I-City

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemandangan Pokok Alpine sintetik pada waktu pagi di Dataran I-City Selangor

I-City atau I-City Selangor (dahulunya dikenali sebagai Bandar Sumur) ialah sebuah perbandaran baru yang terletak di dalam kawasan Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Lebih tepat lagi pekan baru ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam berdekatan Sungai Rasau yang terletak di antara Bandar Baru Klang, Klang dan Shah Alam. Jaringan jalan raya dari/ke I-City dihubungkan ke Lebuhraya Persekutuan.

Pekan baru ini dahulunya merupakan tapak bagi pusat pameran "Pengembaraan Angkasa Lepas Bandar Sumur" (bahasa Inggeris: Sumur City Aerospace Adventure) yang berlangsung pada tahun 1995. Kini, pekan ini dipenuhi pokok-pokok tiruan yang dipasang lampu berwarna-warni.