Stesen LRT Ampang Park
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Stesen LRT Ampang Park Stesen alihan laju Aliran Kelana Jaya |
|
|---|---|
| Statistik stesen | |
| Laluan | Aliran Kelana Jaya (1999 hingga kini) |
| Platform | 1 platform tengah |
| Landasan | 2 |
| Maklumat lain | |
| Dibuka | 1 Jun 1999 |
| Mesra OKU | |
| Dimiliki oleh | Syarikat Prasarana Negara (2002 hingga kini); dikendali oleh RapidKL. |
Stesen LRT Ampang Park ialah stesen alihan laju bawah tanah yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian Aliran Kelana Jaya (dahulunya dikenali sebagai PUTRA). Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen kedua aliran ini yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan Terminal PUTRA (tidak termasuk stesen Sri Rampai) dan sebatang laluan bawah tanah.
Stesen ini terletak berhadapan pusat beli-belah Ampang Park sepanjang Jalan Ampang, berhampiran persimpangan Jalan Tun Razak.
Hentian bas rapidKL [sunting]
Stesen LRT Ampang Park ialah perhentian bas RapidKL untuk laluan-laluan berikut:
- B103 : Titiwangsa - Bukit Bintang KL Monorail melalui KLCC LRT - Titiwangsa
- B114 : Maluri LRT - Titiwangsa melalui KLCC LRT - Maluri
- U21 : Bukit Bintang KL Monorail - AU3 Jentayu melalui KLCC LRT - Bukit Bintang KL Monorail
- U22 : Terminal Jalan Sultan Mohamad - Sri Nilam Apartment - Terminal Jalan Sultan Mohamad
- U26 : Terminal Jalan Sultan Mohamad - Taman Bukit Indah - Terminal Jalan Sultan Mohamad
- U28 : Lebuh Ampang - Taman Mulia Jaya via Kampung Lembah Jaya - Lebuh Ampang
- U29 : Lebuh Ampang - Taman Mulia Jaya via Kampung Baru Ampang - Lebuh Ampang
- U30 : Lebuh Ampang - Pandan Mewah via Sri Nilam Apartment - Lebuh Ampang
Stesen berdekatan [sunting]
| Stesen sebelumnya | Stesen LRT Ampang Park | Stesen berikutnya | ||
|---|---|---|---|---|
| Damai | Aliran Kelana Jaya | KLCC | ||