimau betina dewasa dari Bali. Hujahnya, warna bulu lebih cerah dan tengkoraknya lebih kecil daripada harimau Jawa.[35][15] Satu ciri tipikal tengkorak harimau Bali ialah satah oksipital yang sempit, seakan-akan sama dengan bentuk tengkorak harimau Jawa.[36]
Harimau Sumatera

dahulunya P. t. sumatrae Pocock, 1929[37]
Huraian Pocock ke atas kulit gelap seekor harimau dari Sumatra sebagai spesimen jenis yang mempunyai banyak belang tebal yang tersusun padat. Tengkoraknya sedikit besar berbanding tengkorak harimau dari Bali.[37] Inilah jenis harimau masih wujud yang paling kecil.[31] Tidak pasti kenapa saiznya kecil berbanding harimau tanh besar, tetapi besar kemungkinan disebabkan persaingan untuk mangsa yang kecil dan terhad.[21] Populasinya disangka berasal dari tanah besar Asia sebelum dipisahkan sekitar 6,000 hingga 12,000 tahun dahulu setelah kenaikan paras laut melahirkan pulau Sumatera.[34][38]

Pada tahun 2018 diterbitkan satu kajian berdasarkan 32 spesimen harimau yang menggunakan pendekatan susunan genom keseluruhan untuk analisis. Hasilnya menyokong enam klad harimau monofiletik yang sepadan dengan subspesies yang masih hidup serta menunjukkan bahawa leluhur bersama yang paling lewat pernah hidup kira-kira 110,000 tahun dahulu.[39]

Pengacukan antara kucing-kucing besar, termasuk sekali harimau, mula-mula dikonsepkan pada abad ke-19, ketika pihak zoo berminat untuk mencari haiwan aneh untuk dipamerkan demi mengaut keuntungan.[40] Adalah diketahui bahawa singa boleh membiak bersama harimau (terutamanya subspesies Amur dan Benggala) untuk melahirkan kacukan yang bergelar liger dan tiglon (atau tigon).[41] Kacukan sebegini pernah sering dibakakan dalam zoo, tetapi kini tidak digalakkan kerana penekanan diberi kepada pemuliharaan spesies dan subspesies. Sungguhpun begitu, kacukan sedemikian masih dibakakan dalam taman haiwan persendirian di China.

Harimau pada lambang negara Malaysia

Liger ialah hasil kacukan singa jantan dengan harimau betina (lion + tiger).[42] Disebabkan singa jantan menurunkan gen penggalak pertumbuhan tanpa dipadani oleh gen pembantut pertumbuhan dari harimau betina, maka liger membesar lebih cepat berbanding kedua-dua induknya, selain mencampuri sifat-sifat fizikal dan tabii dari kedua-dua spesies induknya (bintik dan belang kelihatan pada latar perang muda). Liger yang jantan adalah mandul, tetapi yang betina pula biasanya subur. Liger jantan cuma ada 50% peluang bersurai, jika ya pun, surainya cuma separuh tebalnya berbanding singa sejati. Liger biasanya berukuran antara 10 hingga 12 kaki panjangnya, dan juga boleh mencapai berat antara 800 dan 1,000 paun atau lebih lagi.[42]

Lebih jarang ditemui pula ialah tigon, yang merupakan kacukan antara harimau jantan dan singa betina (tiger + lion).[43]

Variasi warna

[sunting | sunting sumber]

Harimau putih

[sunting | sunting sumber]
Sepasang harimau putih di Taman Haiwan Singapura.

DHasil daripada mutasi, wujudnya harimau putih atau chinchilla albinistic[44] yang jarang ditemui di alam liar, tetapi banyak terdapat dalam zoo. Cubaan membiak baka harimau putih sering mengakibatkan pembiakbakaan dalam (kerana ciri ini adalah resesif). Banyak inisiatif telah diambil untuk mengawankan harimau putih bersama harimau jingga untuk menyelesaikan masalah ini, termasuk mencampurkan subspesies. Pembiakbakaan dalaman sebegini boleh menyebabkan harimau putih mengalami kecacatan fizikal seperti lelangit rekah dan skoliosis (kelengkungan tulang belakang).[45][46] Lebih-lebih lagi, harimau putih cenderung bermata juling (iaitu strabismus). Walaupun kelihatan sihat, hayat harimau putih selalunya tidak sepanjang harimau jingga. Catatan mengenai harimau putih mula-mula dirakamkan pada awal abad ke-19.[47] Harimau putih hanya lahir kepada kedua-dua induk yang membawa gen jarang yang ditemui dalam harimau putih; dihitungkan hanya satu daripada 10,000 kelahiran yang berjaya mewarisi gen ini. Harimau putih ini bukan subspesies yang berasingan, cuma sekadar kelainan warna; memandangkan subspesies Benggala sahajalah yang diperhatikan adanya harimau putih di kalangannya dalam alam liar[48] (di samping semua harimau putih dalam kurungan sekurang-kurangnya berkacukan Benggala), maka adalah sangkaan ramai bahawa gen resesif inilah yang menyebabkan pemutihan ini hanya dibawa oleh harimau Benggala, itupun tidak diketahui sebab-sebabnya.[45][49]

Harimau belang emas

[sunting | sunting sumber]
Seekor harimau belang emas/strawberi di Zoo Buffalo.

Selain harimau putih, wujudnya satu lagi jenis gen resesif yang boleh menzahirkan kelainan warna "belang emas" (golden tabby) atau "strawberi" yang luar biasa sekali. Dari segi warna, harimau belang emas berbulu emas muda, berkaki pucat dan berbelang jingga pudar. Bulunya juga lebih tebal dari biasa.[50] Dalam kurungan cuma ada 30 ekor harimau ini. Seperti harimau putih juga, harimau strawberi ini sekurang-kurangnya berkacukan Benggala. Sesetengah harimau belang emas, iaitu harimau heterozigot, membawa gen harimau putih, dan apabila dua ekor harimau sebegini mengawan, maka boleh terlahirnya anak harimau putih tanpa belang. Kedua-dua harimau putih dan belang emas selalunya lebih besar berbanding harimau Benggala yang biasa.

Biologi dan tabiat

[sunting | sunting sumber]

Kewilayahan

[sunting | sunting sumber]

Pada pokoknya, harimau merupakan haiwan yang berkelakuan bersendirian dan kewilayahan. Saiz liputan tempat tinggal harimau banyak bergantung pada kecukupan mangsa dan peluang mengawan. Seekor harimau betina boleh menguasai wilayah seluas 20 kilometer persegi, manakala harimau jantan pula lebih luas wilayahnnya, iaitu sekitar 60–100 km2. Liputan wilayah seekor harimau jantan sering bertindan dengan beberapa wilayah harimau betina.

Kebanyakan harimau gemar bersendirian.

Hubungan antara harimau individu agak kompleks, kerana nampaknya harimau tidak mengikuti apa-apa "ketetapan" berkenaan hak kewilayahan dan pencerobohan wilayah. Contohnya, walaupun sering mengelakkan diri dari satu sama lain, namun pernah dirakamkan juga harimau jantan mahupun betina berkongsi habuan buruannya. Misalnya, George Schaller memerhati seekor harimau jantan berkongsi habuan dengan dua ekor harimau betina dan empat ekor anak harimau. Harimau betina biasanya keberatan untuk membenarkan harimau jantan mendekati anak-anaknya, tetapi Schaller memerhati harimau betina tersebut tidak berbuat apa-apa untuk melindungi anak-anaknya dari harimau jantan, jadi mungkin sekali harimau jantan itu merupakan bapa kepada anak-anak harimau itu. Harimau jantan membenarkan harimau betina dan anak-anaknya memakan habuan dahulu. Lebih-lebih lagi, harimau kelihatan agak berbaik-baik berkongsi habuan, berbanding dengan singa yang cenderung berkelahi dan berbalah. Pernah diperhatikan juga harimau bukan saudara memakan mangsa bersama-sama. Rangkap berikut dipetik dari buku Stephen Mills yang berjudul Tiger, yang mana beliau mengisahkan peristiwa yang disaksikan oleh Valmik Thapar dan Fateh Singh Rathore di Ranthambhore:[51]

Seekor harimau betina dominan yang bergelar Padmini membunuh seekor nilgai (sejenis antelop besar) jantan seberat 250 kg (550-lb). Mereka menemui Padmini bersama habuannya dan anak-anaknya yang berusia 14 bulan, sebaik sahaja selepas waktu subuh lalu memerhatinya tanpa henti selama sepuluh jam. Sepanjang berjam-jam ini, keluarga Padmini disertai oleh dua harimau betina dan seekor harimau jantan, ketiga-tiganya juga kelahiran seperanak Padmini yang dahulu; ditambah oleh dua harimau bukan saudara, iaitu seekor betina dan seekor lagi tidak pasti jantinanya. Pada pukul tiga, terdapat sembilan ekor harimau di sekeliling habuan itu.

Harimau betina muda cenderung mengasaskan wilayah pertamanya berhampiran dengan kawasan induknya. Lama-kelamaan pertindanan wilayah harimau betina muda itu dengan ibunya semakin berkurangan. Harimau jantan pula lebih berjauhan dari induk berbanding harimau betina, iaitu keluar pada usia yang agak muda untuk menandakan kawasan sendiri. Seekor harimau jantan muda memperoleh wilayahnya sama ada dengan mencari liputan yang tiada harimau jantan yang lain, atau tinggal dalam wilayah harimau jantan lain buat seketika, sehingga usianya dan kekuatannya mencukupi untuk mencabar tuan rumahnya. Kadar kematian tertinggi (30-35% setahun) di kalangan harimau jantan berlaku di kalangan harimau jantan muda yang baru meninggalkan kawasan induknya untuk mencari wilayah sendiri.[52]

Harimau jantan lebih tidak tahan dengan kehadiran jantan yang lain dalam wilayahnya berbanding harimau betina terhadap betina yang lain. Walaupun begitu, perbalahan wilayah selalunya dileraikan dengan sekadar menakut-nakutkan satu sama lain daripada tindakan agresif terang-terangan. Beginilah yang diperhati dalam peristiwa-peristiwa sedemikan, yang mana harimau menandakan penyerahan kalah dengan bergolek pada belakangnya sambil mendedahkan dadanya secara postur menyerah.[53] Selepas itu, harimau jantan yang dominan boleh bertoleransi dengan peserahnya dalam liputannya, asalkan tidak terlalu berhampiran sesama sendiri.[52] Perbalahan yang ganas sekali boleh tercetus antara dua ekor harimau jantan apabila seekor harimau betina sedang mengalami estrus, hingga boleh berakhir dengan kematian sebelah pihak, inipun jarang berlaku.[52][54]

Untuk menandakan wilayahnya, harimau jantan membuang air pada pokok, di samping meninggalkan jejak dengan tinjanya. Harimau jantan mengerut mukanya apabila mengesan kesuburan seekor harimau betina dengan menghidu air kencing harimau betina.

Pelbagai teknik telah digunakan untuk mengkaji harimau di alam liar. Pada awalnya, bilangan harimau dianggarkan dengan mengisi kesan jejak kakinya dengan acuan lepa, sehingga kaedah ini didapati kurang berkesan[55] lalu diganti oleh cubaan kaedah menggunakan rakaman kamera. Teknik-teknik terkini yang menggunakan DNA yang dipetik pada tinjanya juga dinilai. Kaedah relang leber radio juga diterima secara meluas untuk menjejaki harimau liar untuk tujuan penyelidikan.

Pemburuan dan pemakanan

[sunting | sunting sumber]
Gigi harimau (atas), dibandingkan dengan gigi beruang hitam Asia (bawah). Gigi taring besar digunakan untuk melakukan gigitan pembunuh, tetapi karnasial gigi pula digunakan untuk mengoyak daging ketika makan.

Di alam liar, harimau biasanya memakan haiwan bersaiz besar atau sederhana. Sambar, seladang, rusa bintik, babi hutan, nilgai dan kerbau merupakan mangsa kegemaran harimau di India. Adakalanya, harimau juga memburu harimau bintang, ular sawa, beruang sloth dan buaya. Di Siberia, spesies mangsa utamanya adalah wapiti Manchuria, babi hutan, rusa sika, moose, kijang, dan rusa kesturi. Di Sumatera pula, sambar, kijang, babi hutan, dan tenuk pula dijadikan mangsa. Seperti haiwan pemangsa yang lain, harimau mencuri peluang memakan mangsa yang lebih kecil seperti monyet, burung merak, kelinci, dan ikan.

Gajah dewasa sememangnya terlalu besar untuk dijadikan mangsa utama harimau, tetapi selalunya terjadi perbalahan antara harimau dan gajah. Pernah diperhatikan juga seekor harimau membunuh seekor Badak Sumbu India.[56] Adakalanya anak gajah dan anak badak dijadikan mangsa harimau, begitu juga dengan haiwan jinak seperti anjing, lembu, kuda dan keldai.[57]

Harimau yang berusia lanjut atau tercedera, hingga tidak mampu mengejar mangsa semula jadinya, boleh bertukar menjadi pemakan manusia, terutamanya di seluruh India. Di kawasan Sundarban pula, adanya juga harimau sihat yang mengejar nelayan dan penduduk kampung yang mencari hasil hutan, menjadikan manusia sebagai sebahagian kecil dalam pemakanan harimau.[58] Sekali-sekala harimau memakan tumbuh-tumbuhan untuk memperoleh serabut diet, terutamanya sekali buah Careya arborea.[57]

Keunggulan harimau sebagai pemangsa hebat terletak pada rahangnya yang amat kuat serta giginya yang tajam sekali.

Harimau biasanya berburu pada waktu malam[59], secara bersendirian dan menyerang hendap mangsa seperti jenis-jenis kucing yang lain, mengatasi mangsa dari mana-mana sudut, menggunakan kebesaran dan kekuatannya untuk menjatuhkan mangsa yang besar. Walau begitu berat sekalipun, harimau boleh berlari sepantas 49-65 kilometer sejam (35-40 batu sejam), tetapi hanya boleh memecut untuk masa yang singkat kerana stamina yang terhad. Oleh itu, harimau mesti cukup dekat dengan mangsa sebelum menyerang. Harimau begitu hebat lompatannya, iaitu dilaporkan melompat secara mengufuk melebihi 10 meter, tetapi biasanya banyak melompat sepanjang separuh jarak tersebut. Sungguhpun demikian, hanya satu daripada dua puluh buruan berjaya memperoleh habuan.[59]

Ketika memburu mangsa yang lebih besar, harimau lebih gemar menahan mangsa pada tanah dengan kaki hadapannya, sambil menggonggong kerongkong mangsa sehingga mati.[60] Dengan cara inilah, seladang dan kerbau seberat satu tan pun boleh tewas kepada harimau yang hanya seberat satu perenam berat mangsanya.[61] Bagi mangsa yang lebih kecil, harimau menggigit tengkuknya hingga terpatah saraf tunjangnya, menusuk salur udaranya, atau memutuskan urat jugulum atau arteri karotid amnya.[62] Walaupun jarang diperhatikan, ada sebilangan harimau yang dicatatkan memukul mangsa hingga mati dengan tapak kakinya yang cukup kuat untuk menghancurkan tengkorak lembu ternakan,[57] mahupun mematahkan tulang belakang beruang sloth.[63]

Pada 1980-an, seekor harimau bernama "Genghis" di Taman Negara Ranthambhore diperhatikan sering memburu mangsa melalui air tasik yang dalam,[64] iaitu corak kelakuan yang tidak pernah disaksikan sepanjang dua abad lebih pemerhatian harimau. Lebih-lebih lagi, Genghis menunjukkan prestasi cemerlang sebagai seekor harimau kerana sebanyak 20% buruan berjaya dibunuhnya.

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]
Seekor harimau betina bersama anak-anaknya di Taman Simpanan Harimau Kanha, India.

Harimau boleh mengawan bila-bila masa sepanjang tahun, tetapi bulan November hingga April menjadi pilihan kebanyakan haiwan ini.[65] Seekor harimau betina hanya membuka dirinya kepada pasangan selama beberapa hari, dan ketika inilah pengawanan kerap berlaku. Sepasangan harimau bersanggama dengan kerap dan bisingnya, seperti jenis kucing yang lain. Tempoh kebuntingan harimau adalah selama 16 minggu, kemudian menghasilkan seperinduk tiga atau empat anak harimau yang beratnya 1 kilogram (2.2 lb) seekor dan lahir dalam keadaan buta dan lemah. Ibu harimau bersendirian melindungi anaknya dengan melindunginya jerumun seperti belukar dan rekahan batu. Bapa harimau pula biasanya tidak berbuat apa-apa pun untuk menjaga anak-anaknya. Harimau jantan yang tiada pertalian saudara juga boleh membunuh anak harimau semata-mata untuk membukakan hati harimau betina, kerana harimau betina boleh beranak lagi dalam masa 5 bulan sekiranya kehilangan anak-anak yang sebelumnya.[65] Kadar kematian anak harimau agak tinggi, iaitu kira-kira separuh darinya tidak sempat mencecah usia dua tahun.[65]

Dalam setiap seperinduk wujudnya seekor anak harimau dominan, biasanya jantan.[64] Anak ini biasanya menguasai adik-beradiknya ketika bermain dan selalunya lebih cukup aktif sehingga boleh meninggalkan induknya lebih awal dari biasa. Pada usia lapan minggu, anak-anak harimau sedia mengikuti induknya keluar dari jerumun, tetapi tidak bersiar-siar bersama induknya yang merayau-rayau di wilayahnya sehingga usianya cukup matang. Anak harimau mula berdikari pada usia sekitar 18 bulan, tetapi ketika mencecah usia 2–2½ tahun barulah boleh menjauhi ibunya. Harimau betina mencapai kematangan seks pada usia 3–4 tahun, manakala yang jantan pula 4–5 tahun.[65]

Sepanjang hayatnya, seekor harimau betina melahirkan bilangan anak jantan dan betina yang lebih kurang sama rata. Harimau juga membiak dengan sihat dalam kurungan, hinggakan bilangan harimau dalam kurungan di Amerika Syarikat mampu mengatasi bilangan harimau liar sedunia.[66]

Hubungan dengan pemangsa lain

[sunting | sunting sumber]

Harimau belang sekali-sekala boleh membunuh pemangsa yang cukup menggerunkan seperti harimau bintang, ular sawa dan buaya,[67][68][69] walaupun haiwan pemangsa biasanya menjauhi satu sama lain. Apabila ditangkap oleh buaya, harimau boleh menyerang mata buaya dengan tapak kakinya.[57] Harimau bintang mengelak persaingan harimau belang dengan memburu mangsa yang berlainan pada waktu yang berlainan.[56] Disebabkan begitu banyak mangsanya, harimau belang dan harimau bintang kelihatan tidak sukar hidup bersama tanpa terjejas oleh persaingan atau hierarki kedominanan antara spesies yang lebih kerap ditemui di kawasan savana.[70] Diketahui juga bahawa harimau boleh menindas serigala di kawasan-kawasan yang diduduki bersama oleh kedua-dua spesies.[71][72] Diperhatikan juga gerombolan anjing hutan bermati-matian menyerang lalu membunuh harimau kerana merebut makanan.[63] Harimau Siberia dan beruang perang boleh bersaing sesama sendiri dan selalunya mengelak daripada bertembung; namun demikian, harimau boleh membunuh anak beruang dan adakalanya beruang dewasa juga. Beruang hitam Asia dan beruang perang merupakan 5-8% makanan harimau di Timur Jauh Rusia.[15] Juga dicatatkan pula beruang perang membunuh harimau sama ada untuk mempertahankan diri mahupun merebut makanan.[18] Sebilangan beruang yang bangun dari hibernasi boleh cuba mencuri habuan harimau, namun adakalanya harimau sedia melindungi makanannya. Beruang sloth agak agresif dan adakalanya mengusir harimau muda agar menjauhi makanannya, walaupun adalah lebih kerap bagi harimau Benggala menjadikan beruang sloth sebagai mangsa.[15]

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Mangsa manusia

[sunting | sunting sumber]
Lukisan kegiatan memburu harimau sambil menunggang gajah, India, awal abad ke-19.

Harimau merupakan antara haiwan buruan yang utama Asia, diburu secara besar-besaran dari abad ke-19 hingga awal abad ke-20 di kawasan India, sebagai kegiatan sukan yang digemari oleh penjajah British dan juga golongan maharaja dan bangsawan yang memerintah negeri-negeri kecil yang wujud sebelum kemerdekaan India. Kegiatan memburu harimau dilakukan oleh pemburu bersenjata secara merangkak atau menunggang gajah, ataupun dengan menyediakan perangkap yang diisi umpan kambing atau kerbau.[73] Sekali-sekala, penduduk kampung memalun gendang secara berkumpulan untuk mengumpan harimau ke akhir riwayatnya. Terdapat panduan terperinci untuk menguliti harimau, di samping dibantu oleh ahli taksidermi yang berkepakaran menyediakan kulit harimau.

Pemakan manusia

[sunting | sunting sumber]

Walaupun jarang memakan manusia, namun harimau telah membunuh lebih ramai orang berbanding mana-mana kucing, khususnya di kawasan-kawasan di mana pertumbuhan kependudukan manusia, kegiatan pembalakan, dan pertanian telah menjejaskan habitat harimau. Kebanyakan harimau pemakan manusia lanjut usia dan kehilangan gigi, dan beralih ke daging manusia kerana tidak mampu menawan jenis mangsa yang lebih digemari.[58] Hampir kesemua harimau yang dikenal pasti sebagai pemakan manusia ditangkap, ditembak, atau diracuni begitu sahaja. Harimau yang tegar memakan manusia sebenarnya jarang mencerobohi kawasan penempatan manusia, sebaliknya berdiam di pinggiran kampung sahaja.[58] Apapun, harimau juga boleh menyerang dalam kampung.[74] Harimau pemakan manusia menjadi satu masalah di India dan Bangladesh, khususnya di Kumaon, Garhwal dan paya bakau Sundarban di Benggala, di mana diketahuinya beberapa ekor harimau yang sihat yang memburu manusia. Berikutan kemusnahan habitat secara mendadak dan perubahan iklim, maka banyaklah lagi serangan harimau terhadap manusia di kawasan Sundarban.[75]

Perubatan tradisional Asia

[sunting | sunting sumber]

Ramai penduduk negara China percaya bahawa sesetengah anggota badan harimau menyimpan sifat perubatan, seperti pengubat kesakitan dan afrodisiak.[76] Namun, tiadanya bukti saintifik yang menyokong dakwaan-dakwaan tersebut. Penggunaan anggota badan harimau dalam penghasilan perubatan farmasi di China sudahpun diharamkan, manakala pihak kerajaannya telah menetapkan kesalahan undang-undang berkenaan pemburuan harimau yang boleh dikenakan hukuman mati. Lebih-lebih lagi, segala kegiatan perdagangan anggota badan harimau adalah haram di sisi Konvensyen Perdagangan Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar Antarabangsa sementara China telah mengharamkan perdagangan bahan-bahan sedemikian sejak tahun 1993. Sungguhpun begitu, masih terdapat sebilangan ladang harimau di negara itu yang dikhususkan menternak harimau untuk tujuan keuntungan. Dianggarkan bahawa antara 4,000 dan 5,000 ekor haiwan yang separa jinak tinggal dalam ladang-ladang sedemikian hari ini.[77][78]

Haiwan peliharaan

[sunting | sunting sumber]

Persatuan Zoo dan Akuarium menganggarkan sebanyak 12,000 ekor harimau dibela sebagai haiwan peliharaan persendirian di Amerika Syarikat, iaitu jauh lebih banyak berbanding jumlah harimau liar di dunia,[79] termasuk 4,000 ekor di negeri Texas sahaja.[79]

Salah satu punca bilangan harimau begitu banyak di Amerika ialah undang-undangnya, yang mana hanya 19 buah negeri mengharamkan pemilikan harimau secara persendirian, 15 negeri sekadar mewajibkan lesen, dan 16 negeri pula langsung tiada peraturannya.[79]

Kejayaan program pembiakan di taman haiwan dan sarkas Amerika telah menyebabkan bilangan anak harimau lahir terlalu ramai pada 1980-an dan 1990-an, sekaligus menjatuhkan harga haiwan-haiwan tersebut.[79] SPCA menganggarkan kini terdapat 500 ekor singa, harimau dan kucing besar yang lain yang dimiliki persendirian di kawasan Houston sahaja.[79]

Gambaran kebudayaan

[sunting | sunting sumber]
Lukisan harimau oleh Kuniyoshi Utagawa dari abad ke-19.

Harimau menduduki takhta Raja Segala Haiwan di kebanyakan budaya Asia timur,[80] melambangkan kerajaan, keberanian dan kemarahan.[81]

Sebagai salah seekor haiwan terpenting dalam mitos dan kebudayaan Cina, harimau mendapat tempat di kalangan 12 haiwan dalam zodiak Cina. Harimau digambarkan sebagai lambang duniawi menyaingi naga yang melambangkan rohani, bagai buku bertemu ruas. Sebenarnya, seni bela diri Hung Ga dari Cina Selatan adalah berasaskan pergerakan harimau dan burung jenjang. Sewaktu negara China diperintah oleh maharaja, harimau mempersonifikasi perang dan melambangkan panglima tentera tertinggi,[81] sementara maharaja dan maharani masing-masing dilambangkan oleh naga dan cenderawasih. Buruj Harimau Putih ialah salah satu daripada Empat Lambang dalam ilmu buruj Cina. Buruj tersebut adakalanya dikenali sebagai Harimau Putih Barat, kerana melambangkan arah barat dan musim luruh.[81]

Dalam agama Buddha, harimau merupakan salah satu daripada Tiga Makhluk Jahil, iaitu melambangkan kemarahan, di samping monyet sebagai lambang ketamakan dan rusa sebagai ketagihan cinta.[81]

Patung pahlawan Sala melawan harimau, lambang Empayar Hoysala di Belur, Karnataka, India.

Orang Tungus memuja harimau Siberia seolah-olah separa dewa dan sering memanggilnya "datuk" atau "orang tua". Orang-orang Udege dan Nanai memanggilnya "Amba". Orang Manchu menggelar harimau Siberia sebagai "Hu Lin", iaitu raja.[17]

Dewi Hindu Durga berupa wirawati berlengan sepuluh yang menunggang harimau (atau singa) betina yang bernama Damon ketika berperang. Di India selatan, dewa Aiyappa berlambangkan harimau.[82]

Harimau juga menjadi bahan penting dalam bidang sastera. Dalam novel The Jungle Book karya Rudyard Kipling, si harimau Shere Khan ialah musuh ketat kepada watak utama, Mowgli. Songs of Experience karya William Blake juga menggambarkan harimau sebagai makhluk yang ganas dan menggerunkan. Berlawanan dengan karya-karya tadi, harimau juga boleh dijadikan baik dan lembut seperti Tigger dalam cerita Winnie-the-Pooh oleh A. A. Milne. Dalam novel Life of Pi, watak utama Pi Patel, satu-satunya mangsa manusia yang terselamat dari nahas kapal di Lautan Hindi, bersahabat dengan seekor harimau Benggala gergasi yang pernah menaiki kapal tersebut. Komik Calvin and Hobbes dibintangi seorang kanak-kanak bernama Calvin dan anak patung harimaunya, Hobbes.

Harimau ialah haiwan kebangsaan negara-negara Bangladesh, Nepal, India[83] (Harimau Benggala)[84] Malaysia (Harimau Malaya), Korea Utara dan Korea Selatan (Harimau Siberia).

Di Malaysia, selain Jata Negara yang mempamerkan dua ekor harimau yang berdiri di kedua-dua belah perisai sebagai lambang kekuatan dan keberanian, lambang harimau juga terdapat pada logo syarikat tersohor di Malaysia seperti Maybank dan Proton.

Usaha pemuliharaan

[sunting | sunting sumber]

Kegiatan memburu harimau untuk bulunya serta kemusnahan habitat telah mengakibatkan bilangan harimau liar menjunam dengan teruk sekali. Pada permulaan abad ke-20, dianggarkan ada lebih 100,000 ekor harimau di dunia, tetapi kini tinggal kira-kira 2,000 ekor harimau liar sahaja.[85]

India selaku negara yang paling banyak bilangan harimau liar di dunia[86], sedang menjalankan sebuah usaha pemuliharaan bersepadu besar-besaran bernama Project Tiger sejak tahun 1973, melibatkan pembukaan hutan-hutan simpanan baru untuk memulihkan populasi harimau Benggala liar. Selain itu, langkah-langkah juga diambil oleh pihak kerajaan India untuk membasmi kegiatan memburu harimau secara haram, ditambah dengan pemindahan beratus-ribu penduduk kampung jauh dari habitat harimau agar mengurangkan pertembungan yang tidak diingini antara manusia dan harimau.[87] Setakat ini terdapat kira-kira 1,400 ekor harimau Benggala.

Harimau Siberia menghampiri kancah kepupusan dengan 40 ekor yang tinggal pada 1940-an, tetapi akhirnya diselamatkan apabila pihak pentadbiran Kesatuan Soviet menetapkan kawasan terlindung untuk membasmi kegiatan memburu. Pada 1990-an, kegiatan memburu harimau untuk pasaran China serta pembasmian hutan menjadi cabaran utama kepada usaha pemuliharaan subspesies harimau ini. Antara langkah-langkah yang diambil termasuklah memujuk para pemburu untuk memberi tumpuan kepada serigala, kerana harimau tidak banyak mengehadkan bilangan mangsa berbanding serigala, oleh itu ada baiknya mengawal populasi serigala.[88] Kini, terdapat 400-550 ekor harimau Siberia yang liar.

Pertubuhan Save China's Tigers berusaha memperkenalkan Harimau Cina Selatan yang dikurung di Afrika Selatan ke dalam habitat aslinya yang dijadikan hutan simpanan, yang mana harimau-harimau berkenaan dilatih semula untuk mengasah kemahiran memburu seperti haiwan liar, di samping membiak secara semula jadi.[89]

  1. ^ a b Goodrich, J.; Lynam, A.; Miquelle, D.; Wibisono, H.; Kawanishi, K.; Pattanavibool, A.; Htun, S.; Tempa, T.; Karki, J.; Jhala, Y. & Karanth, U. (2015). "Panthera tigris". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2015: e.T15955A50659951. doi:10.2305/IUCN.UK.2015-2.RLTS.T15955A50659951.en. Dicapai pada 15 January 2018.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ "Wild Tiger Conservation". Save The Tiger Fund. Dicapai pada 7 September 2009.
  3. ^ a b c d Linnaeus, Carolus (1758). Systema naturae per regna tria naturae:secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis. 1 (ed. ke-10). Holmiae (Laurentii Salvii). m/s. 41. Dicapai pada 8 September 2008. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Linn1758" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 548. ISBN 978-0-8018-8221-0.
  5. ^ Cat Specialist Group Diarkibkan 2008-02-22 di Wayback Machine.
  6. ^ "BBC Wildfacts – Tiger". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-05. Dicapai pada 2009-12-07.
  7. ^ a b Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*qari-maquŋ — wild feline". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 9 Mei 2022.
  8. ^ a b Pocock, R.I. (1939) Panthera tigris. In The Fauna of British India, Including Ceylon and Burma. Mammalia: Volume 1. Taylor and Francis, Ltd., London. Muka surat 197–210.
  9. ^ Harper, D. (2001–2011). "Panther". Online Etymology Dictionary. Douglas Harper. Dicapai pada 24 Oktober 2011.
  10. ^ Lewis, C. T. (1890) Tigris. An Elementary Latin Dictionary. American Book Company, New York, Cincinnati, Chicago.
  11. ^ Harper, D. (2001–2011). "Tiger". Online Etymology Dictionary. Etymonline.com. Dicapai pada 24 Oktober 2011.
  12. ^ Van den Hoek Ostende. 1999. Javan Tiger - Ruthlessly hunted down. 300 Pearls - Museum highlights of natural diversity Diarkibkan 2009-09-21 di Wayback Machine. Dicapai pada 11 Ogos 2006.
  13. ^ Piper et al. The first evidence for the past presence of the tiger Panthera tigris on the island of Palawan, Philippines: Extinction in an island population. Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology 264 (2008) 123–127
  14. ^ "WWF – Tigers – Ecology".
  15. ^ a b c d e (Jerman) Vratislav Mazak: Der Tiger. Nachdruck der 3. Auflage von 1983. Westarp Wissenschaften Hohenwarsleben, 2004 ISBN 3 894327596 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "der-tiger" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  16. ^ Matthiessen, Peter. 2000. Tigers in the Snow, m/s. 47. The Harvill Press, London.
  17. ^ a b Matthiessen, Peter (2001). Tigers In The Snow. North Point Press. ISBN 0865475962. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  18. ^ a b V.G. Heptner & A.A. Sludskii. Mammals of the Soviet Union, Volume II, Part 2. ISBN 9004088768.
  19. ^ a b Driscoll, C. A.; Yamaguchi, N.; Bar-Gal, G. K.; Roca, A. L.; Luo, S.; MacDonald, D. W.; O'Brien, S. J. (2009). "Mitochondrial Phylogeography Illuminates the Origin of the Extinct Caspian Tiger and Its Relationship to the Amur Tiger". PLOS ONE. 4 (1): e4125. Bibcode:2009PLoSO...4.4125D. doi:10.1371/journal.pone.0004125. PMC 2624500. PMID 19142238.
  20. ^ a b Wozencraft, W.C. (2005). "Species Panthera tigris". Dalam Wilson, D.E.; Reeder, D.M (penyunting). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (ed. ke-3). Johns Hopkins University Press. m/s. 546. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  21. ^ a b c Kitchener, A. (1999). "Tiger distribution, phenotypic variation and conservation issues". Dalam Seidensticker, J.; Christie, S.; Jackson, P. (penyunting). Riding the Tiger: Tiger Conservation in Human-Dominated Landscapes. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 19–39. ISBN 978-0521648356. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)
  22. ^ Mazák, J. H.; Groves, C. P. (2006). "A taxonomic revision of the tigers (Panthera tigris) of Southeast Asia". Mammalian Biology, Zeitschrift für Säugetierkunde. 71 (5): 268–287. doi:10.1016/j.mambio.2006.02.007.
  23. ^ Wilting, A.; Courtiol, A.; Christiansen, P.; Niedballa, J.; Scharf, A. K.; Orlando, L.; Balkenhol, N.; Hofer, H.; Kramer-Schadt, S.; Fickel, J.; Kitchener, A. C. (2015). "Planning tiger recovery: Understanding intraspecific variation for effective conservation". Science Advances. 11 (5: e1400175): e1400175. Bibcode:2015SciA....1E0175W. doi:10.1126/sciadv.1400175. PMC 4640610. PMID 26601191.
  24. ^ Kupferschmidt, K. (2015). "Controversial study claims there are only two types of tiger". Science. doi:10.1126/science.aac6905. Dicapai pada 27 June 2015.
  25. ^ a b c Kitchener, A. C.; Breitenmoser-Würsten, C.; Eizirik, E.; Gentry, A.; Werdelin, L.; Wilting, A.; Yamaguchi, N.; Abramov, A. V.; Christiansen, P.; Driscoll, C.; Duckworth, J. W.; Johnson, W.; Luo, S.-J.; Meijaard, E.; O’Donoghue, P.; Sanderson, J.; Seymour, K.; Bruford, M.; Groves, C.; Hoffmann, M.; Nowell, K.; Timmons, Z.; Tobe, S. (2017). "A revised taxonomy of the Felidae: The final report of the Cat Classification Task Force of the IUCN Cat Specialist Group" (PDF). Cat News (Special Issue 11): 66−68.
  26. ^ a b Illiger, C. (1815). "Überblick der Säugethiere nach ihrer Verteilung über die Welttheile". Abhandlungen der Königlichen Preußischen Akademie der Wissenschaften zu Berlin. 1804−1811: 39−159.
  27. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Geptner1972
  28. ^ Jackson, P.; Nowell, K. (2011). "Panthera tigris ssp. virgata". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. IUCN. 2011: e.T41505A10480967. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-2.RLTS.T41505A10480967.en.
  29. ^ a b c Temminck, C. J. (1844). "Aperçu général et spécifique sur les Mammifères qui habitent le Japon et les Iles qui en dépendent". Dalam Siebold, P. F. v.; Temminck, C. J.; Schlegel, H. (penyunting). Fauna Japonica sive Descriptio animalium, quae in itinere per Japoniam, jussu et auspiciis superiorum, qui summum in India Batava imperium tenent, suscepto, annis 1825 - 1830 collegit, notis, observationibus et adumbrationibus illustravit Ph. Fr. de Siebold. Leiden: Lugduni Batavorum. Unknown parameter |chapterurl= ignored (bantuan)
  30. ^ a b Hilzheimer, M. (1905). "Über einige Tigerschädel aus der Straßburger zoologischen Sammlung". Zoologischer Anzeiger. 28: 594–599.
  31. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Mazak1981
  32. ^ a b Mazák, V. (1968). "Nouvelle sous-espèce de tigre provenant de l'Asie du sud-est". Mammalia. 32 (1): 104−112. doi:10.1515/mamm.1968.32.1.104.
  33. ^ a b Luo, S.-J.; Kim, J.-H.; Johnson, W. E.; van der Walt, J.; Martenson, J.; Yuhki, N.; Miquelle, D. G.; Uphyrkina, O.; Goodrich, J. M.; Quigley, H. B.; Tilson, R.; Brady, G.; Martelli, P.; Subramaniam, V.; McDougal, C.; Hean, S.; Huang, S.-Q.; Pan, W.; Karanth, U. K.; Sunquist, M.; Smith, J. L. D.; O'Brien, S. J. (2004). "Phylogeography and genetic ancestry of tigers (Panthera tigris)". PLOS Biology. 2 (12): e442. doi:10.1371/journal.pbio.0020442. PMC 534810. PMID 15583716.
  34. ^ a b c Mazák, J. H.; Groves, C. P. (2006). "A taxonomic revision of the tigers (Panthera tigris)" (PDF). Mammalian Biology. 71 (5): 268–287. doi:10.1016/j.mambio.2006.02.007. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 September 2007.
  35. ^ a b Schwarz, E. (1912). "Notes on Malay tigers, with description of a new form from Bali". Annals and Magazine of Natural History. Series 8 Volume 10 (57): 324–326. doi:10.1080/00222931208693243.
  36. ^ Mazak, V.; Groves, C. P.; Van Bree, P. (1978). "Skin and Skull of the Bali Tiger, and a list of preserved specimens of Panthera tigris balica (Schwarz, 1912)". Zeitschrift für Säugetierkunde – International Journal of Mammalian Biology. 43 (2): 108–113.
  37. ^ a b Pocock, R. I. (1929). "Tigers". Journal of the Bombay Natural History Society. 33: 505–541.
  38. ^ Cracraft, J.; Feinstein, J.; Vaughn, J.; Helm-Bychowski, K. (1998). "Sorting out tigers (Panthera tigris): mitochondrial sequences, nuclear inserts, systematics, and conservation genetics" (PDF). Animal Conservation. 1 (2): 139–150. doi:10.1111/j.1469-1795.1998.tb00021.x.
  39. ^ Liu, Y.-C.; Sun, X.; Driscoll, C.; Miquelle, D. G.; Xu, X.; Martelli, P.; Uphyrkina, O.; Smith, J. L. D.; O’Brien, S. J.; Luo, S.-J. (2018). "Genome-wide evolutionary analysis of natural history and adaptation in the world's tigers". Current Biology. 28 (23): 3840–3849. doi:10.1016/j.cub.2018.09.019. PMID 30482605.
  40. ^ "History of big cat hybridisation". Dicapai pada 28 September 2007. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)
  41. ^ Guggisberg, C. A. W. (1975). Wild Cats of the World. New York: Taplinger Publishing. ISBN 0-8008-8324-1.
  42. ^ a b Markel, Scott (2003). Sequence Analysis in a Nutshell: a guide to common tools and databases. Sebastopol, California: O'Reily. ISBN 0-596-00494-X. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  43. ^ "tigon - Encyclopædia Britannica Article". Dicapai pada 12 September 2007. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)
  44. ^ "White tigers". Dicapai pada 25 September 2007. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)
  45. ^ a b The white tiger today and the unusual white lion
  46. ^ White Tigers
  47. ^ "White Tiger Facts". Dicapai pada 26 September 2007. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)
  48. ^ "White Tigers". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-31. Dicapai pada 2009-12-19.
  49. ^ "Snow Tigers". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-05. Dicapai pada 2009-12-19.
  50. ^ "Golden tabby Bengal tigers". Lairweb.org.nz. Dicapai pada 7 Mac 2009.
  51. ^ Mills, Stephen. (2004). Tiger. m/s. 89. BBC Books, London
  52. ^ a b c Mills, Stephen. m/s. 86
  53. ^ Thapar, Valmik. (1989). Tiger: Portrait of a Predator. m/s. 88. Smithmark Pub, New York
  54. ^ Thapar, Valmik. m/s. 88
  55. ^ Karanth, K.U., Nichols, J.D., Seidensticker, J., Dinerstein, E., Smith, J.L.D., McDougal, C., Johnsingh, A.J.T., Chundawat, R.S. (2003) Science deficiency in conservation practice: the monitoring of tiger populations in India. Animal Conservation (61): 141-146 Teks penuh
  56. ^ a b "Sympatric Tiger and Leopard: How two big cats coexist in the same area". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-13. Dicapai pada 2009-12-14. Ecology.info
  57. ^ a b c d Perry, Richard (1965). The World of the Tiger. m/s. 260. ASIN: B0007DU2IU.
  58. ^ a b c "Man-eaters. The tiger and lion, attacks on humans". Lairweb.org.nz. Dicapai pada 7 Mac 2009.
  59. ^ a b ADW:Panthera tigris: Information, http://animaldiversity.ummz.umich.edu/site/accounts/information/Panthera_tigris.html
  60. ^ Schaller. G The Deer and the Tiger: A Study of Wildlife in India 1984, University Of Chicago Press
  61. ^ Sankhala 1997, halaman 17
  62. ^ Sankhala 1997, halaman 23
  63. ^ a b Mills, Stephen (2004). Tiger. Richmond Hill., Ont.: Firefly Books. m/s. 168. ISBN 1552979490.
  64. ^ a b Thapar, Valmik. (1992). The Tiger's Destiny. Kyle Cathie Ltd: Publishers, London
  65. ^ a b c d Nowak, Ronald M. (1999). Walker's Mammals of the World. Baltimore: Johns Hopkins University Press. ISBN 0-8018-5789-9
  66. ^ "Zoogoer - Tiger, Panthera tigris". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-12. Dicapai pada 5 Oktober 2007. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)
  67. ^ "Tiger –". Bangalinet.com. Dicapai pada 7 Mac 2009.
  68. ^ "Tiger – Oakland Zoo". Oaklandzoo.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-26. Dicapai pada 7 Mac 2009.
  69. ^ Sunquist, Fiona & Mel Sunquist. 1988. Tiger Moon. The University of Chicago Press, Chicago.
  70. ^ Karanth, K. Ullas (2000). "Behavioural correlates of predation by tiger (Panthera tigris), leopard (Panthera pardus) and dhole (Cuon alpinus) in Nagarahole, India". Journal of Zoology. 250: 255–265. doi:10.1111/j.1469-7998.2000.tb01076.x. Dicapai pada 5 Jun 2008. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  71. ^ "The IUCN-Reuters Media Awards 2000". IUCN. Dicapai pada 17 Ogos 2007.
  72. ^ "Amur Tiger". Save The Tiger Fund. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-12. Dicapai pada 17 Ogos 2007.
  73. ^ vide Royal Tiger (nom-de-plume) in The Manpoora Tiger - about a Tiger Hunt in Rajpootanah. (1836) Bengal Sporting Magazine, Vol IV. reproduced in The Treasures of Indian Wildlife
  74. ^ "Increasing tiger attacks trigger panic around Tadoba-Andhari reserve". Indianexpress.com. 18 Oktober 2007. Dicapai pada 7 Mac 2009.
  75. ^ "Climate change linked to Indian tiger attacks". Dicapai pada 27 Oktober 2008. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)
  76. ^ Harding, Andrew (23 September 2006). "Programmes | From Our Own Correspondent | Beijing's penis emporium". BBC News. Dicapai pada 7 Mac 2009.
  77. ^ "Chinese tiger farms must be investigated". WWF. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-05. Dicapai pada 7 Mac 2009.
  78. ^ "WWF: Breeding tigers for trade soundly rejected at cites". Panda.org. Dicapai pada 7 Mac 2009.
  79. ^ a b c d e Lloyd, J & Mitchinson, J: "The Book of General Ignorance". Faber & Faber, 2006.
  80. ^ "Tiger Culture | Save China's Tigers". English.savechinastigers.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-12. Dicapai pada 7 Mac 2009.
  81. ^ a b c d Cooper, JC (1992). Symbolic and Mythological Animals. London: Aquarian Press. m/s. 226–27. ISBN 1-85538-118-4.
  82. ^ Balambal, V (1997). "19. Religion - Identity - Human Values - Indian Context". Bioethics in India: Proceedings of the International Bioethics Workshop in Madras: Biomanagement of Biogeoresources, 16-19 Januari 1997. Eubios Ethics Institute. Dicapai pada 8 Oktober 2007.
  83. ^ National Animal Diarkibkan 2011-07-21 di Wayback Machine tapak web Kerajaan India,
  84. ^ "National Symbols of India". High Commission of India, London. Dicapai pada 25 Oktober 2007.
  85. ^ "Tiger". Big Cat Rescue. Dicapai pada 7 Mac 2009.
  86. ^ Students' Britannica India - By Dale Hoiberg, Indu Ramchandani
  87. ^ Tigers flown by helicopter to Sariska reserve to lift numbers in western India - Times Online
  88. ^ Wildlife Science: Linking Ecological Theory and Management Applications, By Timothy E. Fulbright, David G. Hewitt, Contributor Timothy E. Fulbright, David G. Hewitt, Published by CRC Press, 2007, ISBN 0-8493-7487-1
  89. ^ "FAQs|Save China's Tigers". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-15. Dicapai pada 2009-12-19.
  • Brakefield, T. (1993). Big cats kingdom of might, Voyageur press.
  • Dr. Tony Hare. (2001) Animal Habitats P. 172 ISBN 0-8160-4594-1
  • Kothari, Ashok S. & Chhapgar, Boman F. (eds). 2005. The Treasures of Indian Wildlife. Bombay Natural History Society and Oxford University Press, Mumbai.
  • Mazák, V. (1981). Panthera tigris. (PDF). Mammalian Species, 152: 1-8. American Society of Mammalogists.
  • Nowak, Ronald M. (1999) Walker's Mammals of the World. Johns Hopkins University Press. ISBN 0-8018-5789-9
  • Sankhala, K. (1997), Der indische Tiger und sein Reich, Bechtermuenz Verlag, ISBN 3-86047-734-X Abridged German translation of Return of the Tiger, Lustre Press, 1993.
  • Seidensticker, John. (1999) Riding the Tiger. Tiger Conservation in Human-dominated Landscapes Cambridge University Press. ISBN 0-521-64835-1

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]