Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013
PenghargaanPelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio
PenajaBerita Harian
TV3
Tarikh8 April 2012
LokasiArena of Stars, Genting Highlands
NegaraMalaysia
Disampaikan oleh
PengacaraSharifah Shahirah
Raja Azura
Didie Alias
Zizan Razak
Persembahan
Anugerah pertama1987
Kini dipegang olehShaheizy Sam (Bintang Paling Popular, 2012)
Anugerah terbanyakAaron Aziz (3)
Pencalonan terbanyakSharifah Shahirah (3)
Laman web rasmiabp.bharian.com.my
Liputan televisyen/radio
RangkaianTV3
  • ← 2010
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011
  • 2012 →

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 adalah penganjuran majlis penganugerahan seniman tahunan kali ke-25 anjuran akhbar Berita Harian. Majlis ini diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 8 April 2012. Majlis kali ini diacarakan oleh Sharifah Shahirah, Raja Azura, Didie Alias dan Zizan Razak. Anugerah tertinggi, Bintang Paling Popular dirangkul oleh Aaron Aziz[1] yang meraih sebanyak 87,669 undian keseluruhan[2] di samping dua lagi kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular dan Artis Lelaki Paling Popular Online.

Maklumat am[sunting | sunting sumber]

ABPBH 2011 diperkenalkan di sebuah sidang media di di Holiday Villa Hotel and Suite, Subang Jaya pada 29 November 2011.[3] Sempena keraian majlis yang ke-25, satu anugerah istimewa iaitu Anugerah Seri Perak ditawarkan buat salah seorang pemenang Bintang Paling Popular dalam sejarah 24 tahun penganjuran ABPBH yang menerima undian terbanyak daripada peminat.[4]

Di samping kategori-kategori yang biasa dipertandingkan, juga dianjurkannya lima anugerah khas online sebagai salah satu peraduan bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket percuma untuk menyaksikan majlis ABPBH di Arena of Stars.[5] Tempoh undian bagi kategori-kategori khas ini adalah 13 Januari hingga 15 Mac, dan pemenang-pemenang anugerah ini diumumkan lebih awal daripada upacara.

Senarai calon muktamad ABPBH 2011 diumumkan di satu lagi sidang media di hotel yang sama pada 11 Januari 2012.[6] Juruhebah radio dan personaliti televisyen serta salah seorang pengacara majlis ini, Sharifah Shahirah mendapat bilangan pencalonan terbanyak dalam empat kategori iaitu Artis Komedi Wanita Popular, Penyampai TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.[7] Tempoh mengundi adalah 13 Januari hingga 26 Mac 2012[8], dan para peminat boleh mengundi secara menghantar borang dari akhbar Berita Harian mahupun di Internet di tapak sesawang rasmi ABPBH.

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Penyampai[sunting | sunting sumber]

Calon dan pemenang[sunting | sunting sumber]

Nama-nama pemenang terletak di atas setiap senarai dan berhuruf tebal.

Bintang Paling Popular
Aaron Aziz
Penyanyi Lelaki Popular Penyanyi Wanita Popular Artis Duo/Berkumpulan Popular
Artis Baru Lelaki Popular Artis Baru Wanita Popular
Pelakon Filem Lelaki Popular Pelakon Filem Wanita Popular
Pelakon TV Lelaki Popular Pelakon TV Wanita Popular
Artis Komedi Lelaki Popular Artis Komedi Wanita Popular
Pengacara TV Lelaki Popular Pengacara TV Wanita Popular
Penyampai Radio Lelaki Popular Penyampai Radio Wanita Popular
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Anugerah Sri Perak
Sheila Majid Siti Nurhaliza

Anugerah Online[sunting | sunting sumber]

  • Artis Lelaki Paling Popular Online: Aaron Aziz
  • Artis Wanita Paling Popular Online: Stacy
  • Artis Lelaki Anggun Bergaya: Ady Putra
  • Artis Wanita Anggun Bergaya: Ziana Zain
  • Artis Asia Paling Popular: Super Junior (Korea Selatan)

Senarai 5 Teratas Bintang Paling Popular[sunting | sunting sumber]

Selepas majlis, ABPBH mengumumkan calon-calon lain yang berada di 4 kedudukan terakhir selepas Aaron iaitu Fizz Fairuz, Shaheizy Sam, Tasha Shilla dan Fasha Sandha.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aaron Aziz Bintang Paling Popular ABPBH2011,c gua.com.my, 9 April 2012. Dicapai pada 10 April 2012.
  2. ^ Siti Nurhaliza Terima Anugerah Seri Perak, Aaron Aziz Artis Paling Popular ABPBH2011, mstar.com.my, 9 April 2012. Dicapai pada 10 April 2012.
  3. ^ SIDANG MEDIA ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2011, Berita Terkini Anugerah Bintang Popular Berita Harian, 29 November 2011. Dicapai pada 10 April 2012.
  4. ^ ABPBH 25 Perkenal Anugerah Seri Perak Sempena 25 Tahun, mStar, 24 November 2011. Dicapai pada 10 April 2012.
  5. ^ HADIAH MENARIK MENANTI PENGUNDI KATEGORI ONLINE!, 12 Januari 2012. Dicapai pada 10 April 2012.
  6. ^ Senarai Top 5 Finalis Anugerah Bintang Popular 2011, Sensasi Selebriti, 11 Januari 2012. Dicapai pada 10 April 2012.
  7. ^ Sharifah Shahira Terima Pencalonan Terbanyak ABPBH 2011, 12 Januari 2012. Dicapai pada 10 April 2012.
  8. ^ ARTIKEL TERKINI: BERTUNGKUS-LUMUS KIRA BORANG UNDIAN, Berita Terkini Anugerah Bintang Popular Berita Harian, 5 April 2012. Dicapai pada 10 April 2012.