Daerah Kecil Budu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Daerah Kecil Nanga Budu
Map of Saratok District, Sarawak.svg
Daerah Kecil Nanga Budu yang terletak di Malaysia Timur
Daerah Kecil Nanga Budu
Daerah Kecil Nanga Budu
Koordinat: 1°45′45″N 111°30′15″E / 1.76250°N 111.50417°E / 1.76250; 111.50417Koordinat: 1°45′45″N 111°30′15″E / 1.76250°N 111.50417°E / 1.76250; 111.50417
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Betong
Kerajaan
 • Pihak berkuasa tempatanPejabat Daerah Kecil Budu
Luas
 • Jumlah290.01 km2 (111.97 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah3,607
 • Kepadatan12/km2 (32/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
95xxxx

Daerah Kecil Budu (atau Daerah Kecil Nanga Budu; Cina: 南嘉布都副县, Bahasa Inggeris: Nanga Budu Sub-District) ialah sebuah daerah kecil di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Betong yang merangkumi Betong, Saratok, Pusa, Kabong, Spaoh, Debak, Roban, Maludam dan Budu.[2] Jumlah penduduknya ialah seramai 3,607 orang pada tahun 2010. Majoriti penduduk yang tinggal di daerah kecil ini ialah beretnik Iban dan kebanyakan penduduk menganut agama Kristian.[3][4] Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Nanga Budu. Ia memiliki luas sebanyak 290 km2.[5]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Kecil Budu sepenuhnya dibawah seliaan Pejabat Daerah Kecil Nanga Budu/Budu. Terdapat 41 rumah panjang Iban yang berlokasi di Daerah Kecil Budu pada tahun 2010. Secara amnya, orang Iban tinggal di rumah panjang yang terletak di tepi sungai dan di tepi jalan raya. Ia adalah bertujuan untuk memudahkan tugas harian penduduk setempat.[4] Daerah Kecil Budu ditadbir oleh seorang pegawai daerah; pemegang jawatan terkini ialah Laga Kueh.[6][7]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk yang menetap di Daerah Kecil Budu ialah seramai 3,607 orang pada tahun 2010. Majoriti penduduk ialah beretnik Iban. Sebilangan besar penduduk di Budu beragama Kristian. Walaubagaimanapun, masih ada beberapa yang yakin akan kepercayaan nenek moyang mereka sendiri.[4] Berdasarkan, bancian Malaysia 2010, jumlah penduduk yang beretnik Iban ialah seramai 3,515 orang dan diikuti oleh etnik Melayu (52 orang), Bidayuh dan Cina (masing-masing ialah 16 dan 12 orang), etnik bumiputera lain (7 orang) dan paling sedikit ialah etnik India serta lain-lain (1 orang). Jumlah penduduk orang Melanau adalah sifar di Daerah Kecil Budu.[3]

Jumlah penduduk mengikut etnik pada tahun 2010.[3]
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 3,604 Melayu 52
2 Iban 3,515
3 Bidayuh 16
4 Melanau 0
5 Bumiputera Lain 7
6 Cina 12
7 India 1
8 Lain-lain
9 Bukan warganegara 3 Tiada data 3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  3. ^ a b c "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.
  4. ^ a b c "Population Old Traditions Conserved" [Populasi Tradisi Lama Terperlihara] (dalam bahasa Inggeris). Laman Web Komuniti Desa. 2010-03-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2013. Dicapai pada 2 Ogos 2013.
  5. ^ "Demografi Daerah Saratok". betong.sarawak.gov.my/saratokdo. Majlis Daerah Saratok. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-17. Dicapai pada 16 Jun 2021 – melalui Pentadbiran Bahagian Betong.
  6. ^ "Petanque MAKSAK 2020: Misi Betong pertahankan juara". utusanborneo.com.my. Utusan Borneo. 8 Mac 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-17. Dicapai pada 6 Julai 2021.
  7. ^ "Pejabat Daerah Kecil Budu". betong.sarawak.gov.my/saratokdo. Majlis Daerah Saratok. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-17. Dicapai pada 16 Jun 2021 – melalui Pentadbiran Bahagian Betong.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]