Muassasah Darul Ulum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kompleks Pendidikan
Muassasah Darul Ulum
Jenis Swasta
Ditubuhkan pada 1984
Lokasi Kuala Nerang, Kedah
Kampus Muassasah Darul Ulum, Kuala Nerang, Kedah

Muassasah Darul Ulum atau Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum merupakan Institusi Pengajian Tinggi Islam di bawah Parti Islam Se-Malaysia yang diasaskan oleh bekas Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor. Ia menawarkan pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU) dan peringkat diploma di Kolej Islam Darul Ulum (KIDU). Penubuhan Muassasah ini terinspirasi daripada Markas Pusat Jamaat-e-Islami Pakistan yang terletak di Mansoorah, di mana terdiri daripada kompleks pendidikan yang lengkap, termasuk rumah tetamu dan rumah pimpinan utama Jamaat-e-Islami Pakistan. Muassasah ini ditubuhkan di bawah pentadbiran Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah dan dipimpin oleh Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin bin Sheikh Fakhrurazi selaku Pengerusi Majlis Muassasah Darul Ulum.

Kolej Islam Darul Ulum[sunting | sunting sumber]

Kolej Islam Darul Ulum atau KIDU merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam Muassasah Darul Ulum. Majis Pelancaran diadakan pada 10 November 1986 yang disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Yusof Abdullah Rawa, Yang Dipertua PAS Pusat pada masa itu. KIDU memulakan kemasukan pelajar secara rasminya pada tahun 1992. KIDU menawarkan pengajian Diploma Syariah Islamiyah. Tamhidi atau Pra-STAM serta kelas-kelas pengukuhan al-Quran dan Bahasa Arab.

Sekolah Menengah Islam Darul Ulum[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Islam Darul Ulum atau SMIDU ialah sebuah Sekolah Agama Rakyat dalam Muassasah Darul Ulum. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1992 di bawah pentadbiran Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah di atas nama Markas Tarbiah Watta’lim. Kemudian pada 1998, nama sekolah ini dengan rasminya ditukar kepada nama sekarang, Sekolah Menengah Islam Darul Ulum.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]