KL Gangster: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tengkuhaizim10 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 27: Baris 27:
'''''KL Gangster''''' merupakan sebuah filem genre aksi yang ditayangkan pada 9 Jun 2011 di [[Malaysia]]. Filem arahan [[Pengarah Terbaik (FFM)|Pengarah Terbaik FFM 23]], [[Syamsul Yusof]], ini turut dibintangi oleh pengarahnya sendiri, [[Aaron Aziz]], [[Ady Putra]], [[Soffi Jikan]] dan [[Zizan Razak]] ini menceritakan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru keluar dari penjara, ingin mengubah kehidupannya.
'''''KL Gangster''''' merupakan sebuah filem genre aksi yang ditayangkan pada 9 Jun 2011 di [[Malaysia]]. Filem arahan [[Pengarah Terbaik (FFM)|Pengarah Terbaik FFM 23]], [[Syamsul Yusof]], ini turut dibintangi oleh pengarahnya sendiri, [[Aaron Aziz]], [[Ady Putra]], [[Soffi Jikan]] dan [[Zizan Razak]] ini menceritakan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru keluar dari penjara, ingin mengubah kehidupannya.


Filem ''KL Gangster'' dilaporkan sebagai filem buatan Malaysia pertama yang mencecah takat kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan<ref name=bh>[http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM10_3jutauntukKLGangster/Article RM10.3 juta untuk KL Gangster], Berita Harian Online, 21 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.</ref>, sekaligus mengatasi rekod keseluruhan yang dipegang oleh ''[[Ngangkung]]'' pada tahun 2010. KL Gangster mempertahankan gelaran [[Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan|filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman]] selama tiga tahun, sebelum diatasi oleh filem [[Orang Cina Malaysia#Bahasa|tempatan berbahasa Cina]], [[The Journey (filem 2014)|''The Journey'']], pada awal tahun 2014.<ref name=":0"><nowiki>{{cite news|url=http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Entertainment/Movies/News/2014/02/24/The-Journey-Malaysia-No1-local-film-of-all-time/|title='The Journey' is Malaysia’s No. 1 local film of all-time|date=24 Feb 2014|accessdate=27 Feb 2014|publisher=The Star}}</nowiki></ref> Prequel filem ini, [[KL Gangster 2]] telah ditayangkan pada 3 Oktober 2013 [[Abang Long Fadil]] pada 29 Mei 2014<ref>http://www.ohbulan.com/filem-abang-long-fadil-mula-tayang-29-mei-bukti-zizan-razak-lebih-popular-daripada-aaron-aziz/</ref> Dan Abang Long Fadil 2 (2017) Pada 24 Ogos 2017.
Filem ''KL Gangster'' dilaporkan sebagai filem buatan Malaysia pertama yang mencecah takat kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan<ref name=bh>[http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM10_3jutauntukKLGangster/Article RM10.3 juta untuk KL Gangster], Berita Harian Online, 21 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.</ref>, sekaligus mengatasi rekod keseluruhan yang dipegang oleh ''[[Ngangkung]]'' pada tahun 2010. KL Gangster mempertahankan gelaran [[Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan|filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman]] selama tiga tahun, sebelum diatasi oleh filem [[Orang Cina Malaysia#Bahasa|tempatan berbahasa Cina]], [[The Journey (filem 2014)|''The Journey'']], pada awal tahun 2014.<ref name=":0"><nowiki>{{cite news|url=http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Entertainment/Movies/News/2014/02/24/The-Journey-Malaysia-No1-local-film-of-all-time/|title='The Journey' is Malaysia’s No. 1 local film of all-time|date=24 Feb 2014|accessdate=27 Feb 2014|publisher=The Star}}</nowiki></ref> Prequel filem ini, [[KL Gangster 2]] telah ditayangkan pada 3 Oktober 2013 [[Abang Long Fadil]] pada 29 Mei 2014<ref>http://www.ohbulan.com/filem-abang-long-fadil-mula-tayang-29-mei-bukti-zizan-razak-lebih-popular-daripada-aaron-aziz/</ref> Dan [[Abang Long Fadil 2]] Pada 24 Ogos 2017.


==Plot==
==Plot==

Semakan pada 04:12, 8 Disember 2017

KL Gangster
Poster filem KL Gangster
PengarahSyamsul Yusof
PenulisSyamsul Yusof
Dihasilkan olehDatuk Yusof Haslam
DibintangiAaron Aziz
Syamsul Yusof
Ady Putra
Sofi Jikan
Zizan Raja Lawak
Ridzuan Hashim
Adam Corrie
Ku Faridah
SinematografiOmar Ismail
Disunting olehHisham Jupri
Syamsul Yusof
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
9 Jun 2011
Masa tayangan
81 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM 1.51 juta[1]
Pecah panggungRM 11.74 juta

KL Gangster merupakan sebuah filem genre aksi yang ditayangkan pada 9 Jun 2011 di Malaysia. Filem arahan Pengarah Terbaik FFM 23, Syamsul Yusof, ini turut dibintangi oleh pengarahnya sendiri, Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan dan Zizan Razak ini menceritakan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru keluar dari penjara, ingin mengubah kehidupannya.

Filem KL Gangster dilaporkan sebagai filem buatan Malaysia pertama yang mencecah takat kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan[2], sekaligus mengatasi rekod keseluruhan yang dipegang oleh Ngangkung pada tahun 2010. KL Gangster mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama tiga tahun, sebelum diatasi oleh filem tempatan berbahasa Cina, The Journey, pada awal tahun 2014.[3] Prequel filem ini, KL Gangster 2 telah ditayangkan pada 3 Oktober 2013 Abang Long Fadil pada 29 Mei 2014[4] Dan Abang Long Fadil 2 Pada 24 Ogos 2017.

Plot

Dua adik-beradik telah terjebak di dalam dunia gangster, si abang iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Ady Putra). Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark (Syamsul Yusof) anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim), iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Si adik, Jai pula berfikir kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antara orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakkan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan.

Pelakon

Adam Corrie melakonkan watak Dragon dalam filem ini.
Soffi Jikan melakonkan watak Ajib dalam filem ini.

Sambutan

Ulasan

Portal hiburan gua.com.my menerbitkan ulasan yang memberi filem KL Gangster markah 4/5 bintang, dengan memujinya sebagai filem aksi yang "realistik".[5] Menurut penulis ulasan, Azwan Annuar, "Melatari sebuah filem aksi yang cukup dikoreograf, adalah sebuah jalan cerita yang mudah. Kisah pertelingkahan antara kumpulan-kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur, yang merebut kawasan ‘jagaan’ mereka. Ianya boleh dikatakan satu konflik realiti yang wujud dalam golongan masyarakat kota di sini."[5]

Menurut portal tupai.com.my[6] yang menyiarkan ulasannya sebelum filem ditayangkan kepada umum, lakonan yang ditonjolkan oleh setiap pendokong watak dilihat menjadi. Menurut ulasan tersebut, "Keberkesanan watak yang ditonjolkan berjaya mengesankan penonton dan membuatkan cerita ini menarik untuk ditonton. Pujian harus diberi kepada setiap pelakon filem ini terutamanya Zizan Raja Lawak yang memberikan lakonan yang membuatkan penonton tidak kering gusi. Pujian harus diberikan kepada Syamsul Yusof yang berjaya menonjolkan sisi lakonan yang baik dan berjaya menjiwai watak."[6]

Kutipan

Pada hari pertama tayangan, filem ini berjaya mengutip RM 1.5 juta[7]. Angka ini mencecah RM6.2 juta[8] selepas empat hari, sekaligus menduduki tangga teratas dalam carta kutipan pawagam Malaysia pada hujung minggu pertamanya (9–15 Jun 2011), mengatasi filem-filem Barat seperti Super 8, X-Men: First Class dan Kung Fu Panda 2.[9]

Hanya selepas hujung minggu keduanya, dikhabarkan bahawa filem KL Gangster meraih sejumlah RM10.3 juta[2], sekaligus mengatasi rekod RM 8.18 juta yang dipegang oleh Ngangkung terbitan Metrowealth Movies Production pada akhir tahun 2010.[10] KL Gangster mempertahankan gelarannya sebagai filem buatan Malaysia yang paling banyak kutipan pawagam selama dua tahun setengah, hinggalah ia diatasi oleh filem berbahasa Cina, The Journey, pada Februari 2014.[3]

Kontroversi

Di sebalik sambutan hangat oleh para pengunjung pawagam dan pengulas filem, namun filem KL Gangster tidak terlepas daripada bantahan segelintir pihak, iaitu Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA), yang dilaporkan mahu menyaman pengarahnya, Syamsul Yusof, kerana watak-watak dalam filem ini menggunakan perkataan seperti "abang long" dan "ayahanda" yang dikatakan ada kena mengena dengan Pekida.[11] Turut terlibat dalam hal ini ialah filem Kongsi, sebuah filem yang serupa temanya dengan KL Gangster dan ditayangkan sebulan sebelumnya, atas sebab-sebab yang seumpamanya. PEKIDA meluahkan rasa kecewa dengan Lembaga Penapisan Filem kerana meluluskan filem-filem terbabit, namun pihak LPF telah meminta maaf kepada PEKIDA dan menjemput wakil-wakil PEKIDA untuk menyertai panel lembaga tersebut.[12]

Pencapaian

Filem KL Gangster merangkul enam anugerah Festival Filem Malaysia(FFM) ke-24[13] dan empat Anugerah Blockbuster [14].

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-24 Pengarah Terbaik Syamsul Yusof Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Syamsul Yusof Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Soffi Jikan Menang
Lakon Layar Terbaik Syamsul Yusof Menang
Cerita Asal Terbaik Syamsul Yusof Tercalon
Penyuntingan Terbaik Syamsul Yusof Menang
Pereka Kostum/Busana Terbaik Anita Arshad Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Hisyam Jupri & Rizal Ashreff Menang
Penataan Seni Terbaik Faizal Yusof Tercalon
Filem Box Office Menang
Anugerah Skrin 2011 Pelakon Lelaki Terbaik Filem Aaron Aziz Tercalon
Ady Putra Tercalon
Anugerah Blockbuster Astro 2012[15] [16] Anugerah Filem Paling Hebat Syamsul Yusof Menang
Anugerah Tuan Direktor Terhebat Syamsul Yusof Menang
Anugerah Filem Aksi Terhebat Syamsul Yusof Menang
Anugerah Hero Terhebat Aaron Aziz Tercalon
Anugerah Khas PFM Syamsul Yusof Menang

Selain itu,filem ini turut dipertandingkan di Thailand, apabila dijemput untuk menyertai Festival Filem Antarabangsa Hua Hin[17]. Filem ini turut bertanding bersama beberapa filem ``pecah panggung" dari seluruh dunia[18].

Sambungan

Filem prequel, KL Gangster 2 telah ditayangkan pada 3 Oktober 2013.[19].

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  2. ^ a b RM10.3 juta untuk KL Gangster, Berita Harian Online, 21 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  3. ^ a b {{cite news|url=http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Entertainment/Movies/News/2014/02/24/The-Journey-Malaysia-No1-local-film-of-all-time/|title='The Journey' is Malaysia’s No. 1 local film of all-time|date=24 Feb 2014|accessdate=27 Feb 2014|publisher=The Star}}
  4. ^ http://www.ohbulan.com/filem-abang-long-fadil-mula-tayang-29-mei-bukti-zizan-razak-lebih-popular-daripada-aaron-aziz/
  5. ^ a b KL Gangster, Filem Aksi Yang Realistik, gua.com.my, 9 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  6. ^ a b Ulasan KL GANGSTER, Tupai.com.my, 31 Mei 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  7. ^ http://suarabawahtanah.com/2011/06/11/kutipan-kl-gangster-1-5j-dihari-pertama/
  8. ^ Gangster strikes gold, Cinema Online, 16 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  9. ^ Week of 09 June 2011-15 June 2011, Cinema.com.my. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  10. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2010, Finas. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  11. ^ Pekida lonjakkan kutipan KL Gangster?, Malaysiakini, 18 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  12. ^ Pekida bantah filem Kongsi dan KL Gangster, Oh!Artis, 13 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  13. ^ http://www.rotikaya.com/keputusan-penuh-pemenang-festival-filem-malaysia-ke-24-putrajaya/
  14. ^ http://www.malaysiandigest.com/entertainment/128082-kl-gangster-sapu-bersih-anugerah-blockbuster-syamsul-bolot-rm20000.html
  15. ^ http://www.astrogempak.com.my/anugerahblokbuster/LamanUtama.aspx
  16. ^ http://www.malaysiandigest.com/entertainment/128082-kl-gangster-sapu-bersih-anugerah-blockbuster-syamsul-bolot-rm20000.html
  17. ^ http://www.huahinnews.net/news-2012-1-3/huahin-international-film-festival-2012.html
  18. ^ http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KLGangsterbersaing/Article/index_html
  19. ^ http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RosyambintangiKLGangster2/Article/index_html

Pautan luar