Terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris
Terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris
Negara asalEngland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris[a] ialah satu baka terier dalam kumpulan anjing mainan.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Menurut The Kennel Club (United Kingdom), terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris patut setinggi 25–30 cm (10–12 in) dan seberat 2.7–3.6 kg (6–8 lb). Satu-satunya warna yang diizinkan ialah hitam dengan tanda-tanda sawo matang jelas pada tungkai, dada, dan muka. Pergerakannya diperihalkan seperti ligasan memanjang pada kuda.[1] Terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris mempunyai mata berbentuk badam dan telinga 'nyalaan lilin'.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris dikembangkan daripada terier hitam dan sawo matang lama Inggeris dan berkait rapat dengan terier Manchester yang lebih besar. Sebagai anjing pantas dan tangkas, asal usulnya adalah di dunia lubang tikus, sukan yang popular di bandar-bandar England Victoria, iaitu apabila terier diletakkan di dalam bulatan atau lubang dengan sejumlah tikus dan taruhan diambil mengenai pilihan anjing yang akan membunuh kuota tikus dalam masa terpantas. Anjing kecil sangat dihargai dengan sasaran ideal untuk menghasilkan anjing terkecil yang masih mampu membunuh kuota tikusnya dalam masa sesingkat mungkin. Pada tahun 1848, seekor terier hitam dan sawo matang bernama Tiny the Wonder, yang hanya seberat 5 12 paun (2.5 kg), dicatatkan telah membunuh 200 ekor tikus dalam masa kurang sejam.

Seekor anak terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris

Pengharaman sukan ini sewaktu dengan pembentukan The Kennel Club. Dengan penampilan anggunnya, terier hitam dan saw omatang beralih ke dalam gelanggan pertunjukan pengakuran. Dalam pertunjukan anjing semua baka pertama, terdapat penyertaan sangat terhormat daripada terier hitam dan sawo matang yang terbahagi mengikut berat. Pembahagian berat ini diteruskan dengan dua keragaman terier hitam dan sawo matang sehingga tahun 1903 apabila terier hitam dan sawo matang (katik) pertama didaftarkan dengan KC. Nama semasa English Toy Terrier (Black & Tan) ("terier mainan Inggeris (hitam dan sawo matang)"; "terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris") diterima pakai pada tahun 1960. Terier hitam dan sawo matang daripada semua saiz dieksport ke Kanada dan ke Amerika Syarikat, lalu mengasaskan populasi yang sebahagian besarnya terasing daripada populasi Eropah sehingga baru-baru ini. Di Amerika Utara, kedua-dua saiz ini juga terpisah kepada dua baka sehingga tahun 1958 apabila penurunan bilangan terier piawai Manchester mendorong American Kennel Club untuk mentakrifkannya semula sebagai satu baka tunggal dengan dua keragaman: piawai dan mainan.

Terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris pada 1894 wdengan seekor lagi anjing mainan sangat popular dari zaman Victoria, terier Paisley

Kebimbangan kepupusan[sunting | sunting sumber]

Terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris berada dalam senarai baka asli rentan The Kennel Club (United Kingdom) dengan purata hanya 100 ekor anak anjing yang didaftarkan setiap tahun. Usaha besar sedang dilakukan oleh para pembiak baka untuk meningkatkan kepopularan baka ini dan membangunkan takungan gen berdaya maju. The Kennel Club (United Kingdom) telah membuka buku pembaka untuk membolehkan terier mainan Manchester Amerika Utara didaftarkan semula sebagai terier mainan hitam dan sawo matang Inggeris dengan syarat bahawa ia diperakui sebagai keragaman mainan dan bukan sebagai keragaman piawai. Sesetengah pemilik di Great Britain menentang keputusan ini; yang lain pula melihatnya sebagai cara positif untuk memulihara baka ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: تيريئر ماءينن هيتم دان ساوو ماتڠ ايڠݢريس; bahasa Inggeris: black and tan English toy terrier

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Breed Standard" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2008. Dicapai pada 5 Mac 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]