Bintangor, Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bintangor merupakan sebuah pekan kecil yang terletak tidak jauh daripada bandar Sarikei atau sejam perjalanan menggunakan kereta. Sebelum ini pekan ini juga dikenali dengan nama pekan Binatang. Bintangor amat dikenali dengan hasil buah limau Bintangor yang rasanya masam manis dan juga buah limau bali. Para pekebun limau ini biasanya menjual hasil tanaman mereka di tepi jalan utama yang menghubungkan bandar Sarikei dan Sibu. Para pekebun buah limau ini terdiri daripada masyarakat Cina keturunan Foochow.