Miranda (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Miranda
GenreDrama
Konflik
Dendam
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifZainudin Ismail
Penerbit
  • Mohd Ismail Hassan Ali
  • Rahmatun Nisa Abd Wahab
Penyunting
  • Ahmad Farhan Osman
  • Najip Rahim
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Enuja Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal5 Februari 2014 – 14 Mei 2014

Miranda ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 arahan Along Kamaludin dengan skrip oleh Sharifah Abu Salem, dibintangi oleh Fasha Sandha dan Dazrin Kamarudin. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 dari 5 Februari 2014 hingga 14 Mei 2014.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Miranda (Fasha Sandha) yang melarikan diri ke Kuala Lumpur setelah memutuskan pertunangan dengan Izwan (Hafizul Kamal) iaitu pemuda pilihan ibu tirinya, Salimah (Nor Albaniah). Izwan cuba memperkosa Miranda tetapi Salimah tidak percaya dan menganggap Miranda cuba memfitnah Izwan. Miranda tidak tahan dengan sikap Izwan yang semakin ligat mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya lalu Miranda melarikan diri ke rumah bapa saudaranya Datuk Shukri (Datuk Eizlan Yusof) untuk menumpang buat sektika.

Kehadiran Miranda di rumah Datuk Shukri ternyata tidak disenangi oleh isteri Datuk Shukri, Datin Rina (Zila Bakarin). Akhirnya Datin Rina menghalau Miranda dari rumahnya dan dia mahu Miranda merahsiakan perkara itu dari pengetahuan Datuk Shukri. Selepas kejadian itu, Miranda menumpang di rumah kawannya, Mazita. Bagaimanapun, Datuk Shukri berjaya menemui Miranda dan membawa Miranda pulang ke rumahnya.

Anak perempuan Datuk Shukri iaitu Melly (Mardiana Alwi) begitu cemburukan kecantikan yang ada pada Miranda dan layanan mesra yang diberikan Datuk Shukri kepada sepupunya itu. Melly semakin benci pada Miranda apabila Datuk Shukri menawar Miranda bekerja di syarikatnya. Sementara itu, anak lelaki Datuk Shukri, Ammar (Dazrin Kamaruddin) baru pulang dari luar negara. Ammar akan dijodohkan dengan Sheena (Adrea Abdullah) namun Ammar lebih sukakan Miranda. Keengganan Ammar mengahwini Sheena membuatkan Datuk Shukri merancang untuk menyatukan Ammar dengan Miranda. Miranda tidak menolak permintaan bapa saudaranya kerana dia sendiri ingin melepaskan diri dari Izwan.

Ammar sentiasa memberi layanan baik kepada Miranda sejak mereka ditunangkan. Pada mulanya Miranda tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Ammar. Bagaimanapun, sejak Miranda terjumpa beberapa keping gambar seorang wanita berpurdah di dalam diari Ammar yang tercicir di dalam keretanya, perasaan cemburu mula hadir dalam dirinya. Sikap Ammar yang kerap menghilangkan diri di pejabat menbuatkan Miranda semakin mengesyaki Ammar sudah ada pilihan hati sendiri. Apakah yang disorokkan oleh Ammar dari Miranda?

Sementara itu, ayah Sheena iaitu Datuk Salleh (Roy Azman) yang tidak berpuas hati dengan tindakan Datuk Shukri kerana tidak menyatukan Sheena dengan Ammar telah menghantar Fezrul untuk membuat kacau dalam syarikat Datuk Shukri. Fezrul (Fauzi Nawawi) turut membuat perasaan Miranda beralir arah kepadanya apabila dia menggunakan ilmu sihir untuk memisahkan Ammar dan Miranda. Kemesraan di antara Miranda dan Fezrul membuatkan Ammar cemburu. Sheena mengambil peluang itu untuk mendekati Ammar.

Hubungan Miranda dan Ammar semakin dingin dan mereka berdua bercadang untuk memutuskan ikatan pertunangan mereka. Ketika Miranda dan Ammar bertengkar di satu tapak projek, Izwan muncul dan mengambil kesempatan melepaskan tembakan ke arah mereka berdua. Ammar sempat menolak Miranda apabila ternampak Izwan sedang mengacukan pistol ke arah mereka. Keadaan Ammar parah dan dia koma selama seminggu. Pada saat itu, Miranda diserang kebimbangan dan rasa takut kehilangan Ammar. Miranda banyak mengurungkan diri di dalam rumah kerana dihimpit dengan perasaan bersalah.

Salimah pula masih tidak berputus asa untuk menjodohkan Miranda dengan Izwan. Sehingga dia sanggup menguggut Datuk Shukri untuk membocorkan rahsia kononnya Miranda adalah anak kandungnya bersama isteri kedua. Adakah Miranda dan Ammar adik beradik kandung atau Salimah sengaja menabur fitnah demi kepentingan dirinya? Masih adakah peluang kedua buat Miranda dan Ammar untuk bersama? Atau mereka berdua membuat keputusan untuk tetap berpisah?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Utama[sunting | sunting sumber]

Pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (3 Februari 2014). Sinopsis Drama Bersiri MIRANDA Lakonan Fasha Sandha Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 April 2014.
  2. ^ Miranda (2014): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 30 Mei 2018.