Rosnah Rashid Shirlin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Datuk
Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Rosnah Shirlin.jpg
Timbalan Menteri Kerja Raya
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Digantikan oleh Mohd Anuar Mohd Tahir
Ahli Parlimen
untuk Papar, Sabah
Dalam jawatan
2013–2018
Digantikan oleh Ahmad Hassan (WARISAN)
Majoriti

10,535 (PRU-13)

- 340 (PRU14)
Butiran peribadi
Parti politik Barisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pekerjaan Timbalan Menteri, Ahli Parlimen

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (lahir 10 Julai 1972) ialah ahli politik Malaysia. Beliau kini merupakan Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Parlimen Papar di Sabah, mewakili parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau adalah Timbalan Menteri Kerja Raya dalam kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN).

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1972 di Kota Belud, Sabah.[1] Beliau mendirikan rumah tangga dengan Fadli Juanas dan mempunyai 3 orang anak angkat. Merupakan anak kelapan dari sembilan adik beradik. Bapanya merupakan seorang jurutera manakala ibunya pula suri rumah. Hobi beliau adalah membaca terutama buku mengenai siri penyiasatan dan juga menonton bola.Mempunyai latar belakang dalam bidang guaman bagaimanapun, ia bukan penghalang untuk menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dan berharap pengalaman sebagai peguam boleh membantu terutama dari segi perundangan.selain itu juga beliau yang mempunyai kelulusan dalam bidang guaman dilantik sebagai ahli jawatankuasa Penerangan mewakili guaman di bawah biro negeri Sabah.Memperoleh Pencapaian Akademik: Disember 1991-1995 - Bachelor in LLB (Hons) UIA. Dianugerahkan Darjah Kebesaran: ADK, ASDK, Jaksa Pendamai (JP), PGDK.Jawatan yang disandang beliau Timbalan Pengerusi Rakan Pengguna,Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn Bhd, dan Ahli Lembaga Malaysia France Institutes Sdn Bhd.[2][3]

Rosnah merupakan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia pada 2009.[4]. Kini beliau merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya yang dilantik oleh Perdana Menteri pada 15 Mei 2013 untuk jawatan didalam kebinet Malaysia 2013.[5]

Dalam pemilihan UMNO 2009 di PWTC, beliau terpilih menjadi Ketua Puteri UMNO.[6]

Pengalaman dan Kelayakan[sunting | sunting sumber]

Master of Arts (Political & International Relations) 2004

Pengalaman[sunting | sunting sumber]

  • Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia 2009 - Sekarang[7]
  • Admitted as a Partner of Jeffrey Chu & Shirlin 2002
  • Attached as Legal Assistant at Jeffrey Chu & Shirlin Aug 1999
  • Attached as Legal Assistant at Messrs Raj & Co. Oct 1998 -July 1999
  • Attached as Legal Assistant at Messrs Francis Liong & Co. Sept 1998
  • Admitted to Practise as an Advocate and Solicitor of the High Court in Sabah & Sarawak March 1997
  • Chambering at Messrs Francis Liong & Co. Feb 1996

Timbalan Menteri Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.[8] Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009.

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Rosnah Bte Hj Abd Rashid Shirlin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Papar, negeri Sabah. Rosnah Bte Hj Abd Rashid Shirlin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15352.

Calon lawan ialah Mohd Hashim Bin Yussup @ Yusof dari (Bebas) mendapat 429 undi dan hilang deposit. Patrick Bin Sindu (Bebas) mendapat 2,268 undi dan hilang deposit. Wahap Bin Idris dari PKR mendapat 5,778 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 77.18%. Undi rosak sebanyak 651.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: P175 Papar, Sabah[9]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts
2004 Rosnah Shirlin (UMNO) Unopposed
2008 Rosnah Shirlin (UMNO) 15,352 62% Wahap Idris (PKR) 5,778 23%
2013 Rosnah Shirlin (UMNO) 21,196 65% Mohamad Yahya (PKR) 10,661 18%
2018 Rosnah Shirlin (UMNO) 17,069 39.2%2 Ahmad Hassan (WARISAN) 17,394 39.9%2
Catatan:
Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah.
2 Berbeza % digunakan untuk pilihan raya 2018.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin, Y.B. Datuk
  2. ^ Irwan Muhammad Zain (20 October 2013). "Three UMNO Youths in supreme council". Astro Awani. Dicapai 7 November 2014. 
  3. ^ "Rosnah wants Trans-Borneo Highway to become a reality". The Borneo Post. 18 May 2013. Dicapai 18 May 2013. 
  4. ^ "Rosnah binti Haji Abdul Rashid Shirlin, Y.B. Datuk". Parlimen Malaysia. Dicapai 29 March 2010. [pautan putus]
  5. ^ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SenaraipenuhbarisanKabinet2013/pilihanraya/PRU13/Article/index_html
  6. ^ "Pictures of who's in and who's out given prominence". The Star (Malaysia). Star Publications (Malaysia). 13 March 2004. Dicapai 29 March 2010. 
  7. ^ Timbalan Menteri Kesihatan.
  8. ^ "Ten Fresh Faces In Najib's Administration". Bernama. 9 April 2009. Dicapai 29 March 2010. 
  9. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai 29 March 2010.  Percentage figures based on total turnout. Vote tallies for candidates who finished below second place are not listed.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]