Cinta Sekali Lagi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Sekali Lagi
Genre
Ditulis olehNieza Nahar
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Tanpa Rela" oleh Misha Omar
Lagu penutup"Tanpa Rela" oleh Misha Omar
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
PenerbitDatuk Rosyam Nor Shamsuddin
Datin Runika Mohd Yusof
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3 & IQIYI
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal4 November 2020 – 14 Disember 2020
Kronologi
MengikutiRyan Aralyn
Diikuti olehBidadari Salju

Cinta Sekali Lagi ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Pali Yahya dibintangi oleh Nelydia Senrose, Saharul Ridzwan, Hannah Delisha, dan Raja Afiq. Siri ini memulakan tayangan perdana dari 4 November sehingga 14 Disember 2020 di Slot Akasia TV3 menggantikan Ryan Aralyn.[1]

Drama ini boleh ditonton secara dalam talian di iQIYI.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengupas kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Amanda baru dilantik sebagai pereka berlian di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.

Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.

Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.

Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.

Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.

Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad dan menyihir abang iparnya dan Ungku Nadrah kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang direka oleh Amani tentang hubungan sulit Amanda dan Dr. Izamel. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Adakan Amani akan mendapat Kifarah atas segala perbuatannya? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada Amanda?.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Watak pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

  • Iman Zulkarnain sebagai Muiz

Watak Kanak-Kanak[sunting | sunting sumber]

  • Zara Shelby sebagai Danisha
  • Alessandra Alyssa sebagai Daniya
  • Isacc Iman sebagai Fizri

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Cinta Sekali Lagi (TV3)". MyInfoTaip. 3 November 2020. Dicapai pada 3 November 2020.
  2. ^ Wawann Mohd (20 November 2020). Cinta Sekali Lagi di iQIYI Sinar Harian. Dicapai pada 5 Disember 2020.
  3. ^ Nor Eryani Yusop (5 Disember 2020). 'Kontroversi Nasi Kangkang Amani' Kosmo!. Dicapai pada 8 Disember 2020.