Kampung Melayu Raya, Segamat
Kampung Melayu Raya adalah sebuah kawasan perkampungan yang terletak dalam daerah Segamat, Johor. Ia sebuah kampung tradisional dalam Mukim Pogoh. Kampung ini dibuka dengan rasminya pada 4 November 1952. Nama ”Melayu Raya” diberi sempena nama En. Ali bin Raya yang merupakan Pegawai Daerah Segamat ketika itu.[1]
Kampung Melayu Raya terletak lebih kurang 15km dari bandar Segamat, dengan majoriti penduduk berbangsa Melayu. Dengan jumlah keluasan 1887 ekar, Kampung Melayu Raya mempunyai lebih 1000 orang penduduk*. Kampung ini juga termasuk dalam Gerakan Daya Wawasan Daerah Segamat.
Kampung Melayu Raya adalah kampung induk yang mempunyai 3 buah kampung rangkaian iaitu Kampung Genuang Baru, Kampung Sri Dagang dan Kampung India Genuang Baru. Rangkaian ini ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pogoh 4.
Pentadbiran[sunting | sunting sumber]
Kampung Melayu Raya ditadbir dibawah pentadbiran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di bawah kuasa seorang ketua kampung. Ketua Kampung ketika ini adalah Encik Ab. Razak bin Ab. Rahman
Prasarana[sunting | sunting sumber]
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Kebangsaan Melayu Raya
- Tabika KEMAS Permata Kg Melayu Raya[2]
- Sekolah Agama Melayu Raya
Infrastruktur[sunting | sunting sumber]
- Dewan Terbuka
- Balairaya
- Klinik Desa
- Masjid Jamek Naemah Kampung Melayu Raya
- Surau An-Nur Ithnin Budi Jalan No. 3
- Surau Jalan No 2
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
- 2009 - Johan, Anugerah Desa Cemerlang, Peringkat Daerah Segamat
- 2009 - Naib Johan, Anugerah Desa Cemerlang, Peringkat Negeri Johor
Tokoh[sunting | sunting sumber]
- Datuk Hj. Ayub bin Rahmat - Anak kelahiran Kampung Melayu Raya yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi kawasan Kemelah selama tiga penggal berturut-turut dari tahun 2004 hingga tahun 2018. Beliau kini merupakan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia sejak tahun 2018.