Tunjuk perasaan Kuala Lumpur 2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tunjuk perasaan Kuala Lumpur 2021
Sebahagian daripada pandemik COVID-19 di Malaysia dan kemelut politik Malaysia 2020-21
Simbol LTL atau lawan tetap lawan oleh Iswardy selepas mendengar pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur
Tarikh31 Julai 2021 (UTC+8)
LokasiKuala Lumpur Sunting ini di Wikidata
Punca
Matlamat
  • Peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan perubahan tampuk pemerintahan negara
  • Penganjuran sidang Majlis Parlimen yang terhalang akibat Proklamasi Darurat[1]
  • Moratorium pinjaman kewangan secara automatik[1]
Kaedah
Pihak terlibat
Penunjuk perasaan awam (secara utamanya belia)
Tokoh dan pemimpin utama
Sekretariat Solidariti Rakyat Kabinet Muhyiddin Yassin
Bilangan
Anggaran 400 ke hampir 2,000 orang[2][3][4]

Pada sekitar jam 11 pagi (waktu tempatan), 31 Julai 2021, satu tunjuk perasaan telah berlangsung di pusat bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia. Tunjuk perasaan ini yang dinamakan sebagai Protes #Lawan diadakan sebagai tanda bantahan terhadap tampuk Kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin atas persepsi negatif rakyat terhadap pengurusan pandemik COVID-19 di Malaysia. Selain itu, tunjuk perasan ini turut menyentuh isu berkenaan kemelut politik Malaysia 2020-21 serta Proklamasi Darurat 2021 yang tamat pada hari keesokannya.

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Sekretariat Solidariti Rakyat selaku badan penganjur merupakan sebuah pakatan para aktivis belia yang memfokuskan kepada gerakan menentang tampuk kerajaan Perikatan Nasional. Badan ini terdiri daripada wakil pertubuhan-pertubuhan prodemokrasi termasuk BERSIH dan Undi18.[1] Sebelum ini, Sekretariat pernah melakukan kempen-kempen antikerajaan seperti kibaran bendera hitam serta tagar #Lawan itu sendiri.[5] Pada 24 Julai, Sektretariat Solidariti Rakyat melakukan konvoi di beberapa tempat di seluruh Malaysia sebagai persediaan bagi acara tunjuk perasaan utama.[6]

31 Julai dan pascaprotes[sunting | sunting sumber]

Protes bermula pada sekitar 11 pagi di sekitar kawasan pusat Kuala Lumpur, terutamanya di sekitar Jalan Tun Perak (kawasan Masjid Jamek) serta tempat-tempat lain dengan kehadiran awal yang agak sedikit. Namun begitu, bilangan peserta mula meningkat hingga mencapai sekurang-kurangnya ratusan orang.[7] Aktiviti-aktiviti protes yang dilakukan termasuk laungan slogan antikerajaan serta pembawaan sepanduk dengan tulisan-tulisan antikerajaan.[8]

Kumpulan pemprotes kemudian berarak menuju Dataran Merdeka dengan harapan untuk melakukan protes di sana, tetapi dihalang oleh pihak polis atas dasar ketiadaan kebenaran berhimpun. Laluan-laluan ke Dataran Merdeka juga disekat oleh pihak polis untuk menghalang pergerakan.[9] Selepas protes, pihak Sekretariat mengeluarkan kenyataan rasmi yang memberi penghargaan kepada mereka yang hadir serta penegasan untuk terus berjuang.[4] Pada Ogos, pihak penganjur menyatakan hasrat untuk menganjurkan protes serupa dengan skala yang lebih besar pada 21 Ogos sekiranya Perdana Menteri tidak meletak jawatan.[1]

Pada malam 19 Ogos, penunjuk perasaan menganjurkan suatu perhimpunan memperingati mereka yang maut dalam pandemik COVID-19 di perkarangan Dataran Merdeka. Susulan itu, para penunjuk perasaan ditahan pihak polis atas pelbagai sebab, dengan unsur-unsur keganasan polis diberi perhatian seperti penahanan paksa. Perhimpunan itu bersurai pada awal pagi 20 Ogos.[10][11]

Tindakan dan reaksi[sunting | sunting sumber]

Pihak Polis Diraja Malaysia yang mengawal protes tersebut memberi kenyataan untuk memanggil semua pihak terlibat berdasarkan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021 yang mengharamkan sebarang bentuk perhimpunan bagi apa jua tujuan. Sungguhpun begitu, pihak polis mengiyakan bahawa perhimpunan itu berjalan dengan aman.[12] Sementara itu, pihak pakar perubatan melahirkan rasa bimbang atas potensi perhimpunan itu dalam menguatkan lagi pandemik COVID-19 setempat, terutamanya di kawasan Lembah Klang yang sudah terjejas teruk.[13]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Adam, Ashman (7 Ogos 2021). "#Lawan organisers vow to come out in larger numbers on Aug 21 if Muhyiddin stays as PM". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  2. ^ Khir, Eton (31 Julai 2021). "Protes #LAWAN berlangsung aman". Astro Awani. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  3. ^ Hassan, Hazlin (31 Julai 2021). "Protesters in downtown Kuala Lumpur demand PM Muhyiddin's resignation". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Julai 2021.
  4. ^ a b Sekretariat Solidariti Rakyat (31 Julai 2021). "Ini bukan pengakhiran, terima kasih anak muda!". Astro Awani. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  5. ^ "Black flag protest planned for this Saturday to urge PM to resign". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 2 Julai 2021. Dicapai pada 7 Julai 2021.
  6. ^ Razak, Radzi (31 Julai 2021). "Black Flag convoy drive around KL to drum up support for July 31 protest". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Julai 2021.
  7. ^ R., Loheswar (31 Julai 2021). "Malaysian youth converge on Dataran Merdeka for #Lawan protest". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Julai 2021.
  8. ^ Thomas, Jason (31 Julai 2021). "Ratusan penunjuk perasaan berkumpul, bawa kain rentang 'Kerajaan Gagal'". Free Malaysia Today. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  9. ^ R., Loheswar (31 Julai 2021). "Crowd gathers in heart of Kuala Lumpur for #Lawan protest". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Julai 2021.
  10. ^ Choong, Jerry (20 Ogos 2021). "Cops say attendees of #Lawan candlelight vigil under probe, fined RM2,000 each (VIDEO)". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Ogos 2021.
  11. ^ Alhadjri, Alya (19 Ogos 2021). "31 peserta himpunan kenang korban Covid-19 diangkut polis". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Ogos 2021.
  12. ^ BERNAMA (31 Julai 2021). "Polis akan panggil semua pihak terlibat protes di Dataran Merdeka". Astro Awani. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  13. ^ BERNAMA (31 Julai 2021). "Pakar perubatan bimbang demonstrasi burukkan situasi COVID-19". Astro Awani. Dicapai pada 31 Julai 2021.