Bandar Sunway Semenyih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bandar Sunway Semenyih terletak di kawasan pentadbiran Zon 15, Majlis Perbandaran Kajang. Bandar ini telah dibangunkan oleh pemaju hartanah, Sunway Semenyih Sdn Bhd iaitu anak syarikat Sun City Berhad pada tahun 2000. Projek perumahan pertama telah dilancarkan pada Oktober 2000.

Perumahan[sunting | sunting sumber]

Ada 4 jenis rumah yang telah dibangunkan setakat ini iaitu:

Kawalan Keselamatan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan unik yang diperkenalkan oleh Sunway ialah kemudahan kawalan keselamatan 24 jam atau "Guard-gated Community" di mana setiap fasa perumahan telah disediakan pondok kawalan keselamatan untuk kawalan kenderaan yang keluar-masuk dan pagar keliling sebagai langkah keselamatan tambahan untuk mereka yang tinggal di sini.


Walaupun pemaju hanya memyediakan kemudahan ini secara percuma untuk tempoh 1 tahun pertama, ia telah berjaya menarik orangramai untuk membeli rumah di sini. Selepas tempoh setahun itu, adalah menjadi tanggungjawab persatuan penduduk untuk melantik syarikat kawalan keselamatan mereka sendiri untuk menguruskan khidmat kawalan keselamatan di setiap fasa di sini.

Persatuan Penduduk[sunting | sunting sumber]

Setakat ini, Sunway Semenyih telah mempunyai lebih 7 fasa. Penduduk fasa-fasa ini telah dengan jayanya memohon menubuhkan Persatuan Penduduk Bandar Sunway Semenyih Diarkibkan 2009-04-13 di Wayback Machine melalui pejabat negeri Selangor, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Permohonan tersebut telah diluluskan pada tahun 2005 dan secara rasminya persatuan ini didaftarkan sebagai persatuan induk, yang mana jawatankuasa utama diwakili oleh ketua setiap fasa.

Antara mereka yang telah terpilih sebagai ketua-ketua fasa untuk tahun 2009 ialah:

Fasa 1 (Jalan Sunway 1) - En. Asmadi
Fasa 2 (Jalan Sunway 2) - YM Raja Ahmad Najid [2008 - En. Frankie; 2007 - En. Panier]
D'Villa (Jalan Sunway 5) - Dato' Yunus [2008 - En. Hadi]
Fasa 6 (Jalan Sunway 6) - En. Ishak
Flat Seri Suria (Jalan Sunway 3A) - En. Rais
Fasa 7 - pemilik sudah menerima kunci rumah pada 2008

Pemangku Pengerusi 2008 - En. Asmadi. [2007 - En. Hadi] <gallery>