Subang, Petaling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pekan Subang
Jata-Selangor.jpg
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Selangor
Daerah Daerah Petaling
Mukim Pekan Subang
Keluasan N/A

Subang ialah bandar kecil di daerah Petaling, Selangor, Malaysia. Ia terletak ke utara Subang Jaya, bersebelahan Kelana Jaya. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, yang dulu merupakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, terletak di Subang.

Subang adalah sejenis perhiasan wanita yang digantung di telinga kiri dan telinga kanan. Nama lain bagi 'subang' ialah 'sunting'. Biasanya telinga kanak-kanak perempuan akan ditindik sejak kecil .

Antara lokasi berhampiran ialah Subang Bestari, Kota Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Denai Alam, Tropicana, Alam Budiman, Damansara Utama, Bukit Damansara, Ara Damansara, Bukit Jelutong, Alam Nusantara, Setia Eco-Park, Bandar Nusa Rhu, Setia Alam, Setia Damai, Petaling Jaya dan lain-lain.

Fakta menarik[sunting | sunting sumber]

Subang adalah tempat yang paling banyak berlaku ribut petir di Malaysia.[1] Menurut Jabatan Kajicuaca Malaysia:-

  • Subang mencatatkan bilangan hari tertinggi dalam setahun yang ada kilat iaitu 362 hari pada tahun 1987.
  • Subang mencatatkan purata tahunan tertinggi bilangan hari yang mengalami ribut petir iaitu 212 hari.
  • Subang mencatatkan bilangan hari tertinggi dalam setahun yang ada ribut petir iaitu 269 hari pada tahun 1969.