Tajuddin Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Dato'

Haji Tajuddin bin Abdul Rahman
P073-PASIRSALAK.jpg

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Tempoh jawatan
16 Mei 2013 – sekarang

Member of Parliament
for P73 Pasir Salak, Negeri Perak
Tempoh jawatan
8 Mac 2008 – sekarang
Didahului oleh Tan Sri Ramli Ngah Talib (BN)
Majoriti 7,386 (PRU-13)

Lahir 17 Januari 1948
Kampung Gajah
Parti politik BN-100px.jpg BN-UMNO
Pasangan Rohkiah Abd. Samat
Kediaman Kampung Gajah
Pekerjaan Ahli Parlimen
Religion Islam

Datuk Tajuddin Abdul Rahman merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak, Negeri Perak dari Barisan Nasional - UMNO.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan. Kemudian mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya.

Politik[sunting | sunting sumber]

Tajuddin berkecimpong dalam politik sejak awal 1980-an lagi di sekitar Pekan Rabu, Chenderong Balai, Kampung Gajah, Pasir Salak dan Teluk Intan. Beliau menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak (1982-1988) and sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO dari 1986-1988.

Pada 1987, beliau dan barisan pemuda UMNO berhimpun di Stadium TPCA , Kampung Baru, Kuala Lumpur. Berikutan itu, beliau ditahan ISA dalam Operasi Lalang bersama Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim dan lain-lain. Beliau selalu membandingkan perjuangan UMNO dengan perjuangan Dato Maharaja Lela menentang J.W.W. Birch.

Pada 1988 setelah UMNO Baru ditubuhkan, beliau dilarang menyertai UMNO semula kerana dituduh menyertai Semangat 46. Walaubagaimanapun, pada 1990 beliau diterima semula sebagai ahli UMNO setelah tuduhan tersebut tidak berasas.

Tahun 1995 beliau dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana terlibat dalam politik wang RM6 juta untuk merebut jawatan ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.Ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menyokong kuat Tan Sri Ramli Ngah Talib. Pada 1998 beliau diterima semula menyertai UMNO tanpa syarat dan dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Pasir Salak tanpa bertanding pada 2000.[1]

Dalam politik UMNO Pasir Salak, beliau bergabung dengan Datuk Megat Junid Megat Ayob menentang Tan Sri Ramli Ngah Talib. [2]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 beliau mengalahkan calon PAS Ustaz Mustafa Shaari di DUN Kampung Gajah, Perak. Dalam perhimpunan UMNO pada September 2004, beliau dipilih oleh UMNO Perak untuk membahaskan usul ekonomi.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat, Mustaffa Kamil Ayob - PKR di parlimen Pasir Salak. Beliau menang dengan majoriti sebanyak 2,688 undi. Beliau memperolehi 16,928 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 14,240 undi.

Pengerusi Felcra[sunting | sunting sumber]

Tajuddin Abdul Rahman membanri bantuan banjir di Kampung Air Mati pada 2006

Pada 22 September 2008, Tajuddin telah dilantik menjadi Pengerusi Felcra, sebuah syarikat GLC milik kerajaan untuk memulihkan tanah terbiar seperti di sepanjang Sungai Perak dan di seluruh negara. Tanah terbiar ini hasil daripada kebun kecil getah tua yang tidak lagi ekonomikal dan diganti dengan kelapa sawit . Sementara tanah baru ditanam dengan padi dan koko secara sistematik seperti Seberang Perak, Perak. Sebelum ini, pengerusi Felcra ialah Datuk Nasarudin Hashim.[3]

Beliau telah mengasaskan TAJ Kolej yang beroperasi di Felda Trolak, Behrang, Perak.

Kontroversi di Parlimen[sunting | sunting sumber]

Saman Azmin Ali[sunting | sunting sumber]

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat, Tajuddin Abdul Rahman berikrar akan menyaman Azmin Ali dari PKR jika terus mensabitkan beliau dengan kontroversi 'six million dollar man' untuk tujuan mendapatkan jawatan ketua bahagian UMNO. Beliau juga mendakwa dipecat dari UMNO oleh Anwar Ibrahim ketika itu kerana Anwar mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia. [4]


Dakwaan dibenci kaum India[sunting | sunting sumber]

Pada 5 November 2008, M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) membuat dakwaan liar yang berunsur provokasi bahawa Tajuddin "dibenci oleh kaum India di Pasir Salak. Ini menyebabkan Tajuddin kemudiannya memaki Ahli Parlimen Ipoh Barat. [5]. Tajuddin Abdul Rahman turut mencabar M Kula Segaran 'selesaikan di luar Dewan Rakyat'. Bagaimanapun, kedua mereka menarik kembali perkataan tersebut.

Diberi amaran keras[sunting | sunting sumber]

Pada 13 april 2010, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran keras kepada Tajuddin kerana kononnya mengugut M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) di luar Dewan Rakyat pada Khamis , 8 April 2010.[6] Mereka bedua dipanggil untuk memberi penjelasan terhadap insiden dakwaan ugut. Mereka sepatutnya menjaga integriti parlimen. Tajuddin mempertikaikan tindakan Kulasegaran yang menggunakan laman blog untuk membuat fitnah dan mencerca beliau.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Datuk Tajuddin Abdul Rahman
  2. Ledakan Kebangkitan Rakyat Di Pasir Salak Cemaskan Tajuddin Abd Rahman?
  3. Pengerusi baru Felcra azam tingkat pendapatan peserta
  4. Siapa makan cili dialah terasa pedasnya
  5. Tajuddin uses 'b*****d' on Kulasegaran
  6. Speaker berhak tegur Ahli Parlimen berkelakuan melampau
  7. Anggota Parlimen Pasir Salak diberi amaran