Kampung Bandar Baharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Bandar Baharu atau Bandar Baru terletak di Kampung Gajah ,negeri Perak,Malaysia. Kampung ini terletak di tepi tebing kanan Sungai Perak. Di seberangnya ialah Kampung Air Mati.

Kampung Bandar Baru ini menjadi lokasi pentadbiran JWW Birch pada 1875 yang lalu. Kampung ini sering ditenggelami air banjir dan penduduknya pindah ke Kampung Teluk Memali. Di sini masih terdapat 4 buah kubur askar British yang terkorban semasa Perang Perak 1875.

Kedudukan dalam peta pada latitud 4.1166667 Utara dan longitud 100.9833333 Timur. Ketinggian 22 meter dari aras laut.