Ahmad Nubhan Ahamad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nubhan
DSC3078.jpg
Latar belakang
Nama lahirAhmad Nubhan bin Hj Ahamad
Kelahiran (1986-04-02) 2 April 1986 (umur 33)
Berasal dariKuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, Pelakon, Model dan Pengacara
Tahun aktif2008 – kini
Syarikat rakaman
Nubhan Records & Productions
NAR Records

Ahmad Nubhan bin Haji Ahamad atau lebih dikenali sebagai Nubhan (lahir pada 2 April 1986) adalah merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam dan berjaya menduduki tempat ketiga pada musim tersebut. Berasal dari daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan, Jejaka ini merupakan anak bongsu daripada lapan adik beradik dan mempunyai ketinggian 182cm.

Mempunyai suara yang gemersik, Nubhan mengetengahkan irama Pop Melayu Moden dalam muziknya. Album sulungnya Langkah Nubhan telah dilancarkan pada bulan Disember 2010 dengan beberapa lagu hit seperti Oh Juwita, Seadanya Aku, Aku Atau Dia dan Mata Hati serta sebuah lagu mandarin "Ai Mei Chuo"

Penglibatan dalam Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Nubhan adalah salah seorang daripada empat belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya mara ke peringkat akhir bersama Stacy, Riz, Toi, dan Nadia. Pada 24 Mei 2008, Nubhan telah dinobatkan selaku tempat ketiga Akademi Fantasia Musim 6.

Lagu-lagu di Akademi Fantasia

Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Akademi Fantasia:

  • Konsert Pertama : "Ruang Rindu" nyanyian Kumpulan Letto
  • Konsert Kedua : "Tak Bisa Memilihmu" nyanyian 6ixth Sense
  • Konsert Ketiga : "Summer Of '69" nyanyian Bryan Adams
  • Konsert Keempat : "Cinta Hampa" nyanyian Kumpulan D'lloyd
  • Konsert Kelima : "Generasiku" nyanyian Kumpulan OAG
  • Konsert Keenam : "Senyum Kembali" nyanyian Izwan Pilus
  • Konsert Ketujuh : "Dealova" nyanyian Once
  • Konsert Kelapan : "Hanya Kau Yang Mampu" nyanyian Aizat
  • Konsert Kesembilan : "Tapi Bukan Aku" nyanyian Kerispatih dan "Ada Cinta" nyanyian Acha Septriasa & Irwansyah (Duet bersama Stacy)
  • Konsert Akhir : "Bukan Di Sini" nyanyian Kumpulan Sofazr dan "Ada Untukmu" (Lagu Baru)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album

Langkah Nubhan - Dilancarkan pada 1 Disember 2010 di Borneo Baruk Club Kuala Lumpur

  • Trek 1 : Oh Juwita
  • Trek 2 : Mata Hati
  • Trek 3 : Beri Rasa
  • Trek 4 : Di Redup Matamu
  • Trek 5 : Aku Atau Dia
  • Trek 6 : Seadanya Aku
  • Trek 7 : Ai Mei Chuo

Singles

Tahun Tajuk Album
2008 Ada Untukmu Single
2008 Indera (Duet bersama Stacy) Single
2008 Segaris Bulan Sabit Album Istimewa Hari Raya AF6
2009 Seadanya Aku Langkah Nubhan
2010 Oh Juwita Langkah Nubhan
2010 Aku Atau Dia Langkah Nubhan
2011 Beri Rasa Langkah Nubhan
2011 Mata Hati Langkah Nubhan
2011 Aidilfitri Limpah Kurniaan Ilahi Single Raya
2012 Picisan Single
2013 Cinta Kasih ( Duet Bersama Mila (penyanyi)) Soundtrack Drama rantaian "Cinta Qaseh". Slot Lestary TV3
2014 Kisah Kasih Single
2019 Tak Tahan Single

Muzik Video

  • Ada Untukmu
  • Indera
  • Oh Juwita
  • Picisan
  • Cinta Kasih

Bidang lakonan[sunting | sunting sumber]

Telefilem / Drama

  • 2008 | Ada Cinta di Hari Raya (drama khas Hari Raya di Astro Ria) Sebagai Nubhan
  • 2008 | Corat Coret Raya AF6 (drama khas Hari Raya AF6 di Astro Ria)
  • 2009 | Cinta Lelong : Cameo
  • 2010 | Ibu Mee Segera :Cameo
  • 2010 | Satu Hari Di Hari Raya (Drama Khas Hari raya di TV9) : Sebagai Dani
  • 2012 | Raya Yang Paling Raya : Sebagai Adi
  • 2013 | Aku : Slot Aksi TV3. Setiap Rabu mulai 9 Oktober 2013 : Sebagai Acid

Filem

Bidang pengacaraan[sunting | sunting sumber]

Rancangan In-Trend - RTM TV2 : 3.30 petang

  • Episod : "Gila Gadjet"
  • Episod : "Saya Anak Malaysia"
  • Episod : "Ikut Rentakku"
  • Episod : "Langkawi"
  • Episod : "Cuti - Cuti Malaysia"
  • Episod : "Kerjaya Seorang DJ"
  • Episod : "Dua Roda"
  • Episod : "Demam Korea"
  • Episod : "Wachaaa"
  • Episod : "Drift"

18 Jun 2011 - Penampilan Khas, episod : Istimewa Nubhan

Iklan / pengendorsan[sunting | sunting sumber]

  • Iklan Hari Raya IKEA
  • Louis Vuitton Men Fall Collection

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Award / Acara Tahun Kategori / peringkat Lagu Keputusan / Pencapaian
Akademi Fantasia Musim Ke 6 2008 Peringkat Akhir Ada Untukmu /Bukan Disini Tempat Ketiga
Muzik Muzik 23 Separuh Akhir Ada Untukmu Top 30
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008/ ABPBH Artis Lelaki Baru Popular - Top 5
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008/ ABPBH Penyanyi Lelaki Popular - Top 5
Anugerah Planet Muzik (APM 2009) 2009 Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki) Ada Untukmu Top 5
Muzik Muzik 24 Separuh Akhir Seadanya Aku Top 15
Muzik Muzik 25 2010 Separuh Akhir Oh Juwita Top 30
Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011 Anugerah Rambut Menawan ( Lelaki) - Top 5
Muzik Muzik 26 Separuh Akhir Mata Hati Top 15
Muzik Muzik 26 Separuh Akhir Pokok Top 30
Muzik Muzik 28 2013 Separuh Akhir Cinta Kasih Top 30
  • Dilantik sebagai Ikon Belia Remaja Perdana 2011
  • Ikon Belia Trofi Rakan Seni Budaya, Rakan Muda 2011

Rujukan[sunting | sunting sumber]