Cetera Hati Diya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi novel asal di mana drama ini diadaptasi, lihat Isteri Aku Kalis Cinta.
Cetera Hati Diya
GenreDrama
Cinta
Konflik
Keluarga
Berdasarkan daripada
Isteri Aku Kalis Cinta oleh Mawar Kamila
PengarahRaja Mukhriz
Dibintangi oleh
Azar Azmi
Fattah Amin
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Tempoh siaran41 minit
Syarikat penerbitan
Wiranusa Corporation
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal17 Jun 2019 – 10 Julai 2019
Kronologi
MengikutiCari Aku Di Syurga
Diikuti olehMimpi Sabrina

Cetera Hati Diya merupakan siri drama televisyen Malaysia 2019 dibintangi oleh Azar Azmi dan Fattah Amin. Diadaptasi dari novel Isteri Aku Kalis Cinta karya Mawar Kamila, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 17 Jun 2019 hingga 10 Julai 2019 menggantikan Cari Aku Di Syurga.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Adelia Dayana (Diya) telah lama menutup hatinya untuk cinta dan memang tidak mempercayai mana-mana lelaki. Ini disebabkan oleh peristiwa hitam yang dilaluinya apabila dia telah diperkosa oleh Zakuan, rakan sekerjanya. Malah, dia juga telah dibuang daripada keluarga setelah mereka mengetahui dia sebenarnya mengandung apabila dikejarkan ke hospital akibat terjatuh dari tangga lalu keguguran. Zakuan pula tidak mahu bertanggungjawab.

Dalam mengelak untuk menjalin hubungan dengan sesiapa, Zahil Hariz hadir menguji prinsip diri Diya. Zahil cuba memenangi hati Diya walaupun Diya menunjukkan sikap dingin. Zahil menemui keluarga Diya dan menyunting Diya untuk dijadikan isteri. Zahil turut menjelaskan kejadian hitam yang menimpa Diya dan ingin bertanggugjawab diatas kesalahan Zakuan, adik tirinya. Ibu bapa menerima Diya kembali dan Diya terpaksa menerima pinangan Zahil.

Mereka berkahwin namun Diya masih bersikap dingin dengan Zahil dan Zahil terus cuba mencuri hati isterinya. Langit tidak selalu cerah, Zahil disahkan mengidap Leukimia, pada masa yang sama Diya pula disahkan mengandung.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Cetera Hati Diya (TV3) My Infotaip (16 Jun 2019). Dicapai pada 9 Jun 2020.