Larut, Matang dan Selama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Flag of Perak.svg

Daerah
Perak Darul Ridzuan
Larut, Matang, Selama
لاروت، ماتڠ، سلاما
Pejabat daerah Taiping
Pegawai daerah n/a
Kawasan
 - Jumlah 2,095 km²
Populasi
 - Anggaran 2005 307,900
 - Kepadatan 147/km²

Larut, Matang dan Selama merupakan sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Perak. Daerah ini terletak bersempadan dengan Daerah Kerian di Barat laut, Daerah Kuala Kangsar di timur, Daerah Manjung di selatan, dan Daerah Hulu Perak di Timur laut. Selat Melaka di bahagian barat dan Negeri Kedah di utara. Pusat pentadbiran daerah adalah terletak di bandar Taiping yang merupakan antara bandar terawal di Malaysia. Daerah ini merangkumi 3 daerah kecil iaitu Larut di tengah dan selatan, Matang di barat dan Selama di utara dan mempunyai keluasan 151,104.03 hektar (170 kilometer persegi).

Sejarah daerah Larut, Matang dan Selama[sunting | sunting sumber]

Mengikut sejarah, bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada awal tahun 1880-an yang mana pada ketika itu, daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sg. Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

Apabila British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874 di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Tristam Speedy sebagai Penolong Residen British. Residen British pertama di Perak adalah J.W.W. Birch pula mendiami Pasir Salak yang ketika itu dijadikan sebagai Pusat Pentadbiran British. Apabila peristiwa berdarah berlaku di Pasir Salak yang menyaksikan J.W.W. Birch dibunuh oleh pahlawan-pahlawan Melayu Perak yang diketuai oleh Datuk Sagor dan Dato Maharaja Lela pada 2 November 1875, pihak British telah memindahkan pentadbiran Negeri Perak ke Bandar Taiping pada 1880-an.

Daerah Larut, Matang dan Selama terkenal dengan 33 elemen terawal di Malaysia iaitu Jalan Keretapi Pertama yang menghubungkan Bandar Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) pada tahun 1885, Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld), Bangunan Telegraf, Taman Tasik Taiping, Muzium Perak, Zoo Taiping (tertua di malaysia), Bangunan Pentadbiran Kerajaan, Rumah Rehat Bandar, Sekolah Pusat (Sekolah King Edward VII), Pasukan Polis Perak dan sebagainya.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Mukim[sunting | sunting sumber]

Kesemua mukim-mukim ditadbir oleh Penghulu-Penghulu Mukim. Manakala bandar-bandar dan pekan-pekan lain adalah Bandar Taiping, Pekan Simpang, Pekan Sg. Tinggi, Pekan Trong, Pekan Changkat Jering, Pekan Batu Kurau, Bandar Kamunting dan Pekan Selama. Pentadbiran daerah Larut, Matang dan Selama adalah terdiri daripada:

  1. Mukim Asam Kumbang
  2. Mukim Batu Kurau
  3. Mukim Bukit Gantang
  4. Mukim Jebong
  5. Mukim Kamunting
  6. Mukim Pengkalan Aor
  7. Mukim Simpang
  8. Mukim Sungai Limau
  9. Mukim Trong
  10. Mukim Tupai
  11. Bandar Kamunting
  12. Bandar Kuala Sepetang
  13. Bandar Matang
  14. Bandar Taiping
  15. Mukim Sg. Tinggi
  16. Mukim Hulu Selama
  17. Mukim Selama
  18. Mukim Hulu Ijok

Majlis Perbandaran[sunting | sunting sumber]

Daerah ini ditadbir dan diurus oleh dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Taiping bagi beberapa kawasan di dalam pentadbiran Larut dan Matang dan Majlis Daerah Selama bagi kawasan Selama.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bandar Taiping pernah menjadi ibu negeri Perak sehingga tahun 1937 sebelum ia dipindahkan ke Bandaraya Ipoh. Bandar Taiping boleh dihubungi melalui Jalan Persekutuan Kuala Lumpur-Butterworth, Jalan Pantai Barat Gelang Patah, Johor-Changkat Jering, Perak, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) melalui Plaza Tol Changkat Jering di selatan dan Plaza Tol Taiping Utara di utara bandar Taiping. Manakala dari Pantai Timur melalui Lebuhraya Timur-Barat di Kuala Kangsar dan Jalan Selama-Grik.

Bagi pengangkutan awam didalam daerah, boleh diambil dari stesen bas dan teksi yang terletak di Taiping atau di Kamunting Raya, Kamunting. Stesen bas Taiping terletak di belakang bangunan Arked MARA Taiping. Manakala, stesen teksi pula terletak di bangunan Sri Larut. Pengangkutan bas melalui jalan-jalan persekutuan dari Taiping- Bagan Serai - Pantai Remis-Lumut, Taiping- Beruas - Sitiawan - Lumut, Taiping - Parit Buntar, Taiping - Kuala Kangsar, Taiping- Batu Kurau - Selama.Manakala, pengangkutan awam antara negeri atau luar daerah pula, boleh dinaiki dari Perhentian bas Kamunting Raya, Kamunting, yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Laluan Keretapi pula melalui Jalan Kuala Lumpur-Butterworth di Stesen Keretapi Taiping, yang terletak di Jalan Stesen, Taiping.

Politik[sunting | sunting sumber]

Di daerah ini, beberapa kawasan dibahagikan kepada beberapa buah kerusi,iaitu 3 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 9 kerusi Dewan Rakyat yang mewakili sesuatu kawasan yang berkaitan. Berikut adalah nama-nama pemegang kerusi DUN dan Dewan Rakyat bagi pilihan raya umum Malaysia 2013 di daerah ini.

Nama Kawasan Jenis Kerusi Parti Politik
Nga Kor Ming Taiping Dewan Rakyat Parti Tindakan Demokratik
Mohamad Zahir Khalid Kamunting Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional
Teh Kok Lim Pokok Assam Dewan Undangan Negeri Parti Tindakan Demokratik
Leow Thye Yih Aulong Dewan Undangan Negeri Parti Tindakan Demoktratik
Idris Ahmad Bukit Gantang Dewan Rakyat Parti Islam Se-Malaysia
Chua Yee Ling Kuala Sepetang Dewan Undangan Negeri Parti Keadilan Rakyat
Mohammad Nizar Jamaluddin Changkat Jering Dewan Undangan Negeri Parti Islam Se-Malaysia
Zabri Abdul Wahid Trong Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional
Hamzah Zainuddin Larut Dewan Rakyat Barisan Nasional
Mohd Daud Mohd Yusof Selama Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional
Ahmad Hasbullah Alias Kubu Gajah Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional
Muhammad Amin Zakaria Batu Kurau Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional

Demografi[sunting | sunting sumber]

Populasi (2000): 284,242
Populasi (2005): 307,900

Dari bancian tahun 2000, berikut adalah jadual bancian yang dijalankan [1]:-

Bilangan Kaum Jumlah
1 Melayu 176,353
2 Cina 71,649
3 India 32,393
4 Lain-Lain 645
5 Bukan warganegara 3,202

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Pertanian[sunting | sunting sumber]

Getah dan Kelapa Sawit merupakan tanaman utama. Terdapat kawasan-kawasan rendah digunakan sebagai sawah padi, manakala tanaman-tanaman kontang (tidak berair) lain seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kopi, pinang, ubi kayu dan lain-lain.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Institut Pengajian Tinggi[sunting | sunting sumber]

Dikenalpasti terdapat Kolej Kejururawatan Hospital Taiping. Kolej Multimedia Utara (sebelum ini dikenali sebagai Kolej Latihan Telekom Taiping) yang terletak di Jalan Lumba Kuda. Malah, pendidikan jarak jauh dan secara atas talian dilakukan oleh Universiti Terbuka Malaysia (kursus untuk cikgu sahaja), di mana sesi kelas diadakan di Kolej Multimedia Utara.

Pada 29 Mac 2007, satu majlis pecah tanah telah dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, dalam membangunkan satu institut Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping, iaitu satu institut milik Kementerian Sumber Manusia yang bakal disiapkan diatas tanah seluas 60 ekar dalam kawasan Perindustrian Kamunting Raya [2]. Projek pembinaan ini memakan hampir 80 juta ringgit dan ia bakal disiapkan pada Mac 2009 [3] . Pembinaan institusi ini merupakan pusat latihan ADTEC yang kelima.

Dalam tahun 2011 sebuah Kolej Komuniti dibina dan ia terletak di Kamunting, dengan bermatlamatkan "Peneraju Komuniti Berilmu dan Berkemahiran".

Tempat-tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Populasi negeri Perak mengikut daerah dan kaum
  2. ttp://www.mohr.gov.my/m290307.htm
  3. http://www.jmti.gov.my/bulletin2007/feb-mac%202007_files/page0002.htm ,Dr.Fong Chan Onn Rasmikan Majlis Pecah Tanah ADTEC Taiping

Pautan luar[sunting | sunting sumber]