Pandan Indah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pandan Indah merupakan sebuah bandar di Kuala Lumpur, Malaysia tetapi dalam negeri Selangor. Asalnya sebuah kampung yang kini dikenali dengan nama Kampung Pandan. Pandan Indah berdekatan dengan Taman Muda, Pandan Jaya, Pandan Perdana, Taman Cheras Indah, Taman Shamelin Perkasa dan Taman Nirwana, Taman Kencana, Taman Cantik,

Di sebelah kanan ialah Sungai Kerayung dan Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) yang menuju ke Zoo Negara, Batu Caves dan lain-lain.

Pandan Indah merupakan kawasan yang pesat membangun dengan dereta taman perumahan setingkat, dua tingkat dan rumah pangsa. Apabila pentadbiran kawasan Ampang dipecahkan dari Hulu Langat, Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah dibina di sini. Di tepi kanan MRR2 terdapat kompleks pasar raya Econsave Safari, dan juga Pusat Beli-Belah Pandan Kapital.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]