Kuih pinjaram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuih pinjaram (Penyaram).

Kuih pinjaram atau juga dipanggil penyaram merupakan sejenis kuih tradisional di Sabah dan Brunei. Ia juga popular dikalangan orang Bajau. Ia diperbuat dari tepung beras, tepung jagung, santan, dan minyak. Kadang kala daun pandan digunakan bagi menambah bau wangi.

Kuih pinjaram akan digoreng dan dibalik-balikkan bagi memastikan kedua belahnya sama garing.

Ia sedap dihidang panas dan mudah didapati dipasar tamu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]