Kudat: Perbezaan antara semakan

Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Saiz tidak berubah ,  6 tahun lalu
 
===== Sejarah =====
MasyarakatmMasyarakat [[Hakka]] di Kudat merupakan antara masyarakat Cina yang tertua di negeri Sabah. Penglibatan orang Hakka di Kudat bermula pada tahun 1880an apabila Walter Medhurst menawarkan perjalanan percuma kepada orang Cina yang ingin bekerja di Borneo Utara British.
 
Inisiatif ini mendapat sokongan hebat daripada Persatuan Mubaligh Kristian Basel di China. Salah satu ahli persatuan tersebut, iaitu Rudolph Lechler, digelar sebagai 'bapa penghijrahan orang Kristian di China'.<ref>Zhang, Delai: "The Hakkas of Sabah", Sabah Theological Seminary, 2002, ISBN 983-40840-0-5</ref> Beliau menggalakkan orang Kristian berketurunan suku Hakka di wilayah [[Guangdong]] untuk menerima tawaran Walter Medhurst. Kumpulan pendatang Cina yang pertama tiba di Kudat pada tahun 1883 dan membuka petempatan Lau San ([[Bahasa Cina]]: 老山; [[Pinyin]]: Lǎo Shān; maksud: 'Bukit Lama'). Pada tahun 1889, satu lagi kumpulan pendatang Cina telah tiba dan membuka petempatan Sin San (Bahasa Cina: 新山; Pinyin: Xīn Shān; maksud: 'Bukit Baru').<ref>Hutton, 2003, p.11.</ref> Pendatang-pendatang selanjutnya telah membuka petempatan yang lebih jauh dari pekan Kudat. Petempatan-petempatan tersebut termasuklah Pinangsoo ([[Tulisan Cina Tradisional]]: 槟榔樹; [[Bahasa Hakka]]: 'Bin long soo'; Pinyin: Bīnláng shù; maksud: '[[pokok pinang]]'), Tamalang, dan Sikuati (Bahasa Cina:: 西瓜地; Pinyin: Xīguā dì). MeskinpunMeskipun kebanyakan daripada pendatang Cina tersebut berketurunan suku Hakka, ada juga di antara mereka yang berketurunan suku [[Hokkien]], [[Kantonis]], dan [[bahasa Hainan|Hainan]].<ref>Hutton, 2003, p.13.</ref>
 
[[File:Kudat Sabah Gereja-Basel-Lau-San-03.jpg|thumb|Gereja Basel di Lau San didirikan oleh pendatang Hakka pada akhir abad ke-19]]
21

suntingan

Menu pandu arah