Kelantan FA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pasukan Bola sepak Kelantan)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kelantan FA
Kelantan FA.jpg
Nama penuh Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA)
Gelaran Kijang Emas (Deers)
Red Warriors (Pahlawan Merah)
Ditubuhkan 1889
Lokasi Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu, Kelantan
(Kapasiti 30,000)
Pengerusi Bendera Malaysia Tan Sri Annuar Musa
Pengurus Bendera Malaysia Azman Ibrahim
Jurulatih -
Liga Liga Super Malaysia
2007-08 Liga Perdana Malaysia, Ke-3
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
Kit tuan rumah
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
Kit tempat lawan

Pasukan Bola Sepak Kelantan merupakan salah sebuah pasukan bola sepak di Malaysia yang mewakili Negeri Kelantan Darul Naim. Pasukan ini diurus tadbir oleh Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan atau dikenali sebagai (KAFA) dan berpangkalan di Jajahan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan Darul Naim. Stadium utama pasukan Kelantan FA ialah Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang berkapasiti 30,000. Pasukan ini merupakan salah satu pasukan yang bersaing dalam Liga Super Malaysia, iaitu liga tahap tertinggi dalam Liga Malaysia.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah Pasukan

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1946 namun rekod mencatatkan Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan Sudah Wujud Seawal tahun 1889, Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak tertua di pantai timur Malaysia. Dari segi pencapaian, Kelantan FA bergelar Naib Juara Piala Malaysia setelah tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan FA pada tahun 2009. Pada tahun sama Kelantan FA juga muncul Naib Juara Piala FA apabila kalah kepada Selangor FA dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 1-4. Manakala selang setahun kemudian, Kelantan FA berupaya mendapat tempat Naib Juara Liga Super 2010 dan seterusnya tahun 2010 juga menyaksikan kejayaan bersejarah buat Kelantan FA apabila dinobatkan selaku Juara Piala Malaysia setelah menundukkan Negeri Sembilan FA 2-1 dalam perlawanan akhir. Untuk rekod, Kelantan FA pernah beraksi sebanyak 4 kali di pentas akhir Piala Malaysia iaitu pada tahun 1955, 1970, 2009 dan terbaru 2010.

Negeri Kelantan Darul Naim tersenarai antara negeri yang mempunyai akademi bola sepaknya sendiri seperti Akademik Bola Sepak Darulnaim yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2006 bertujuan mencungkil bakat muda yang berusia 8 hingga 12 tahun. Pada 18 Januari 2008, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa pihaknya akan menubuhkan akademi bola sepak khusus bagi melatih dan menonjolkan bakat semulajadi pemain bawah 13 tahun negeri ini kesinambungan dari Projek Kijang Emas yang diusahakan semasa sekolah rendah oleh Jabatan Pelajaran Negeri . Ia akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chengal itu yang bakal menempatkan 30 orang pelajar. [1]

[sunting] Era Ketua Jurulatih Peter James Butler

Musim 2008-2009 menyaksikan kebangkitan bola sepak Kelantan. Dibawah kendalian Ketua Jurulatih Peter James Butler dari England yang juga bekas pemain tengah kelab bola sepak West Ham United era 1990-an, pasukan Kelantan FA berjaya melangkah masuk ke Liga Super Malaysia, iaitu liga tertinggi dalam Liga bola sepak Malaysia. Beliau juga berjaya membawa pasukan Kelantan FA melangkah ke perlawanan akhir Piala FA buat julung kalinya sejak Piala FA diperkenalkan pada tahun 1990, walaupun Kelantan FA tewas kepada pasukan Selangor FA melalui sepakan penalti 1-4. Namun kemaraan pasukan Kelantan FA tidak dapat dipertikaikan lagi apabila berjaya melangkah masuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun yang sama. Meskipun Peter James Butler telah pun meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kelantan FA seminggu sebelum bermulanya kempen Piala Malaysia, beliau telah meninggalkan satu sumbangan yang tidak ternilai buat pasukan Kelantan FA sehingga dianggap antara pasukan bola sepak yang paling digeruni dalam Liga Malaysia.

Kelantan kembali semula menggunakan khidmat beliau pada musim 2012 selepas pengunduran Datuk M. Karathu pada akhir 2011.

[sunting] Era Ketua Jurulatih B.Sathianathan

Kelantan FA dikejutkan dengan berita perletakan jawatan ketua jurulatih, Peter James Butler seminggu sebelum sepak mula kempen Piala Malaysia edisi 2009. Namun begitu pihak pengurusan pasukan berjaya mengatasi masalah yang berlaku dan melantik bekas pengendali pasukan kebangsaan, B.Sathianathan dalam meneruskan kempen Piala Malaysia. Beliau berjaya membawa pasukan Kelantan melangkah ke pentas final bertemu dengan pasukan Negeri Sembilan sebelum tewas 1-3. Tahun 2010, B.Sathianathan diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih pasukan Kelantan bagi menghadapi musim Liga Malaysia tahun 2010 dan meraih kejayaan kepada pasukan dan negeri Kelantan dalam merangkul piala-piala yang dipertandingkan. Langkah yang diambil, beliau membawa masuk bekas pemain kebangsaan, seperti Akmal Rizal dan Hairuddin Omar. Namun begitu, beliau gagal membawa pasukan Kelantan melangkah ke pentas final Piala FA edisi ke 21 musim 2010 apabila tewas mengejut kepada pasukan Kedah melalui penentuan jaringan di tempat lawan, keadaan ini menyebabkan para penyokong mula hilang kepercayaan kepada beliau untuk mengemudi pasukan ini dalam meneruskan kempen Liga Super dan kempen Piala Malaysia musim 2010 dan mendesak beliau agar meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih. Namun, beliau berjaya membawa Kelantan meraih trofi Piala Malaysia pertama mereka pada perlawanan penuh dramatik. Beliau akhir digantung 6 bulan akibat membuat kenyataan akhbar tentang mutu beberapa perlawanan[2].

[sunting] Era Datuk M. Karathu

Sepanjang tempoh penggantungan S. Sathianathan, pihak pengurusan mengambil langkah drastik dengan menandatangani bekas pengendali Perak, Datuk M. Karathu[3]. Dibawah beliau, Kelantan berjaya merangkul Piala Sumbangsih untuk pertama kalinya. Walaupun tonggak yang dibawa oleh B. Sathianathan telah pergi ke pasukan lain, bdan kehilangan trio kontroversi(Indraputra, Azizi dan Norfarhan) ke PBDKT T-Team, beliau berjaya membawa pasukan memenangi Liga Super Malaysia 2011 dan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Fa Malaysia 2011, tewas kepada Terengganu. Mereka tidak berjaya mengulangi kejayaan musim lalu, apabila sekadar mara pada suku akhir Piala Malaysia 2011. Mereka tewas kepada lawan yang sama pada Piala Fa 2011. Selepas itu, beliau mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai jurulatih. Alasan yang diberikan ialah beliau ingin meluangkan masa bersama keluarga[4]. Kejayaan beliau bersama Kelantan mengulangi sejarah beliau bersama Kelantan pada 1993, iaitu separuh akhir Piala Fa dan Piala Malaysia.

[sunting] Kembalinya Peter Butler, Saingan Piala AFC

Selepas teka-teki pengganti Datuk M. Karathu berputar, akhirnya Peter Butler kembali[5] melatih Kelantan. Dengan pemain import dibenarkan beraksi, beliau membawa masuk penjaring terbanyak Piala AFC 2007, Mohammaed Ghaddar, membarisi skuad tahun 2012. Selaijn itu, beliau membawa masuk trio kontroversi ke Kelantan. Mereka tidak berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih menentang Negeri Sembilan. Wlaupun berjaya membawa Kelantan mndahului Liga Super untuk lapan perlawanan, beliau direhatkan[6] akibat mengkritik campurtangan pengurusan dalam memilih pemain import tanpa beliau[7]. Dalam mereka menghadapi Piala AFC 2012, tugas itu dipegang oleh pembantunya, Zulhasmi. Selepas sesi perbincangan dengan pengurusan tentang nasib beliau[8], akhirnya beliau dilepaskan dari jawatannya[9]. Pihak pengurusan membayar ganti rugi mengikut kontrak.

[sunting] Padang Bola Sepak Tertua Di Malaysia

Padang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan merupakan padang bola sepak tertua di Negara Malaysia dan mungkin tertua di benua Asia kalau mengikut usia penggunaan padang tersebut. Padang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV mula digunakan pada tahun 1946 iaitu setelah penubuhan Kelantan Amatur Football Association "KAFA" pada tahun yang sama. Ketika itu dikenali sebgai Padang KAFA dan digunakan sebagai venue perlawanan bola sepak antara Pasukan Kelantan FA setiap kali beraksi. Pada tahun 1965, Kerajaan Negeri Kelantan telah memutuskan untuk membina sebuah Stadium bagi kegunaan Pasukan Kelantan FA beraksi dalam suasana yang selesa dan juga untuk golongan belia dan orang ramai untuk beriadah dan bersukan. Pembinaan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV menelan belanja sekita RM 1.7 Juta ketika itu, selepas terbinanya Stadium ini, padang KAFA ditukar nama kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV seterusnya menjadi "Gelanggang Keramat" buat Pasukan Kelantan FA beraksi dalam pentas bola sepak negara sehingga sekarang.

[sunting] Stadium

[sunting] Stadium Sultan Muhammad Ke-IV: Stadium Keramat Pahlawan Merah

Stadium Sultan Muhammad Ke-IV merupakan venue perlawanan bagi pasukan Kelantan. Stadium ini boleh menampung jumlah penonton seramai 30,000 dalam satu-satu masa. Dalam saingan Liga Super musim 2008-2009 menyaksikan jumlah penonton yang hadir memberi sokongan mencecah puluhan ribu sehingga memenuhi setiap sudut dan ruang di stadium ini. Pasukan Kelantan tidak pernah kalah kepada pasukan lawan setiap kali perlawanan yang diadakan disini, walaubagaimana pun rekod tanpa kalah pasukan Kelantan di stadium keramat ini lebur di tangan pasukan Terengganu FA dalam saingan Piala Malaysia musim 2008.

[sunting] Stadium Baru

Bagi memenuhi keperluan yang terdesak pada masa kini, Persatuan Bola Sepak Amatur Kelatan (KAFA) telah menggumunkan perlunya sebuah stadium baru bagi menggantikan stadium Sultan Muhammad ke-IV yang telah uzur dan tidak mempunyai kemudahan asas moden. Jesteru itu pihak KAFA telah mengemukakan satu permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan dana kewangan untuk membina sebuah stadium yang baru yang mungkin dibina di Mukim Gading Galoh Jajahan Machang.

Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri Kelantan turut mengemukakan permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan peruntukan sebanyak RM500 Juta untuk membina sebuah kompleks sukan di Bandar Baru Tunjung Jajahan Kota Bharu. Jika kedua-duanya mendapat kelulusan pihak unit perancangan ekonomi negara, Negeri Kelantan bakal memiliki tiga buah stadium pada masa yang akan datang.

[sunting] Pahlawan Merah (Penyokong Fanatik Kelantan FA)

Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak yang paling ramai menerima sokongan padu daripada penyokong mereka dalam kancah Liga Malaysia sehingga mencecah puluhan ribu dan memenuhi setiap ruang di stadium mereka. Penyokong Kelantan FA dikenali dengan jolokan "Pahlawan Merah". Laungan "Gomo Klate Gomo" sentiasa bergema di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV setiap kali perlawanan diadakan. Kehadiran penyokong fanatik Kelantan FA ini bukanlah sewaktu pasukan ini mencapai kejayaan dalam liga Malaysia pada musim 2008-2009, tetapi ianya satu tradisi zaman berzaman sejak pasukan Kelantan FA ditubuhkan pada tahun 1946. Kehadiran penyokong mereka begitu dirasai oleh para pemain dan pihak pengurusan Kelantan FA dan menyebabkan pasukan lawan berasa gerun setiap kali bertemu dengan Kelantan FA. Para penyokong ini dikatakan sebagai pemain ke-12 bagi pasukan Kelantan FA.

[sunting] Tragedi 9 April 2009

Peristiwa rusuhan penyokong fanatik Kelantan semasa kempen separuh akhir pertama Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV menjadi detik hitam dalam sejarah bola sepak Kelantan. Rusuhan ini dipercayai berpunca ketidakpuasan hati penyokong-penyokong Kelantan FA terhadap mutu pengadilan semasa Kelantan FA menerima kunjungan pasukan Negeri Sembilan FA. Ketegangan yang berlaku antara penjaga gol Kelantan FA, Halim Napi dan juga penyerang Negeri Sembilan FA, Zaquan Adha Abdul Razak di padang telah menyemarakkan lagi api kemarahan penyokong-penyokong Kelantan. Setelah tamat permainan, keadaan dalam stadium begitu tegang apabila penyokong Kelantan ketika itu seramai 26,000 orang tidak mahu berganjak dari tempat masing-masing sehingga di arah keluar oleh pihak polis yang mengawal permainan pada malam itu. Namun di luar stadium hampir 2,000 orang penyokong Kelantan telah merusuh di perkarangan stadium dengan membakar kenderaan pasukan polis dan merosak kenderaan persendirian dan juga harta awam. Seramai 100 orang anggota polis dan anti rusuhan telah di arahkan untuk mengawal keselamatan pasukan Negeri Sembilan FA dan meredakan keadaan yang berlaku pada malam kejadian itu. Akibat kejadian yang berlaku, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menggangtung pasukan Kelantan FA beraksi di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sehingga tamat musim 2009 dan telah memilih stadium berkecuali Stadium Putra Bukit Jalil untuk perlawanan yang membabitkan pasukan Kelantan FA dengan pihak lawan. Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) turut didenda RM90,000 akibat kejadian rusuhan yang berlaku.Penyokong fanatik tetap teguh berdiri dibelakang Tan Sri Annuar Musa dengan tidak berbelah bagi tanda 100% untuk kelantan FA,jadi penyokong semua berilah kerjasama untuk kelab kesayangan kita untuk terus maju dibawah Tan Sri Annuar Musa.

[sunting] Rusuhan Di Stadium Nasional Bukit Jalil (Final Piala Malaysia 2009)

Kekalahan Pasukan Kelantan FA kepada Pasukan Negeri Sembilan FA dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2009 menyebabkan berlakunya rusuhan Penyokong Pasukan Kelantan FA dengan membakar kain rentang gergasi dan juga kerusi-kerusi penonton. Kejadian ini menggakibatkan Persatuan Amatur Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali lagi berjumlah RM34,000.

[sunting] Musuh Tradisi dan Utama

Pasukan Bolasepak Negeri Terengganu Darul Iman PBSNT merupakan seteru tradisi bagi Pasukan Bolasepak Amatur Kelantan. Pertembungan dua musuh berjiran ini dikenali sebagai pertembungan "East Coast Derby" bagi kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bahang pertembungan kedua-dua pasukan ini turut menular di kalangan para penyokong kedua-dua pasukan yang sentiasa menghidangkan aksi-aksi tenggang kedua-dua pasukan mahupun para penyokong mereka.

Manakala Pasukan Bolasepak Selangor Darul Ehsan FAS merupakan Musuh Utama bagi pasukan Kelantan FA dalam kancah saingan Liga Domestik, baik dari Liga Super, kempen Piala FA ataupun Piala Malaysia. Pertembungan Musuh terkuat dalam saingan Liga Malaysia ini menyajikan aksi-aksi yang dramatik antara kedua-dua pasukan dan turut membabitkan para penyokong bagi kedua-dua pasukan ini.

[sunting] Liga Kelantan (Piala Presiden KAFA)

Pasukan Tempat
New City FC Kota Bharu
Bachok FC Bachok
Tumpat FC Tumpat
Whitesand FC Pasir Puteh
Goldensand FC Pasir Mas
Red Land FC Tanah Merah
Machangster FC Machang
Krai FC Kuala Krai
Jeli FC Jeli
Wolves FC Gua Musang

[sunting] Piala Menteri Besar Kelantan (Piala Tok Guru)

Disamping kejohanan Piala Presiden KAFA, Liga Kelantan turut memperkenalkan Piala Menteri Besar atau dikenali juga Piala Tok Guru dalam memeriahkan lagi sukan bola sepak di Negeri Kelantan Darul Naim.

[sunting] Liga Bola Sepak Remaja

Disamping kerancakkan Liga Kelantan, Negeri Kelantan Darul Naim turut memperkenalkan Liga Bola Sepak Remaja bagi mengasah bakat dan skil permainan bola sepak dalam kalangan golongan Remaja dan Belia di Negeri ini. Liga Bola Sepak Remaja ini ditubuhkan di setiap Jajahan di Negeri Kelantan dalam mencari dan mencungkil bakat bola sepak di peringkat akar umbi. Program ini mendapat sokongan padu dari Pihak Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim apabila Pihak Kerajaan Negeri telah menubuhkan Akademi Bola Sepak Darul Naim dalam mencari bakat dan mempertingkatkan lagi mutu permainan bola sepak Di Negeri ini.

[sunting] Pencapaian Domestik

Pertandingan Juara Naib Juara
Piala Malaysia 2010 1955, 1970, 2009 (3x)
Piala FA 2009, 2011
Divisyen 1/Perdana 1/Liga Perdana/Liga Super 2000 2011 (2x)
Piala FAM 2005 (1x)

[sunting] Rekod Kejayaan

Tahun Pertandingan Jaringan Lawan Catatan
1953 Piala FAM 1-1 Selangor FA Juara Bersama
1954 Piala FAM 2-1 Combined Services Juara
1963 Piala FAM 0-7 Singapura Naib Juara
1971 Piala FAM 2-5 Penjara (PDRM) Naib Juara
1972 Piala FAM 1-2 Selangor FA Naib Juara
2000 Liga Perdana 2 - - Juara (Format Liga)
2005 Piala FAM 2-0 Shahzan Muda FC Juara
2005 Piala Agong 2-2 (5-6 Penalti) Pahang FA Naib Juara
2005 Piala Emas Raja-Raja 0-1 Kedah FA Naib Juara
2006 Piala Emas Raja-Raja 5-1 ATM Juara
2009 Piala Emas Raja-Raja 4-0 Pulau Pinang FA Juara
2010 Piala Emas Raja-Raja 0-0 (Menang Penalti 4-3) Kedah FA Juara
2009 Piala FA 1-1 (Kalah penalti 4-1) Selangor FA Naib Juara
2009 Piala Malaysia 1-3 Negeri Sembilan FA Naib Juara
2010 Piala Malaysia 2-1 Negeri Sembilan FA Juara
2011 Piala FA 1-2 Terengganu FA Naib Juara
2011 Piala Liga Super 56 Mata Pasukan Bola Sepak Liga Super Juara

[sunting] Penaja Pakaian

Tahun Pembekal peralatan
1995-2001 Adidas
2002-2008 Nike
2009 Sportzone
2010-2012 Umbro

[sunting] Penaja Liga

Tahun Penaja
1984–2003 Dunhill
2004–2010 TM

[sunting] Penaja Pasukan

Tahun Penaja
2009-2012 Syarikat Penerbangan AirAsia
2009-2012 Syarikat Al Hamra
2010-2012 Syarikat Akhbar Sinar Harian
2010-2012 Syarikat Yusmira Trading
2012 Masterskill

[sunting] Senarai pemain (musim 2012)

No. Posisi Pemain
1 Bendera Kelantan GK Mohd Shahrizan Ismail
2 Bendera Perlis DF Azizi Matt Rose
3 Bendera Negeri Perak DF Soryaparrad Subramaniam
4 Bendera Ghana MF Emmanuel Okine
5 Bendera Kelantan DF Nik M Shahrul Azim
6 Bendera Kelantan DF Mohd Farisham Ismail
7 Bendera Kelantan FW Mohd Ramzul Zahini Adnan
8 Bendera Kelantan MF Mohd Shakir Shaari
9 Bendera Terengganu FW Norshahrul Idlan Talaha
10 Bendera Terengganu MF Mohd Nor Farhan Muhammad
11 Bendera Kelantan DF Mohammad Abdul Aziz Ismail
12 Bendera Kelantan MF Mohd Nurul Azwan Roya
13 Bendera Negeri Perak MF Indra Putra Mahayuddin
14 Bendera Kelantan DF Mohd Zamri Ramli
No. Posisi Pemain
15 Bendera Kelantan DF Mohd Daudsu Jamaluddin
16 Bendera Kelantan MF Mohd Badri Mohd Radzi (Kapten)
17 Bendera Kelantan DF Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid
18 Bendera Ghana FW Danny Antwi
19 Bendera Kelantan GK Khairul Fahmi Che Mat
20 Bendera Kelantan GK Syazwan Yusoff
21 Bendera Lubnan MF Zakaria Charara
22 Bendera Lubnan FW Mohammed Ghaddar
23 Bendera Pulau Pinang MF Suppiah Chanturu
24 Bendera Kelantan DF Zairul Fitree Ishak
25 Bendera Kelantan FW Azlan Ismail
26 Bendera Kelantan MF Muhd Izuan Salahuddin
27 Bendera Kelantan MF Khairul Izuan Rosli
28 Bendera Kelantan FW Mohd Aris Zaidi

[sunting] Senarai Bekas Pemain Luar Negara

[sunting] Pengurus Pasukan

Tahun Pengurus
2009-Now Bendera Kelantan Haji Azman Ibrahim
2006-2008 Bendera Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub
2005 Bendera Kelantan Haji Azman Ibrahim
1998-2002 Bendera Kelantan Datuk Wan Hashim Wan Daud

[sunting] Ketua jurulatih

Tahun Jurulatih
November 2011-Februari 2012 Bendera England Peter James Butler
2011 Bendera Malaysia Dato' M. Karathu
2009-2010 Bendera Malaysia B. Sathianathan
2009 Bendera England Peter James Butler
2008 Bendera Perancis Regis Laguesse
2008 Bendera Perlis Norizan Bakar
2007 Bendera Kelantan Anizan Daud
2007 Bendera Terengganu Haji Kamaruddin Mohamad
2005-2006 Bendera Kelantan Abdul Rahim Ahmad
2003-2004 Bendera Terengganu Abdullah Mohamad
2001-2002 Bendera Selangor K. Rajagopal
2000 Bendera Kelantan Abdul Rahim Ahmad
1999 Bendera Kedah Mosthakeen Omar
1996-1997 Bendera Sabah Kelly Tham
1994 Bendera Czechoslovakia Milous Kvacek
1993 Bendera Negeri Perak M. Karathu
1992 Bendera Jerman Horst Heese
1991 Bendera Croatia Milan Duricic
1989 Bendera Singapura Majid Ariff

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Facebook|kelabkelatefakamicosdnbhd

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain