Dewan Undangan Negeri di Malaysia: Perbezaan antara semakan
Hasrolhashim (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan |
k Polar telah memindahkan laman Dewan Undangan Negeri ke Dewan Undangan Negeri di Malaysia |
(Tiada perbezaan)
|
Semakan pada 13:53, 26 Januari 2019
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Dewan Undangan Negeri di Malaysia terdiri daripada Sultan atau Yang DiPertua Negeri sebagai ketua negeri, seorang Speaker dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini terdiri dari orang yang dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Sultan atau Yang DiPertua Negeri akan mengadakan persidangan dari masa ke semasa dan akan mengetuai persidangan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dikekalkan selama lima tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. Sultan atau Yang DiPertua Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri. Setelah dibubarkan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam jangka masa enam puluh (60) hari dari tarikh pembubaran.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh memegang jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat dan ADUN pada satu masa. Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada negeri dan Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan perlembagaan.
Dewan Negeri
Kerajaan Negeri Johor[1] dan Kerajaan Negeri Selangor menggunakan istilah Dewan Negeri, tidak seperti negeri-negeri lain.
Lihat juga
- Dewan Negeri Johor
- Dewan Undangan Negeri Kedah
- Dewan Undangan Negeri Kelantan
- Dewan Undangan Negeri Melaka
- Dewan Undangan Negeri Pahang
- Dewan Undangan Negeri Perak
- Dewan Undangan Negeri Perlis
- Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
- Dewan Negeri Selangor
- Dewan Undangan Negeri Sembilan
- Dewan Undangan Negeri Terengganu
- Dewan Undangan Negeri Sarawak
- Dewan Undangan Negeri Sabah