Doenjang
Doenjang | |
---|---|
Nama Korea | |
Hangul | 된장 |
Hanja | 된醬 |
Perumian Semakan | doenjang |
McCune–Reischauer | toenjang |
Rencana ini sebahagian dari siri |
Masakan Korea 한국 요리 조선 료리 |
---|
Doenjang ([twendʑaŋ]), atau pes kacang (Kod HS: 2103.90.1010), harfiahnya bermaksud "sos pekat" dalam bahasa Korea.
Penghasilan
[sunting | sunting sumber]Untuk menghasilkan doenjang, kacang soya kering direbus dan dikisar sehingga terbentuk kisaran kasar. Pes ini kemudiannya dibentuk menjadi bongkah blok, yang dipanggil meju (메주 ). Bongkah tersebut didedahkan kepada cahaya matahari atau haba. Ketika didedahkan, pokok padi kering dilekatkan ke permukaan bongkah kacang soya tersebut. Pokok padi kering dijual di Korea dan kaya dengan sumber bakteria (Bacillus subtilis). Proses penapaian atau pengawetan bermula pada fasa ini. Bakteria Bacillus subtilis membiak, memakan protein kacang soya dan air dalam meju. Bau meju yang unik sebahagian besarnya daripada ammonia yang dihasilkan oleh bakteria. Satu hingga tiga bulan kemudian, bergantung kepada saiz bongkah, meju diletakkan ke dalam tempayan dengan air garam dan dibiarkan terawet, yang ketika ini bakteria berkhasiat menukarkan canpuran tadi kepada bahan yang tinggi vitamin (serupa cara susu milk diawet menjadi yogurt). Cecair dan pepejal terpisah selepas proses pengawetan, dan cecairnya menjadi kicap atau sos sooya (Joseon ganjang; 조선간장 ). Bahan pepejalnya pula, iaitu doenjang, adalah sangat masin dan pekat, sering mengandungi (tidak seperti kebanyakan miso) bijian kacang yang tidak hancur.
Sementara doenjang tradisional yang dibuat dirumah diperbuat daripada kacang soya dan air garam, kebanyakan jenis yang diperbuat di kilang mengandungi sedikit tepung gandum seperti kebanyakan kicap soya hasil kilang. Sesetengah pembuat kini juga menambahk ikan bilis kering kisar untuk menyerlahkan doenjang'.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Doenjang boleh digunakan seagai bahan perasa untuk sayuran, bahan perisa ataupun bahan cicah. Walau bagaimanapun, ia sering dicampurkan dengan bawang putih, minyak bijan, dan kadang kala gochujang untuk menghasilkan ssamjang, yang secara tradisionalnya dimakan bersama balutan sayuran dengan makanan. Makanan ini dikenali sebagai ssam. Gabungan sayur daun dengan doenjang (atau ssamjang) sering melengkapi hidangan masakan Korea, sebagai contoh samgyeopsal, bulgogi, bibimbap dan bossam.
Ia juga boleh digunakan sebagai komponan dalam kuah sup, sebagai contoh stew popular (jjigae) yang dipanggil doenjang jjigae yang mengandungi tofu, pelbagai sayuran seperti cili, zukini dan daun bawang dan cendawan, daging merah atau kekapis.
Nutrisi dan kesihatan
[sunting | sunting sumber]Doenjang kaya dengan flavonoid dan vitamin berguna, mineral, dan hormon tumbuhan (phytoestrogen) yang kadang kala dianggap mempunyai unsur anti karsinogen.[1] Dalam masakan Korean tradisional, menu banyak dengan sayuran dan nasi tetapi doenjang, yang diperbuat daripada kacang soya, mempunyai banyak lisin, asid amino yang tidak dimiliki oleh nasi. Asid linoleik (53% asid lemak) dan asid α-linolenic (8% asid lemak) mempunyai kepentingan dalam pertumbuhan sesalur darah dan mencegah penyakit yang melibatkan sesalur darah. Keberkesanan doenjang' masih wujud walaupuns elepas direbus dalam masakan seperti doenjang jjigae.[2]
Pengetahuan dan kegunaan doenjang di luar Korea
[sunting | sunting sumber]Doenjang dianggap sos intipati dalam keunikan masakan Korea. Walau bagaimanapun, perasa ini mengikut sejarahnya tidak diketahui di luar Korea, walaupun rencana antarabangsa terkini menunjukkan peningkatan popularitinya.
Rencana China 2007 berkenaan "Sos-sos Korea" menyenaraikan doenjang dan gochujang sebagai perisa penting, dan meneroka asal-usul bahan perasa itu, terutamanya di Sunchang, tempat sos soya Korea dihasilkan dengan banyaknya. Rencana ini menonjolkan yang doenjang tidak megandungi sebarang perisa tambahan tiruan, malah mengandungi vitamin penting yang sihat seperti vitamin C dan vitamin B12. Faedah kesihatan doenjang dikhabarkan untuk lanjut usia, dan ini digambarkan dengan 32,000 penduduk Sunchung, lapan daripadanya berusia lebih 100 tahun dan kebanyakan mereka yang lain berusia lebih 90 tahun. Rencana ini sangat terpengaruh di China, menyebabkan banyak restoran Cina menambah menu stew doenjang jiggae, dengan mengubah sedikit rasaya kepada cita rasa penduduk China, ke dalam menu restoran mereka. JoongAng Ilbo di Korea Selatan melaporkan kisah di China ini pada 13 Disember 2007.[3]
Terdapat dakwaan tentang peranan Doenjang mengurangkan lemak visera, namun kajian ini hanya dilakukan pada tikus.[4]
Dajiang, sejeni pes kacang soya terawet yang terkenal di timur laut China, memiliki kesamaan yang banyak dengan doenjang dari segi rasa dan tekstur. Tradisi memakan dajiang dikatakan dimulakan oleh rakyat Manchu, yang asalnya menakluk wilayah timur laut China. Rakyat timur laut China menikmati sayuran mentah pada musim panas, dan dajiang digunakan sebagai perisa salad.
Doenjang juga memiliki persamaan dengan miso Jepun.[5]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Prof. Kun-Young Park, Pusan National University (2005-10-26). "Korean food for defeating cancer" (dalam bahasa Korean). Hankook Ilbo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-22. Dicapai pada 2007-11-26.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Prof. Suk Ja, Yoon Baewha Women's College (2004-04-16). "Efficacy and Nutrition of Doenjang" (dalam bahasa Korean). Public website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-18. Dicapai pada 2008-01-21.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ JOINS | 아시아 첫 인터넷 신문
- ^ Chung Shil Kwak, Sang Chul Park, and Kye Yong Song. Journal of Medicinal Food. January 2012, 15(1): 1-9. doi:10.1089/jmf.2010.1224. http://online.liebertpub.com/doi/abs/10.1089/jmf.2010.1224
- ^ Yiu Hin Hui, E. Özgül Evranuz, Ase Slovejg Hansen, penyunting (2012). Handbook of Plant-Based Fermented Food and Beverage Technology, Second Edition. CRC Press. m/s. 66. ISBN 9781439849040.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Doenjang |
- Different ways of consuming Doenjang (video)
- Photo of South Korea-produced doenjang
- The history of doenjang
- Prof. Kun-Young Park, Pusan National University. "Longer aging time increases the anticancer and antimetastatic properties of doenjang" (dalam bahasa Korean). ASA-IM Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-05. Dicapai pada 2007-11-26.CS1 maint: unrecognized language (link)
- "Regional doenjang" (dalam bahasa Korean). The Rural Development Administration of South Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada 2002-04-21. Dicapai pada 2007-11-26.CS1 maint: unrecognized language (link)