Sungai Bayor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sungai Bayor terletak di Selama,Perak,Malaysia. Perkampungan orang Melayu Patani ini berhampiran dengan Banggol Jas,Kampung Garok, Sungai Garok,Sungai Siputeh, Sungai Berdarah, Kampung Tapah, Kampung Teluk Mas dan Sungai Rambutan .

Selama berhampiran dengan sempadan Perak-Kedah. Sungai Selama menjadi garisan sempadan antara dua negeri tersebut. Malah terdapat Selama Perak dan Selama Kedah. Penduduknya menggunakan dialek Melayu-Patani.

Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor dan Sekolah Agama Rakyat AlIslahiah terletak di sini. Masjid Banggol Jas terletak di Selama. Kawasan ini merupakan kawasan pertanian terutama getah dan padi.