Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Que Haidar" dilencongkan di sini.
Que Haidar
QueHaidar(Papadom).jpg
Bersama Liyana Jasmay dalam filem Papadom
Kelahiran Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar
(1979-05-30) 30 Mei 1979 (umur 39)
Felda Taib Andak, Kulai Johor, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Pekerjaan Pelakon, penyanyi
Tahun aktif 2005 - kini
Pasangan Linda Jasmine (berkahwin 2010)

Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar atau lebih dikenali sebagai Que Haidar (lahir 30 Mei 1979)[1][Nota 1] merupakan salah seorang pelakon dan penyanyi Malaysia. Berupakan bekas pelajar Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang berkecimpung dalam dunia tetaer sebelum terjun ke layar perak.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Penampilan pertamanya di kaca TV adalah menerusi drama Toll Gate Girl arahan Osman Ali dan diterbitkan oleh Tiara Jacquelina pada tahun 2001 ketika berusia 23 tahun bersama aktres Amy Mastura & Rita Rudaini. Filem pertama lakonan beliau berjudul Haru Biru arahan Shadan Hashim pada tahun 2004 namun hanya pada tahun 2007 filem itu ditayangkan.

Debut beliau di layar perak adalah menerusi filem KL Menjerit 1 pada tahun 2005 yang terus meledakkan nama beliau sebaris dengan aktor-aktor seangkatan seperti Farid Kamil, Fahrin Ahmad, Pierre Andre, Jehan Miskin & Bront Palarae. Filem-filem popular beliau adalah Zombie Kampung Pisang, Castello, Cinta, Setem dan banyak lagi. Populariti Que di layar lebar dibuktikan dengan kemenangan 2 tahun berturut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular (ABPBH) pada tahun 2008 dan 2009. Que juga pernah memenangi 2 buah trofi kategori lakonan terbaik di Anugerah Skrin TV3 menerusi dua buah drama TV lakonannya Tuhan Pun Tahu(2007) & Terlerai Takbir Kasih(2009). Di Festival Filem Malaysia beliau pernah dianugerahkan Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Castello serta 2 kali dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) pada tahun 2006 dan 2009.

Que membuat keputusan untuk bersara dari bidang lakonan secara mengejut pada tahun 2010 setelah berkahwin dengan koreografer Linda Jasmine.[2] Biarpun terpaksa mengecewakan peminat-peminat dan pengkarya filem, Que nekad untuk beralih arah ke bidang perniagaan dan kini masih aktif mengajar kelas lakonan setelah bergelar pensyarah di Kolej Sunway. Pada tahun 2012 beliau mengumumkan hanya akan mengambil tawaran lakonan yang bersesuaian dengan kehendaknya. Sejak itu beliau tidak muncul di layar lebar/kaca TV sekerap dulu tetapi setiap karyanya mutakhir ini mendapat perhatian yang baik antaranya filem box-office Lagenda Budak Setan, Rock OO (2013) dan drama televisyen Seligar dan Malaikat Yang Tersembunyi. Pada tahun 2013, beliau dilantik menjadi salah seorang tenaga pengajar di Akademi Fantasia musim ke-10.

Selain berlakon, ketika awal kemunculann beliau pernah menganggotai kumpulan pop Sho-gun tetapi mereka tidak sempat merakamkan album penuh. Bakat nyanyiannya boleh dilihat menerusi filem Rock dan Rock OO apabila diberi peranan sebagai penyanyi.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2005 KL Menjerit 1 Ku Idzham Bade Hj. Azmi
Rock Amy Mat Piah Mamat Khalid
2006 Castello Sepet Bade Hj. Azmi
Senario Pemburu Emas Yamashita Jali Aziz M. Osman
Bilut Yusof Yazid Bade Hj. Azmi
Cinta Muhammad Dhani Kabir Bhatia
2007 Syaitan Saad Bade Hj. Azmi
Zombi Kampung Pisang Deris Mamat Khalid
Haru Biru Kid Shadan Hashim
2008 Cuci Datuk Hans Isasc Kemunculan khas
Selamat Pagi Cinta Azam Norliana Samsudin
2009 Maut JJ Bade Hj. Azmi
Skrip 7707 Zack Prof. Madya A Razak Mohaideen
Setem Iskander Kabir Bhatia
Papadom Muhammad Rahmat Ismail aka Wajib Dato' Afdlin Shauki
My Spy Man Chinese
Duhai Si Pari-Pari Syadon Azmi Mohd. Hata
2010 Lagenda Budak Setan Azmi Sharad Sharan
Misteri Jalan Lama Azmi Dato' Afdlin Shauki
2013 Rock Ooo Amy Mat Piah Mamat Khalid
2014 Gila Baby Kabir Bhatia Kemunculan khas
Ophilia Ozi Gandum Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaluddin

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2005 Kasih Nurlisa TV1
2006 - 07 Gol & Gincu The Series Ikan 8TV
2007 Dunia Baru Umarah TV3
Tuhan Pun Tahu TV3
2008 KL Menjerit The Series Ku Idzham Astro Ria
2009 Terlerai Kasih TV3
Cinta Untuk Ain Shahrul TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Cahaya Malaika Ezra TV3
2018 Malek Majid Astro Mustika HD

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2006 Pelakon Filem Lelaki Popular Dicalonkan
2008 Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
2009 Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
Festival Filem Malaysia
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2006 (FFM 19) KL Menjerit 1 Pelakon Lelaki Terbaik Dicalonkan
Pelakon Harapan Lelaki Dicalonkan
Castello Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dicalonkan
Pelakon Harapan Lelaki Menang
2009 (FFM 22) Maut Pelakon Lelaki Terbaik Dicalonkan
Papadom Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dicalonkan
2010 (FFM 23) Lagenda Budak Setan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dicalonkan
Anugerah Skrin TV3
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2008 Tuhan Pun Tahu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) Menang
2009 Terlerai Takbir Kasih Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Menang

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Kisah Cinta (2017)

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan Scha Al-Yahya yang empat tahun lebih muda daripadanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]