Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Krisis Pencerobohan Lahad Datu 2013
Sebahagian daripada Tuntutan Sabah
2013 Lahad Datu standoff ms.svg
Peta lokasi kawasan kejadian
Maklumat am
Tarikh 11 Februari 2013 – 24 Mac 2013[1]
Lokasi Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau di pantai timur Sabah
Punca Kawasan timur Sabah yang tidak dimasukkan (dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara) ke dalam Perjanjian Rangka Kerja mengenai Bangsamoro[2]
Matlamat Bagi mengambil kembali wilayah ini untuk dijadikan Wilayah Filipina[3]
Kaedah Pendudukan
Hasil Kemenangan pihak Malaysia
Pihak yang bertelagah
Ph jolo-sultankairamIII.gif Kesultanan Sulu
(puak Jamalul Kiram III)
Tokoh dan pemimpin utama
Jamalul Kiram III
Agbimuddin Kiram
Unit yang terlibat
Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara[2]
Bilangan
235[6]
Anggaran >6,500
+7 batalion ATM[7][8]
+1 batalion PGA[9]
Korban
10[11][12]
(termasuk seorang yang maut dalam kemalangan)[13]
Nota
Kesemua jumlah termasuk Serangan di Semporna.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Sejarah Malaysia
Merdeka 1957 tunku abdul rahman.jpg
Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia
Kerajaan awal
Gangga Negara (Kurun-2 hingga kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (Kurun-3 hingga kurun-5)
Srivijaya (Kurun-7 hingga kurun-14)
Kedah Tua
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Brunei (Kurun-15–sekarang)
Kesultanan Kedah (1136–sekarang)
Kesultanan Melaka (1402–1511)
Kesultanan Sulu (1450–1899)
Kesultanan Johor (1528–sekarang)
Era Penjajahan Barat
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Perang Dunia Kedua
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)
Malaysia selepas Merdeka
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Peristiwa Memali 1985 (1985)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)
Perhimpunan Bersih (2011)
Perhimpunan Bersih (2012)
Pencerobohan Lahad Datu (2013)

Flag of Malaysia.svg Portal Malaysia

Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan kepada insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 orang Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kg. Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013.[14] Kumpulan tersebut yang menggelarkan diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara,[2] telah dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang dari pihak-pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu. Kiram menyatakan bahawa matlamat mereka adalah untuk menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan.[3]

Pasukan-pasukan keselamatan Malaysia sudah mengepung Kampung Tanduo di Lahad Datu yang menjadi tempat mereka berkumpul, manakala perundingan secara aman masih lagi dilakukan.[15]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pertelingkahan tuntutan kawasan nasional[sunting | sunting sumber]

Dalam konflik yang berlanjutan, Filipina telah menuntut mengenai pendudukan Malaysia ke atas negeri Sabah. Sebab tuntutan ini ialah kerana Wilayah Kesultanan Sulu juga merangkumi bahagian utara timur Borneo yang termasuk dalam Kepulauan Sulu. Kedua-dua perkara mengenai wilayah ini dan status semasa sultan masih tidak dapat diselesaikan. Pada 7 Oktober 2012, Presiden Filipina, iaitu Benigno Aquino telah mengumumkan bahawa rangka kerja perjanjian damai yang melibatkan antara kerajaan Filipina dan Barisan Utama Pembebasan Islam Moro. Bagaimanapun, pewaris Kesultanan Sulu berasa diketepikan dalam perundingan tersebut. Sebagai tindak balas, Sultan Jamalul Kiram III mendakwa dirinya menjadi pewaris sah kepada takhta Sulu, beliau telah menetapkan pada 11 November 2012 bahawa kontinjen awam dan tentera harus menuntut hak-hak wilayah di Borneo Utara. Oleh itu, beliau telah melantik saudaranya dan Raja Mudah ("pewaris" atau "putera mahkota"), Agbimuddin Kiram, untuk memimpin kumpulan tersebut.[2][16] Beberapa bulan selepas 11 Februari 2013,[2] Agbimuddin Kiram dan seramai 100 pengikutnya tiba di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah dari pulau kejiranan iaitu Pulau Simunul, Tawi-Tawi di selatan Filipina.[17]

Tuntutan di Mahkamah Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada tarikh 23 Oktober 2001, Mahkamah Antarabangsa telah memutuskan bahawa Sabah dan semua kawasan kepulauannya adalah dibawah Persekutuan Malaysia. Mahkamah Antarabangsa juga tidak menerima permohonan Kerajaan Filipina untuk masuk campur dalam urusan persengketaan status Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang berlaku di antara Malaysia dan Indonesia.[18] Penghakiman ini diambil oleh Mahkamah Antarabangsa setelah meneliti kesemua perkara yang berkaitan dengan pendudukan di negeri Sabah. Ini termasuk faktor geografi dan sejarah kawasan tersebut. Ia juga mengambil kira aspek hak penduduk untuk bersama kerajaan yang mereka pilih. Dan ini telah diakui oleh semua rakyat Sabah bahawa mereka adalah sebahagian daripada Malaysia.[19]

Permasalah wilayah ini tidak lagi wujud kerana Sabah dengan secara mutlaknya menjadi sebahagian dari negara Malaysia dan segala pentadbiran negeri sudah termaktub di dalam Persekutuan Malaysia. Filipina pernah membuat tuntutan tetapi tidak berbuat secara rasmi setelah beberapa tahun.[20]

Tuntutan terhadap takhta Kesultanan Sulu[sunting | sunting sumber]

Jamalul Kiram III bukanlah satu-satunya individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu. Ini kerana ramai pihak yang membuat pengakuan sebagai pewaris takhta Sultan Sulu. Pada tahun 2011, Datuk Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad telah dipilih oleh orang-orang Sulu untuk menjadi Sultan Sulu. Datuk Akjan diiktiraf oleh sebahagian dari orang-orang sebagai Sultan Sulu yang ke-33 dan juga sebagai waris keturunan Sultan Sulu yang pertama Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1 (yang berasal dari Johor).[21]

Mengikut portal berita Philippines Daily Inquirer, terdapat banyak lagi pihak yang mengaku sebagai Sultan Sulu. Terdapat dua lagi individu yang mengaku sebagai keturunan Sulu yang ke-35. Fuad Kiram dan Muedzul Lail Tan Kiram juga mengaku sebagai Sultan. Kedua-duanya adalah sepupu kepada Jamalul Kiram III yang sedang melancarkan serangan terhadap Malaysia. Fuad Kiram adalah anak kepada Sultan Esmail Kiram I (1950-1974) yang menyatakan bahawa beliau telah dilantik oleh pembesar-pembesar Sulu yang lain. Muedzul pula mengatakan bahawa beliau merupakan Sultan Sulu yang sebenar kerana bapanya Sultan Ampun Mohammad Mahakuttah Kiram (1974-1986) telah diiktiraf sebagai Sultan oleh bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos.[22]

Penglibatan "Sultan-sultan Sulu" dalam politik[sunting | sunting sumber]

Mengikut satu laporan yang dibuat oleh Manila Times, penglibatan terhadap politik akan menjadikan tuntutan kepada takhta oleh individu-individu tersebut terbatal. Ini mengikut sistem kerajaan Sulu yang dipegang oleh kesemua penuntut takhta. Jika mana-mana penuntut takhta Sulu terlibat dalam politik, maka tuntutan mereka terhadap takhta akan terbatal.

Walaubagaimanapun, boleh dikatakan kesemua penuntut takhta telah secara langsung melibatkan diri dalam politik Filipina dan Malaysia. Datuk Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad adalah seorang ahli UMNO Sabah (telah keluar parti apabila kerakyatannya ditarik oleh kerajaan Malaysia), manakala Muedzul-lail pula pernah bertanding pada tahun 1997 di kawasan Barangay Kagawad dan kalah. Jamalul Kiram (yang menjadi pencetus krisis Lahad Datu) pula pernah bertanding pilihanraya atas tiket parti Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pada tahun 2007 namun kalah.[23]

Sekatan[sunting | sunting sumber]

Polis Malaysia telah mengepung jalan utama di Lahad Datu yang melalui ladang kelapa sawit sehingga ke Kampung Tanduo, di mana lelaki bersenjata tersebut berada. Polis Marin juga meronda perairan berdekatan. Agensi-agensi keselamatan juga telah menyekat kemasukan warga dari Selatan Filipina.[24]

Motif kedatangan[sunting | sunting sumber]

Mengikut sumber dari Al Jazeera News, kehadiran tentera Sulu di Lahad Datu adalah disebabkan mereka ingin menuntut pengiktirafan dan hak untuk selama-lamanya tinggal di Sabah.[25]

The Manila Times menyebut bahawa pencerobohan tersebut berlaku sejurus selepas pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim mencadangkan autonomi kepada Sabah.[26] Agensi perisikan Filipina juga telah menyatakan ada campur tangan beberapa pihak yang telah mencetuskan kejadian ini. Salah satu pihak yang dikenalpastinya adalah Anwar Ibrahim.[27][28] Namun begitu untuk menafikan pembabitan mereka, Tian Chua, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat menyatakan bahawa ini adalah sandiwara kerajaan Barisan Nasional untuk menakut-nakutkan rakyat.[29] Tian Chua telah dikecam hebat kerana mengeluarkan kenyataan tersebut.[30] Jacel Kiram, puteri Jamalul Kiram III juga menyangkal dakwaan mereka disokong Anwar atau orang lain.[31]

Pemberontak Sulu tidak akan berganjak[sunting | sunting sumber]

Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Sulu mengatakan bahawa sekiranya Malaysia ingin berunding, mereka hendaklah berunding terus dengan Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III, secara terus. Ini adalah kerana arahan yang diterima oleh Agbimuddin Kiram adalah daripada abangnya. Beliau juga menyatakan bahawa akan terus berada di Lahad Datu dan hanya akan berundur sekiranya dipanggil semula oleh abangnya.[32]

Situasi semasa[sunting | sunting sumber]

Peta lokasi kawasan Pantai Timur Sabah yang telah terlibat dalam konflik ini.
██ Antaranya ialah:
* Lahad Datu
* Semporna
* Kunak
* Tawau

Pertempuran 1 Mac[sunting | sunting sumber]

Pada pagi 1 Mac, satu pertempuran telah berlaku diantara PDRM dan pengikut Agbimuddin Kiram. Dua anggota PDRM dari kumpulan Komando 69 iaitu, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin telah terkorban.[33][34][35] Manakala, 12 pengikut Agbimuddin Kiram telah terbunuh dalam situasi tersebut.[33]

Serangan Semporna[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Mac pada waktu 6.30 petang, seramai 6 anggota polis telah terkorban dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.[36] Enam penceroboh turut terbunuh dalam situasi tersebut.[36] Pihak polis masih menyiasat sama ada kumpulan ini mempunyai kaitan dengan pengikut Kesultanan Sulu.[37] Sebelum ini, pada jam 7 pagi di hari yang sama seorang penceroboh telah dibelasah sehingga mati oleh penduduk kampung tersebut.[38]

Abraham Idjirani, iaitu setiausaha-agung Sultan Kiram III, berkata keganasan bermula ketika polis Malaysia sedang memeriksa rumah seorang pendatang tanpa izin Filipina yang disyaki melindungi penceroboh. Ianya berakhir apabila Imam Maas dan 4 orang anak beliau terbunuh apabila diketahui bahawa mereka sedang melindungi saudara-mara sultan yakni penceroboh di kawasan itu.[39]

Kehadiran lelaki bersenjata di Kunak[sunting | sunting sumber]

Menurut Ketua Polis Negara, Ismail Omar, seramai 10 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tentera penceroboh telah dikesan memasuki kawasan Kampung Long Malong dan Kampung Dasar Lama di Kunak antara Lahad Datu dan Semporna.[40][41][42]

Peningkatan anggota keselamatan[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Malaysia telah mula menggandakan bilangan polis dan tentera dengan menggerakkan pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja.[43][44] Selain itu, 7 batalion ATM dari Semenanjung dan 1 batalion PGA dari Sarawak juga telah dihantar bagi meningkatkan kawalan keselamatan.[7][8][9]

Penghantaran pesawat pejuang dan pengeboman[sunting | sunting sumber]

Pesawat pejuang TUDM dilihat terbang di sekitar Felda Sahabat kira-kira pukul 8.35 pagi.[45]

Pada 5 Mac, Malaysia telah menghantar 3 buah pesawat pejuang F/A-18 Hornet dan 5 Hawk bagi melancarkan serangan bom dari udara ke kawasan yang dikatakan merupakan tempat persembunyian pengikut Agbimuddin Kiram pada jam 7 pagi.[46][47] Akhbar Berita Harian mengatakan, kira-kira 30 mayat penceroboh telah ditemui.[48] Manakala, seorang telah ditembak mati.[49] Sehingga kini, 67 penceroboh telah disahkan terkorban.[1] Manakala, 149 lagi telah ditahan.[1]

Reaksi MNLF[sunting | sunting sumber]

Sebuah laporan ekslusif dari News5 menunjukkan sebahagian ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) sedang menjalani latihan di Jolo, Sulu untuk misi menyelamat warga Filipina di Sabah.[6] Bekas pemimpin MNLF, Nur Misuari menyatakan bahawa ahli MNLF ini tidak mempunyai kaitan atau menyebelahi pihak Pasukan Keselamatan Diraja Sulu.[6][50] Bagaimanapun, Gabenor Wilayah Sulu, Abdusakur Tan telah menafikan apa-apa laporan yang mengatakan pejuang MNLF dibawah arahan Nur Misuari telah menuju ke Sabah, beliau juga menafikan bahawa 1,000 pejuang MNLF telah menyusup masuk ke negeri ini.[6] Juga, menurut pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Muslimin Sema, mereka menghormati keputusan Sabah yang menyertai Malaysia pada tahun 1963.[51] Beliau juga mengatakan beliau pernah melawat Sabah pada tahun 1973 dan menyaksikan sendiri kegembiraan yang dinikmati oleh rakyat negeri itu dan menambah bahawa beliau juga mempunyai ramai saudara mara di negeri tersebut.[51]

Tiada kaitan dengan MILF[sunting | sunting sumber]

Murad Ibrahim selaku pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang juga merupakan kumpulan pemisah terbesar di Filipina telah menyatakan bahawa MILF tidak terlibat langsung dengan konflik ini. Beliau juga menyebut bahawa isu ini adalah satu perkara yang perlu diselesaikan melalui Kuala Lumpur dan pentadbiran Manila.[52]

Tangkapan[sunting | sunting sumber]

Berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu, polis Malaysia telah menangkap 104 warga Filipina yang disyaki ada kaitan dengan Jamalul Kiram III di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, salah satu daripada pengganti Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mereka termasuklah beberapa ahli keluarga Kiram yang memasuki negeri Sabah menggunakan identiti palsu.[53] 111 pengganas Sulu juga berjaya ditangkap manakala lapan orang lagi didakwa di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati di Malaysia.[1][54][55]

██ ESSZONE yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 25 Mac bagi meningkatkan lagi kawalan keselamatan di bahagian timur Sabah.

Kewujudan ESSCOM dan ESSZONE[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: ESSCOM dan ESSZONE

Juga berikutan dengan krisis ini, kerajaan telah mewujudkan sebuah kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada 7 Mac 2013 bagi memperkuatkan lagi keselamatan maritim di bahagian timur Sabah.[56][57][58] Beberapa minggu selepas itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Abdul Razak telah melancarkan sebuah zon yang dikenali sebagai Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) pada 25 Mac 2013.[59]

Insiden berkaitan[sunting | sunting sumber]

Penggodaman[sunting | sunting sumber]

Perang siber turut tercetus dengan kumpulan penggodam dari Malaysia dan Filipina saling menggodam laman web beberapa pertubuhan antara satu sama lain bagi menyemarakkan rasa tidak puas hati berkenaan isu ini.[60]

Protes di kedutaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Seramai 100 rakyat Filipina menganjurkan bantahan di hadapan kedutaan Malaysia di Makati pada 5 Mac 2013. Mereka menggesa kerajaan Malaysia untuk menamatkan keganasan di Sabah, manakala sesetengah sokongan yang dinyatakan lagi adalah bagi menyokong perjuangan Kiram. Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan trak bomba dikerahkan ke kawasan tersebut. Kedutaan kemudiannya digantung operasi akibat bantahan.[61]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Kekejaman penceroboh[sunting | sunting sumber]

Anggota polis yang terbunuh di kampung Sri Jaya, Semporna, Sabah pada 2 Mac lalu ditemui dalam keadaan yang sangat tragis.[62] Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu telah menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak sama ada mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam. Justeru, perlakuan mereka ini juga bertentangan dengan ajaran Islam.[62]

Nasib keluarga anggota PDRM yang terkorban dibela[sunting | sunting sumber]

Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan bahawa sumbangan sebanyak RM 100,000.00 akan diberikan kepada keluarga anggota PDRM yang terkorban di dalam pertempuran di Lahad Datu. Manakala bagi anggota yang cedera, sebanyak RM 50,000.00 akan disumbangkan oleh kerajaan negeri.[63]

Anggota yang terkorban juga dinaikkan pangkat agar keluarga mereka dapat menikmati kadar pencen yang lebih tinggi. Beberapa bantuan lain turut akan diterima oleh anggota dan keluarga anggota yang terlibat.[64]

Pembangkang Filipina main peranan[sunting | sunting sumber]

Banyak akhbar pro pembangkang di Filipina sedang mensasarkan kelemahan kepada Presiden Benigno kerana tidak menyokong pendudukan pengganas Sulu di Lahad Datu. Untuk menaikkan kemarahan rakyat Filipina, akhbar-akhbar pro Arroyo ini telah menceritakan kononnya pasukan keselamatan Malaysia telah memukul dan membunuh warga Filipina di Sabah. Namun begitu, tiada bukti sahih bahawa perkara ini sedang berlaku.[65] Bekas Presiden Arroyo nampaknya telah melaksanakan perancangan untuk memalukan pentadbiran Presiden Benigno agar kerajaan Filipina akan dilihat tidak boleh menyelesaikan masalah rakyat Filipina.[66]

Jamalul Kiram yang merupakan ketua pasukan penceroboh Sulu, merupakan salah seorang penyokong Arroyo dan pernah bertanding di dalam parti Arroyo pada tahun 1997. Dan kini tindakannya untuk menyerang Sabah adalah dikatakan diarahkan oleh Arroyo.[67]

Bantuan kepada warga Lahad Datu[sunting | sunting sumber]

Bantuan RM 1000.00 akan diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada warga yang terlibat dalam krisis pencerobohan Lahad Datu. Bantuan juga akan diberikan dalam bentuk pembinaan semula kediaman dan premis perniagaan yang musnah disebabkan oleh kekacauan yang dilaksanakan oleh para pengganas di Lahad Datu. Pinjaman kerajaan juga akan diberikan kepada mereka yang mengalami kerugian dalam perniagaan disebabkan oleh krisis tersebut.[68]

Suruhanjaya Siasatan Diraja pendatang asing Sabah[sunting | sunting sumber]

Prosiding siasatan Suruhanjaya Diraja pendatang asing Sabah terhenti apabila berlakunya krisis ini.[69]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

  •  Amerika SyarikatDuta Besar AS ke Filipina, iaitu Harry K. Thomas, Jr. mengatakan bahawa Manila dan Kuala Lumpur dapat bekerjasama mengenai hal ini dengan baik. Beliau juga menambah yang dua kerajaan ini akan duduk bersama dan berbincang, konflik ini boleh diatasi tanpa pertumpahan darah katanya.[70] Selain itu, Amerika Syarikat juga mengalu-alukan Perjanjian Rangka Kerja Bangsamoro pada tahun 2012.[71]
  •  Brunei – Jeneral utama Tentera Diraja Brunei, Aminuddin Ihsan juga menyampaikan harapan agar krisis Sabah dapat diselesaikan secara aman.[72]
  •  Filipina – Setiausaha Jabatan Luar Negeri Filipina, Albert del Rosario meminta jaminan pihak berkuasa Malaysia bahawa hak rakyat Filipina "yang telah menjadi penduduk tetap di Sabah dan yang mungkin di kalangan kumpulan" akan dihormati. Beliau juga menggesa warga Filipina untuk "kembali ke rumah-rumah dan keluarga mereka".[73] Ia juga menjelaskan bahawa tindakan kumpulan Filipina tersebut tidak dibenarkan oleh kerajaan Filipina.[74]
  •  IndonesiaPresiden Indonesia Susilo Bambang Yudhyono pada kenyataannya menggesa penyelesaian diplomatik terhadap krisis tersebut. Beliau berkata "Saya akan meneruskan pendekatan diplomatik dalam masa terdekat, kerana ia tidak baik (jika kejadian ini terus berlarutan). (Tetapi) ia tidak bermakna bahawa Indonesia akan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia. Tidak", kata Presiden tersebut.[75] Susilo juga menyatakan kebimbangannya terhadap konflik tersebut yang telah meragut beberapa nyawa dan beliau berharap kedua-dua pihak dapat mencari penyelesaian secara aman.[76]
  • Suluflag.jpg Kesultanan Sulu – Individu Kesultanan Sulu yang lain:
    • Muedzul Lail Tan Kiram mengutuk tindakan saudaranya dan mengatakan apa yang dituntutnya adalah "takhta yang palsu" ketika dalam siaran akhbar dan wawancara TV Malaysiakini.[77][78]
    • Fuad Kiram turut menyatakan bantahan beliau mengenai tindakan sepupu pertamanya, Jamalul Kiram III. Beliau berkata mahu mengambil Sabah "dengan cara yang aman dan melaksanakan kewujudan aman dengan orang lain".[79] Beliau juga mendoakan keselamatan orang ramai yang berada di Lahad Datu.[80]
    • Abdul Rajak Aliuddin juga menentang tuntutan Jamalul Kiram III dan pengikutnya, yang menyatakan bahawa keluarganya sendiri "adalah pemilik sah takhta". Beliau menuntut sebagai Sultan keenam Borneo Utara.[81]
  •  Malaysia – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa semakin lama pengikut Kiram berada di Sabah, semakin bahaya situasi buat mereka. Beliau berkata kumpulan itu "mesti sedar bahawa apa yang mereka lakukan ini adalah satu kesalahan yang amat serius dan saya harap mereka akan menerima tawaran untuk meninggalkan tempat ini secara aman secepat mungkin". Beliau juga memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa keselamatan dan kedaulatan negeri akan dilindungi.[82]
  •  Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuSetiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon, telah memanggil semua pihak untuk menamatkan konflik di Sabah. Beliau juga menggesa semua pihak untuk berdialog bagi menyelesaikan keadaan secara aman.[83]

Nasihat perjalanan[sunting | sunting sumber]

  •  AustraliaJabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan telah menasihati rakyatnya mengenai semua perjalanan mereka ke kawasan pantai timur Sabah, serta pulau-pulau yang berdekatan dan tapak menyelam. Jabatan menyatakan bahawa mereka harus berhati-hati ke kawasan lain di Sabah dan juga menambah bahawa mereka akan "terus menasihati warga Australia di Sabah untuk menuruti langkah-langkah keselamatan di Malaysia secara keseluruhannya".[84]
  •  Amerika Syarikat – Pada 1 Mac, Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menyatakan bahawa "rakyat AS dinasihatkan untuk mengelakkan kawasan Lahad Datu pada masa hadapan, dan rakyatnya juga dinasihati untuk memantau laporan media mengenai keganasan yang berterusan".[85] Pada 4 Mac mesej yang lebih terperinci termasuk langkah berjaga-jaga dan nasihat terhadap perjalanan rakyat AS di "kawasan pantai bermula dari hujung timur kebanyakan Sabah selatan ke sempadan dengan Indonesia [termasuk] pekan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau dikeluarkan".[86]
  •  Hong Kong – Pada 5 Mac, Biro Keselamatan telah mengeluarkan amaran perjalanan "kuning" yang menasihatkan rakyatnya yang sedang merancang untuk pergi ke Sabah dan bagi mereka yang sudah berada di Sabah untuk berhati-hati dan sentiasa memantau keadaan. Penduduk Hong Kong juga dinasihatkan untuk mengelakkan sebarang perjalanan ke Lahad Datu, Kunak dan Semporna.[87]
  •  Jerman – Pejabat Luar Negeri Jerman mengeluarkan amaran perjalanan pada 3 Mac, menyatakan risiko keselamatan yang dikeluarkan bagi daerah timur Sabah. Ia menasihatkan rakyatnya agar "semua perjalanan yang tiada hal penting, tidak perlulah ke daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan dan Sandakan".[88]
  •  Kanada – Kanada menasihatkan rakyatnya untuk mengelakkan perjalanan ke Timur Sabah, terutamanya ke pekan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, serta pulau-pulau yang berdekatan dan tapak menyelam, termasuk Sipadan. Ia menggesa rakyatnya yang sudah berada di kawasan tersebut untuk meninggalkannya secepat mungkin dan sentiasa memantau sebarang perkembangan dan mematuhi perintah pihak berkuasa tempatan Malaysia.[89]
  •  New ZealandKementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkata bahawa "terdapat risiko yang tinggi terhadap keselamatan rakyat mereka di kawasan pantai dan kepulauan luar pesisir serta tapak menyelam yang jauh dari bandar-bandar utama di timur Sabah" (contohnya dari Kudat di Utara sehingga ke seluruh pantai di Tawau). Warga New Zealand yang hendak melawat dan tinggal di Sabah dinasihati untuk merekodkan butiran mereka pada kementerian.[90]
  •  Poland – Pada 4 Mac, Kementerian Luar Negeri Poland telah mengeluarkan amaran perjalanan kerana "rusuhan awam dan tahap tinggi ancaman pengganas berterusan di bahagian timur negeri Sabah di pulau Borneo, termasuk kawasan lokaliti Lahad Datu dan Semporna".[91]
  •  SingapuraKementerian Luar Negeri menasihatkan warga Singapura yang pergi ke timur Sabah agar sentiasa "mematuhi nasihat pihak berkuasa keselamatan Malaysia, menjaga diri, memantau sebarang perkembangan melalui berita tempatan dan mengelakkan perjalanan ke Lahad Datu, Kunak dan Semporna".[92]
  •  Taiwan (Republik Cina) – Kementerian Luar Negeri meningkatkan tahap amaran perjalanan ke Sabah dari normal ke "kuning" berikutan insiden yang berlaku dalam negeri ini. Perjalanan "kuning" memberi amaran dengan mengingatkan orang ramai bagi memberi perhatian khusus untuk keselamatan diri semasa dalam perjalanan ke kawasan yang terjejas dan menimbang semula apa-apa rancangan untuk pergi ke kawasan-kawasan ini.[93]
  •  United KingdomPejabat Luar dan Komanwel menasihati rakyatnya "terhadap semua perjalanan penting ke kawasan itu" di Sabah iaitu di bahagian timur sepanjang pantai dari Lahad Datu ke kawasan paling timur Sabah terutamanya kebanyakan kawasan di bahagian titik timur selatan dan timur dari kawasan yang menghubungkan antara Lahad Datu sehingga ke Tawau melalui kawasan Kunak. ini termasuk Semporna dan pulau-pulau di bahagian luar pantai. Ia juga menasihati warga British yang kini berada di rantau tersebut untuk mempertimbangkan meninggalkan negeri ini secepat yang mungkin dan mengikuti nasihat daripada pihak berkuasa polis tempatan di Malaysia.[94]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 "Kronologi pencerobohon Lahad Datu". Astro Awani. 15 February 2014. http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/kronologi-pencerobohon-lahad-datu-25523. Capaian 27 February 2014. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 "Heirs of Sultan of Sulu pursue Sabah claim on their own". Philippine Daily Inquirer. http://globalnation.inquirer.net/64577/heirs-of-sultan-of-sulu-pursue-sabah-claim-on-their-own. Capaian 20 Februari 2013. 
  3. 3.0 3.1 Frialde, Mike. "Sultanate of Sulu wants Sabah returned to Phl", 23 Februari 2013. Dicapai pada 24 Februari 2013. 
  4. "Fearless Villagers Beat Sulu Militant to Death". theCHOICE. 4 Mac 2013. http://www.thechoice.my/featured-articles/64154-fearless-villagers-beat-sulu-militant-to-death. Capaian 11 Oktober 2013. 
  5. "Sabahans will not forget Lahad Datu incident — Musa". The Borneo Post. 30 Jun 2013. http://www.theborneopost.com/2013/06/30/sabahans-will-not-forget-lahad-datu-incident-musa/. Capaian 11 Oktober 2013. 
  6. 6.0 6.1 6.2 6.3 Abigail C. Kwok (10 April 2013). "Sulu Governor: No MNLF rescue mission for Filipinos in Sabah". Inter Aksyon. http://www.interaksyon.com/article/59091/sulu-governor-no-mnlf-rescue-mission-for-filipinos-in-sabah. Capaian 11 October 2013. 
  7. 7.0 7.1 "Seven battalions from Peninsula deployed to Sabah". New Straits Times. 4 Mac 2013. http://www.nst.com.my/latest/font-color-red-lahad-datu-font-seven-battalions-from-peninsula-deployed-to-sabah-1.228525. Capaian 5 Mac 2013. 
  8. 8.0 8.1 "7 batalion tentera dihantar ke Sabah: Panglima ATM". Berita Harian. 4 Mac 2013. http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/7bataliontenteradihantarkeSabah_PanglimaATM/Article/. Capaian 5 Mac 2013. 
  9. 9.0 9.1 "Batalion PGA Sarawak ke Lahad Datu untuk bantu". Berita Harian. 5 Mac 2013. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BatalionPGASarawakkeLahatDatuuntukbantu/Article. Capaian 5 Mac 2013. 
  10. "Lahad Datu: Sabah CPO - No halt to Ops Daulat until Sulu terrorists are flushed out". The Star. 30 March 2013. http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/03/30/Lahad-Datu-Sabah-CPO--No-halt-to-Ops-Daulat-until-Sulu-terrorists-are-flushed-out/. Capaian 30 June 2014. 
  11. "Lahad Datu: Dua Lagi Anggota Keselamatan Terbunuh". mSTAR Online. 12 Mac 2013. http://mynewshub.my/2013/03/12/lahad-datu-seorang-lagi-anggota-keselamatan-terbunuh/. Capaian 16 Mac 2013. 
  12. Ritchie A. Horario (11 August 2013). "8 Malaysian forces killed by Kiram men in Sabah ambush". The Manila Times. http://www.manilatimes.net/8-malaysian-forces-killed-by-kiram-men-in-sabah-ambush/28278/. Capaian 30 June 2014. 
  13. "Lahad Datu: Seorang Anggota Tentera Maut Kemalangan". mSTAR Online. 12 Mac 2013. http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/3/12/mstar_berita/20130312214619&sec=mstar_berita. Capaian 16 Mac 2013. 
  14. "No surrender, we stay". Inquirer Global Nation. http://globalnation.inquirer.net/66287/aquino-surrender-order-not-acceptable-kirams. Capaian 3 Mac 2013. 
  15. "PH calls for peaceful solution to Borneo standoff". Philippine Daily Inquirer. 17 Februari 2013. http://globalnation.inquirer.net/64729/ph-calls-for-peaceful-solution-to-borneo-standoff. Capaian 19 Februari 2013. 
  16. "Malaysian security forces moving in on village". The Star. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/19/nation/12729524. Capaian 20 Februari 2013. 
  17. "Filipinos' standoff in Borneo linked to peace deal with Muslim rebels". CNN. 19 Februari 2013. http://edition.cnn.com/2013/02/18/world/asia/malaysia-philippines-standoff/. Capaian 20 Februari 2013. 
  18. Sovereignty over Pulau Ligitan and Pulau Sipadan (Indonesia/Malaysia), International Court of Justice an Official Press Release Statement.
  19. ICJ. "SOVEREIGNTY OVER PULAU LIGITAN AND PULAU SIPADAN (INDONESIA v. MALAYSIA)(E'ermission to intervene by the Philippines",Mahkamah Antarabangsa, The Hague, 23 Oktober 2001, Capaian 18 Mac 2013.
  20. Max Planck Institute for Comparative Public Law and International Law. "Case Concerning Sovereignty over Pulau Ligitan and Pulau Sipadan (Indonesia v. Malaysia) Application by the Philippines for Permission to Intervene Judgment of 23 Oktober 2001", Mahkamah Antarabangsa, 23 Oktober 2001. Capaian 19 Mac 2013.
  21. Arkib. "Sultan Sulu” letak jawatan sebagai ahli UMNO", Utusan Malaysia, Kota Kinabalu, 22 Februari 2013. Capaian 5 Februari 2013.
  22. Allan Afdal Nawal (26 Februari 2013). "2 more claim to be real sultan of Sulu". Philippines Daily Inquirer. http://newsinfo.inquirer.net/364955/2-more-claim-to-be-real-sultan-of-sulu. Capaian 5 Mac 2013. 
  23. Julmunir I. Jannaral (2 Mac 2013). "Sultan Fuad Kiram is the true and legitimate Sultan of Sulu". The Manila Times. http://www.manilatimes.net/index.php/special-report/42565-sultan-fuad-kiram-is-the-true-and-legitimate-sultan-of-sulu. Capaian 5 Mac 2013. 
  24. "PH calls for peaceful solution to Borneo standoff". Global Inquirer. 17 Februari 2013. http://globalnation.inquirer.net/64729/ph-calls-for-peaceful-solution-to-borneo-standoff. Capaian 18 Februari 2013. 
  25. "Battle for control of Kampung Tanduo". Al Jazeera English. 25 Februari 2013. http://blogs.aljazeera.com/blog/asia/battle-control-kampung-tanduo. Capaian 1 Mac 2013. 
  26. "AFP mum over sultanate’s Sabah intrusion". The Manila Times. 16 Februari 2013. http://www.manilatimes.net/index.php/news/top-stories/41558-afp-mum-over-sultanate-s-sabah-intrusion. Capaian 2 Mac 2013. 
  27. "Gov’t intel eyes 3 groups abetting Sulu sultan’s claim". Philippine Daily Inquirer. 1 Mac 2013. http://newsinfo.inquirer.net/366851/govt-intel-eyes-3-groups-abetting-sulu-sultans-claim. Capaian 5 Mac 2013. 
  28. Arkib. "Perisikan sahkan pertemuan Anwar-Nur Misuari", Utusan Malaysia, 3 Mac 2013. 4 Mac 2013.
  29. Aisha Geoffrey. "Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno – Tian", Keadilan Daily, 3 Mac 2013. Dicapai 4 Mac 2012.
  30. Zulkiflee Bakar. "Kebiadaban, keceluparan Tian Chua tidak boleh dimaafkan", Utusan Malaysia, 3 Mac 2013. Dicapai 4 Mac 2013.
  31. "Misuari denies hand in Sabah crisis". InterAksyon.com. 5 Mac 2013. http://www.interaksyon.com/article/56401/misuari-denies-hand-in-sabah-crisis. Capaian 6 Mac 2013. 
  32. Berita. "Pemberontak Sulu terus berdegil", Utusan Malaysia, Davao City, 28 Februari 2013. Dicapai pada 1 Mac 2013.
  33. 33.0 33.1 "Polis sahkan dua anggota, 12 ahli penceroboh maut di Lahad Datu". Berita Harian. 1 Mac 2013. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polissahkanduaanggota_12ahlipencerobohmautdiLahadDatu/Article/. Capaian 1 Mac 2013. 
  34. "Dua komando polis maut terkena serangan mortar". Berita Harian. 1 Mac 2013. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Duakomandopolismautterkenaseranganmortar/Article/. Capaian 1 Mac 2013. 
  35. Berita Am. "Krisis Lahad Datu- Al-Fatihah 2 Anggota Unit Komando 69 Meninggal Dunia", Suara Generasi Baru, 1 Mac 2013. Dicapai pada 1 Mac 2013.
  36. 36.0 36.1 "SECURITY BREACH: 12 dead in Semporna including 6 cops". Malaysia Chronicle. 3 Mac 2013. http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=63642:security-breach-12-dead-in-semporna-including-6-cops&Itemid=2. Capaian 4 Mac 2013. 
  37. "Six cops, six intruders killed in Semporna". Free Malaysia Today. 3 Mac 2013. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/03/03/another-cop-dead-maritime-tigthens-security/. Capaian 4 Mac 2013. 
  38. "Penduduk pukul penceroboh bersenjata M16 hingga mati di Semporna". Berita Harian. 3 Mac 2013. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PendudukpukulpencerobohbersenjataM16hinggamatidiSemporna/Article/. Capaian 4 Mac 2013. 
  39. Sultan’s followers kill, capture Malaysian cops
  40. "Tiga penceroboh ditahan, 10 tentera asing dikesan di Kunak". Utusan Malaysia. 3 Mac 2013. http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130303/je_01/Tiga-penceroboh-ditahan-10-dikesan-di-Kunak. Capaian 5 Mac 2013. 
  41. "Another group of intruders spotted". Free Malaysia Today. 3 Mac 2013. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/03/03/another-group-of-intruders-spotted/. Capaian 5 Mac 2013. 
  42. "Don’t pay heed to rumours, people urged", The Star, 4 Mac 2013. Dicapai pada 5 Mac 2013. 
  43. "Police, Armed Forces Beef Up Operations In Sabah's East Coast", Bernama. Dicapai pada 5 Mac 2013. 
  44. "21st Royal Malay Regiment from Pengkalan Chepa Camp deployed to Sabah", 'Sinchew', 4 Mac 2013. Dicapai pada 5 Mac 2013. 
  45. "Lahad Datu: Jet Pejuang Dilihat Berlegar-Legar Di Udara". mSTAR Online. 7 Mac 2013. http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/3/7/mstar_berita/20130307091154&sec=mstar_berita. Capaian 16 Mac 2013. 
  46. "3 pesawat F-18 Hornet, 5 Hawk TUDM digunakan pagi tadi: Ahmad Zahid". Berita Harian. 5 Mac 2013. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3pesawatF-18Hornet_5HawkTUDMdigunakanpagitadi_AhmadZahid/Article/index_html. Capaian 5 Mac 2013. 
  47. "Malaysia sends jet fighters to end security crisis in Sabah state". The Australian. 5 Mac 2013. http://www.theaustralian.com.au/news/world/malaysia-sends-jet-fighters-to-end-security-crisis-in-sabah-state/story-e6frg6so-1226590807808. Capaian 5 Mac 2013. 
  48. "GEMPUR". Berita Harian. 6 Mac 2013. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GEMPUR/Article/index_html. Capaian 6 Mac 2013. 
  49. "Lahad Datu: Seorang pengganas Sulu ditembak mati". Berita Harian. 6 Mac 2013. http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/LahadDatu_SeorangpengganasSuluditembakmati/Article/. Capaian 6 Mac 2013. 
  50. Amanda Fernandez (5 March 2013). "Nur Misuari denies involvement in Sabah crisis". GMA News. http://www.gmanetwork.com/news/story/297773/news/nation/nur-misuari-denies-involvement-in-sabah-crisis. Capaian 20 September 2013. 
  51. 51.0 51.1 "We respect Sabah’s decision to join Malaysia, says MNLF chairman". The Borneo Post. 13 Mac 2013. Diarkibkan dari yang asal pada 11 Oktober 2013. http://www.theborneopost.com/2013/03/13/we-respect-sabahs-decision-to-join-malaysia-says-mnlf-chairman-new/. Capaian 11 Oktober 2013. 
  52. "Lahad Datu: We are not involved, says MILF". The Star. 7 Mac 2013. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/3/7/nation/12803669&sec=nation. Capaian 9 Mac 2013. .
  53. Radzi Razak. "Kiram's family members among 104 detained under SOSMA (Inggeris)", The Sun Daily, 17 Mac 2013. Dicapai pada 19 Mac 2013. 
  54. Ruben Sario and Stephanie Lee. "Lahad Datu: Eight charged with terrorist activities, waging war against King (updated) (Inggeris)", The Star, 20 Mac 2013. Dicapai pada 23 Mac 2013. 
  55. Basahin sa Filipino. "8 Kiram followers face death, life terms in Malaysia for war vs King, terrorism", GMA News, 20 Mac 2013. Dicapai pada 23 Mac 2013. 
  56. "Bolstering national maritime security". The Star. 21 Mac 2013. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/3/21/focus/12851944&sec=. Capaian 27 Mac 2013. 
  57. "ESSCOM will prevent future terrorist incursions, says IGP". The Malaysian Insider. 22 Mac 2013. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/esscom-will-prevent-future-terrorist-threats-says-igp. Capaian 27 Mac 2013. 
  58. "ESSCOM to boost socio-economic growth in Sabah's east coast". New Straits Times. 27 Mac 2013. http://www.nst.com.my/latest/esscom-to-boost-socio-economic-growth-in-sabah-s-east-coast-1.242811. Capaian 28 Mac 2013. 
  59. "PM Announces Setting Up Of Eastern Sabah Safety Zone". BERNAMA. 25 Mac 2013. http://www.bernama.com/bernama/v7/ge/newsgeneral.php?id=937043. Capaian 27 Mac 2013. 
  60. "Hackers take Sabah conflict to cyberspace". ZDNet. 4 Mac 2013. http://www.zdnet.com/ph/hackers-take-sabah-conflict-to-cyberspace-7000012061/. Capaian 5 Mac 2013. .
  61. "Malaysian embassy closed due to protests", ABS-CBN News, 5 Mac 2013. Dicapai pada 5 Mac 2013. 
  62. 62.0 62.1 "Pengganas Sulu bunuh polis dengan kejam", Utusan Malaysia, 8 Mac 2013. Dicapai pada 8 Mac 2013. 
  63. Bernama. "RM100,000 kepada setiap keluarga anggota terkorban", Utusan Malaysia, Kota Kinabalu, 6 Mac 2013. Capaian 6 Mac 2013.
  64. Awang. "Bisik-Bisik Awang Selamat", Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 3 Mac 2013. 6 Mac 2013.
  65. Julie Alipala, Karlos Manlupig. "We're treated like animals': Filipinos in Sabah", Asia News Network, Zamboanga City, 10 Mac 2013. Capaian 13 Mac 2013.
  66. Edwin Espejo. "Aquino vs. Arroyo: This time it’s personal", Manila, 16 November 2011. Capaian 13 Mac 2013.
  67. Ellen Tordesillas. "Aquino fell into saboteurs’ trap", The Guardian, Manila, 7 Mac 2013. Capaian 13 Mac 2013.
  68. Arkib. "Bantuan RM1,000 kepada keluarga terjejas di Lahad Datu: Muhyiddin", Berita Harian, 12 Mac 2013. Capaian 13 Mac 2013.
  69. Koh Jun Lin. "Over 28,000 'foreign' voters on electoral roll", 23 Apr 2013. Dicapai pada 28 April 2013. 
  70. Alipala, Julie and Rosauro, Ryan. "US stays clear of Sabah row", Philippine Daily Inquirer, 23 Februari 2013. Dicapai pada 25 Februari 2013. 
  71. "US Hails Peace Deal", Manila Bulletin, 16 Oktober 2012. Dicapai pada 25 Februari 2013. 
  72. Rabiatul Kamit (21 Mac 2013). "Sulu conflict 'under control' ASEAN peacekeepers not needed at present". The Brunei Times. http://www.bt.com.bn/2013/03/21/sulu-conflict-under-controlasean-peacekeepers-not-needed-present. Capaian 14 Januari 2014. 
  73. "DFA statement on the Filipinos in Lahad Datu, Sabah, February 15, 2013". Official Gazette of the Republic of the Philippines. 15 Februari 2013. http://www.gov.ph/2013/02/15/dfa-statement-on-the-filipinos-in-lahad-datu-sabah-february-15-2013/. Capaian 19 Februari 2013. 
  74. "Malaysia stand-off with Philippine group". BBC News Online. 15 Februari 2013. http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-21469146. Capaian 19 Februari 2013. 
  75. "Indonesian president Susilo urges diplomatic solution to Lahad Datu crisis". ABN News. 19 Mac 2013. http://news.abnxcess.com/2013/03/indonesian-president-susilo-wants-diplomatic-solution-to-lahad-datu-crisis/. Capaian 14 Januari 2014. 
  76. "President Yudhoyono hopes Sabah problem to be resolved soon". Balita. 9 Mac 2013. http://balita.ph/2013/03/09/president-yudhoyono-hopes-sabah-problem-to-be-resolved-soon/. Capaian 14 Januari 2014. 
  77. "Statement from Ampun Muedzul-Lail Tan Kiram, 35th Sultan of Sulu". PRLog. 15 February 2013. http://www.prlog.org/12080731-statement-from-ampun-muedzul-lail-tan-kiram-35th-sultan-of-sulu.html. Capaian 21 Februari 2013. 
  78. Naidu, Sumisha (21 Februari 2013). Multiple Sultans of Sulu making claims for Sabah (video). Malaysiakini. Event occurs at 1:15. http://www.malaysiakini.tv/video/24983/multiple-sultans-of-sulu-making-claims-for-sabah.html. Capaian 26 February 2013. 
  79. Nawal, Allan Afdal. "2 more claim to be real sultan of Sulu", Philippine Daily Inquirer, 26 Februari 2013. Dicapai pada 26 Februari 2013. 
  80. Jannaral, Julmunir I.. "Govt-recognized Sultan of Sulu, Fuad Kiram, asks for sobriety, prayers for peace on standoff", The Manila Times, 23 Februari 2013. Dicapai pada 26 Februari 2013. 
  81. "Businessman: I am the Sultan of North Borneo", The Star Online, 21 Februari 2013. Dicapai pada 26 Februari 2013. 
  82. "PM: Armed group in Lahad Datu should leave before authorities act", The Star, 1 Mac 2013. Dicapai pada 3 Mac 2013. 
  83. "Statement attributable to the Spokesperson for the Secretary-General on Sabah, Malaysia". Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 6 Mac 2013. http://www.un.org/sg/statements/index.asp?nid=6638. Capaian 7 Mac 2013. 
  84. "Malaysia Travel advice". Smartraveller: The Australian Government's travel advisory and consular assistance service. 5 Mac 2013. http://www.smartraveller.gov.au/zw-cgi/view/Advice/Malaysia. Capaian 5 Mac 2013. 
  85. "Reported Violence in Lahad Datu, Sabah (Borneo), Eastern Malaysia". Embassy of the United States - Kuala Lumpur. http://malaysia.usembassy.gov/wm_sabah-030113.html. Capaian 6 Mac 2013. 
  86. "Violence in Coastal Eastern Sabah (Borneo)". Embassy of the United States - Kuala Lumpur. http://malaysia.usembassy.gov/wm_sabah030413.html. Capaian 6 Mac 2013. 
  87. "Security Bureau - Outbound Travel Alert - Country". Biro Keselamatan Hong Kong. 5 Mac 2013. http://www.sb.gov.hk/eng/ota/note-Malaysia.htm. Capaian 7 Mac 2013. 
  88. "Malaysia: Reise- und Sicherheitshinweise; last revised March 6, 2013". Auswärtiges Amt - Berlin. http://www.auswaertiges-amt.de/DE/Laenderinformationen/00-SiHi/MalaysiaSicherheit.html. Capaian 6 Mac 2013. 
  89. Regional Advisory for the coastal regions of eastern Sabah Travel.gc.ca (7 Mac 2013)
  90. "NZ government travel advisory - Malaysia". Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (New Zealand). 5 Mac 2013. http://www.safetravel.govt.nz/destinations/malaysia.shtml. Capaian 5 Mac 2013. 
  91. "Malezja (Borneo) – ostrzeżenie dla podróżujących". Ministerstwo Spraw Zagranicznych. http://www.msz.gov.pl/pl/informacje_konsularne/ostrzezenia/malezja__borneo____ostrzezenie_dla_podrozujacych__. Capaian 6 Mac 2013. 
  92. "Situation in Eastern Sabah". Kementerian Luar Negeri Singapura. 6 Mac 2013. http://www.mfa.gov.sg/content/mfa/consular_information/for_singapore_citizens/travel_notices/2013/201303/travelnotice_201303062.html. Capaian 7 Mac 2013. 
  93. "Taiwan issues yellow travel alert for Sabah, Malaysia", Focus Taiwan News Channel, 5 Mac 2013. Dicapai pada 5 Mac 2013. 
  94. "Malaysia travel advice". Pejabat Luar dan Komanwel. 5 Mac 2013. http://www.fco.gov.uk/en/travel-and-living-abroad/travel-advice-by-country/asia-oceania/malaysia. Capaian 5 Mac 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]