Fathia Latiff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nur Fathia)
Lompat ke: pandu arah, cari
"Nur Fathia Latiff " dilencongkan di sini.
Fathia Latiff
FathiaLatiff.jpg
Kelahiran Nur Fathia binti Abdul Latiff
(1987-09-01) 1 September 1987 (umur 29)
Ayer Hitam, Pulau Pinang Pulau Pinang, Malaysia Malaysia
Warganegara Malaysia
Nama lain Nur Fathia, Fathia
Pendidikan Undang-undang
Pusat pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM), kampus Shah Alam
Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif 2009 - Kini
Maklumat pemodelan
Tinggi 170 cm
Warna rambut Hitam/Perang
Warna mata Perang
Berat 53kg

Nur Fathia binti Abdul Latiff (dalam tulisan Jawi نور فتحاي عبداللطيفف, lahir 1 September 1987) atau lebih dikenali sebagai Fathia Latiff (kadangkala dikreditkan sebagai Nur Fathia atau Fathia) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.

Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai "Ummu Hani" di dalam drama Hani bersama dengan Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah Ibrahim, Nurul Elfira Loy dan Esma Daniel, sebagai "Nabila" di dalam drama Nur Kasih dan sebagai "Dewi Yusra" di dalam drama Dia... Isteri Luar Biasa bersama dengan Shukri Yahaya dan Keith Foo.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Nur Fathia dilahirkan pada 1 September 1987 di Ayer Hitam, Pulau Pinang dan merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Latiff bin Tahir dan Badriyah binte Hassan. Beliau adalah pemegang ijazah dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Fathia mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada 2009 apabila beliau memegang peranan watak pembantu dalam siri drama Nur Kasih bersama-sama dengan pelakon utamanya, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Remy Ishak, di mana beliau memegang watak sebagai Nabila.

Pada 2011, beliau berlakon dalam filem Al-Hijab, filem seram arahan Pierre Andre dan diterbitkan oleh Empat Samudera Plantation Sdn Bhd, beliau memegang watak sebagai Qiss, kekasih Rafael (Pierre Andre). Filem ini ditayangkan pada 6 Oktober 2011. [1] Beliau turut berlakon dalam filem Nasi Lemak 2.0 arahan pengarah kontroversi, Namewee. Dalam filem ini, beliau memegang watak pembantu sebagai isteri kedua kepada seorang nelayan yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki dan ditayangkan di pawagam pada 8 September 2011.

Selain itu, beliau memegang watak negatif dalam Bertaut Kasih, beliau sekali lagi bergandingan dengan Ryzal Jaafar dan Fyda Ibrahim (sepupu kepada penyanyi No.1 negara, Siti Nurhaliza).

Antara 2009 hingga 2013, beliau berlakon dalam beberapa drama dan telefilem seperti Bila Musang Berjanggut, Ms. Cinta, Cinta Halal dan Diandra.

Pada 2014, beliau memegang watak utama dalam siri drama Ariana Rose, drama yang diadaptasi daripada novel bertajuk The Wedding Breaker karya Evelyn Rose.

Pada 2015, filem lakonannya, Darah Panas ditayangkan di pawagam pada Jun 2015 dan diterbitkan oleh White Merpati Entertainment Sdn. Bhd., beliau memegang watak sebagai Syahana.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi lelaki popular, Aiman Hakim Ridza, pelakon utamanya dalam drama bersiri Diandra. Namun, perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015.

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Watak Catatan Syarikat penerbitan
2011 Al-Hijab Qiss Pelakon utama Empat Samudera Plantation Sdn Bhd
Nasi Lemak 2.0 Isteri kedua nelayan Pelakon pembantu Prodigee Media Sdn Bhd
2015 Darah Panas Syahana Pelakon utama White Merpati Entertainment Sdn Bhd

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan Saluran Penerbit
2009
Nur Kasih Nabila Watak pembantu TV3 Filmscape
Di Bawah Ketiak Isteri Watak pembantu Astro Prima Nusantara Seni Karya
Bila Musang Berjanggut Cempaka Pelakon utama TV9
Dea Sofea TV2
2010 Dunia Batinku Siti Zaharah (dewasa) Watak pembantu TV3
Hani Ummu Hani Pelakon utama Layar Konsult Sdn Bhd
Laila Asyikin Laila Asyikin Pelakon utama
2011 Stanza Cinta Amni Sorfina Pelakon utama
2012 Mahabbah Sabila Pelakon utama
Seruling Cintamu Bulan Pelakon utama
2013 Ms. Cinta Zetty Pelakon utama TV9
Dalam Setiap Sujud Jannah Pelakon utama
Nur Sarah Nur Sarah Pelakon utama TV3
Diandra Diandra Pelakon utama Asia Media Content
2014 Ariana Rose Ariana Rose / Rose Jusoh Pelakon utama TV3 Pena Creative Pictures
2015 Bencinta Nabila Pelakon utama TV3 Zeel Production
DIA.. Isteri Luar Biasa Dewi Yusra Pelakon utama Pena Creative Pictures
Plan Cinta Tak Jadi Melina Pelakon utama Astro Ria/Ria(HD) OrangeTree Picture
2016 Diaspora Cinta Irma Pelakon Utama TV1
Rumi & Jawi Pelakon Utama Astro Prima & Astro Maya HD

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan Saluran Penerbit
2011 Bertaut Kasih Yasmin Pelakon utama TV3
Tongkah Arus Dosa Fatiha Pelakon utama TV9 Asia Media Content
2012 Hotel Hasanah Aisyah Pelakon utama TV Alhijrah
2013 Rentas Samudera Lt. Fara Pelakon pembantu TV2
Cinta Halal Ismi Hazariah Pelakon utama TV3 Zeel Production
Bunga-bunga Jodoh Pelakon utama TV9 Asia Media Content
Tercipta Untukku Riana Pelakon utama TV9
2014 Jangan Kafankan Dia Miss Hanum Pelakon utama Astro Prima
Oren dan Ceri Amelia Pelakon utama TV2
2015 Aku Tunggu Kau Ni Fina Pelakon utama Astro Ria
Neraka Dunia Amelia Pelakon utama TV3
2016 Pangkalan Batu 6 Mimie Pelakon Utama Astro Citra & Astro Mustika HD

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya
2014 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 Pelakon Wanita Pilihan Diandra
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-29 Pelakon Filem Wanita Popular Darah Panas

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nur Fathia | Award Winning Films Review The Best Films.Net 20 September 2011

Pautan luar[sunting | sunting sumber]