Utusan Cinta Buat Adam (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Utusan Cinta Buat Adam
Genre
Berdasarkan daripada
Utusan Cinta Buat Adam
karya Myra Ameer
PenciptaMyra Ameer
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Pernah Bahagia" oleh Sharifah Zarina
Lagu penutup"Pernah Bahagia" oleh Sharifah Zarina
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
A-Ten Alliances
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal3 Julai 2019 – 9 Ogos 2019
Kronologi
MengikutiBukan Cinta Aku
Diikuti olehKau Yang Pertama

Utusan Cinta Buat Adam ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 dibintangi oleh Kamal Adli, Puteri Aishah dan Sharifah Sakinah. Diadaptasi dari novel 2017 bertajuk sama karya Myra Ameer, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 3 Julai 2019 hingga 9 Ogos 2019 menggantikan Kau Yang Pertama.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Aireen Husna (Puteri Aishah), seorang arkitek yang sering kali ternampak Adam Firdaus (Kamal Adli) di masjid yang selalu dikunjunginya. Aireen jatuh hati pada Adam walaupun tidak dapat mengenali siapa Adam sebenarnya. Aireen mengimpikan calon suami yang beriman dan mendambakan cinta setulus cinta Rasullah dan Siti Khadijah. Kagum dengan kesungguhan Siti Khadijah untuk memiliki Rasullulah, Aireen mula merisik siapakah Adam dan terus melamarnya.

Adam binggung menerima lamaran daripada Aireen. Desakan daripada Tok Wan (Kartina Aziz) yang mahu Adam berkahwin dengan Liyana (Sharifah Sakinah) tidak menyenangkan Adam. Namun akhirnya, Adam memilih untuk menerima lamaran Aireen. Persetujuan Adam mengahwini Aireen menggembirakan semua ahli keluarga kecuali Tok Wan yang merasakan Adam menderhaka. Tok Wan marah Adam menolak pilihannya. Kemarahannya semakin memuncak apabila Adam dan Aireen tetap disatukan walaupun puas dia menghalang. Aireen menganggap Adam menerimanya kerana kasihan tetapi pendirian Adam pula berbeza. Adam inginkan satu hubungan yang lebih diredai iaitu selepas mereka disatukan.

Di hari pernikahan mereka, Adam tidak sangka gadis yang sudah beberapa kali ditemuinya itu ialah isternya, Adam sangat gembira kerana dia memang sudah jatuh hati pada Aireen. Walaupun Adam dan Aireen bukan berkahwin atas dasar cinta, mereka saling lengkap melengkapi dan menjalani fasa baharu dengan penuh kasih sayang.

Ketika perkahwinan mereka menjengah tiga bulan, Aireen masih belum mengandung. Tok Wan mula campur tangan dan menyuruh Aireen membuat pemeriksaan kesuburan. Aireen didapati mempunyai masalah untuk hamil dan terpaksa menjalani rawatan kesuburan jika mahu hamil. Aireen kecewa tetapi Adam tetap tenang dan bersetuju agar Aireen melalui sesi rawatan seperti yang dinasihatkan oleh ibu mertuanya.

Tok Wan semakin membenci Aireen sebaik mengetahui perkara tersebut. Dia mendeasak Adam berkahwin lagi tetapi Adam tidak bersetuju. Aireen juga tegas menghalang. Sakit hati dengan penolakan Adam dan bantahan Aireen, Tok Wan semakin berang. Setelah dihasut oleh Liyana, Tok Wan mula mengunakan ilmu hitam untuk memisahkan Adam dan Aireen. Bahagaimanakah Adam dan Aireen mempertahankan mahligai cinta mereka?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ending Utusan Cinta Buat Adam.. Hot FM (9 Ogos 2019). Dicapai pada 10 Ogos 2019.
  2. ^ Norhayati Nordin (6 Julai 2019). Kini fokus karier saja Harian Metro. Dicapai pada 7 Julai 2019.
TV3: Akasia, Isnin–Jumaat, 7:00 petang
Sebelumnya Utusan Cinta Buat Adam Berikutnya
Bukan Cinta Aku Kau Yang Pertama