Daerah Kecil Trusan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Kecil Trusan
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 4°47′15″N 115°16′15″E / 4.78750°N 115.27083°E / 4.78750; 115.27083Koordinat: 4°47′15″N 115°16′15″E / 4.78750°N 115.27083°E / 4.78750; 115.27083
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Limbang
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanPejabat Daerah Kecil Trusan
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah4,168
Demografi
 • EtnikMelayu, Lun Bawang, Cina, Iban, Bidayuh , Melanau
Zon waktuUTC+8 (MST)

Daerah Kecil Trusan ialah sebuah daerah kecil di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Limbang yang merangkumi Limbang, Nanga Medamit, Lawas, Sundar dan Trusan.[2] Pekan pentadbiran bagi daerah kecil ini ialah Trusan. Ia juga merupakan daerah kecil yang terletak di timur laut Sarawak yang juga bersempadan dengan Daerah Temburong, di Brunei Darussalam.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Kecil Trusan merupakan daerah kedua terbesar di dalam Daerah Lawas. Ia berjiran dengan Daerah Kecil Sundar diutara, Daerah Temburong dalam negara Brunei Darussalam di barat dan Daerah Lawas di timur. Ciri pandang darat fizikal yang ada ialah Batang Trusan ataupun Sungai Trusan yang dimana ulu di Daerah Kecil Sundar atau tepatnya mengalir keluar ke Laut China Selatan dan punca utamanya berasal daripada Daerah Limbang.[2]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan, bancian Malaysia 2010 jumlah penduduk di Daerah Kecil Trusan ialah seramai 4,168 orang.[3] Kebanyakannya Penduduk di daerah kecil Trusan beretnik bumiputera lain-lain, dengan jumlah 2,544 orang dan paling sedikit ialah penduduk beretnik India, dua orang.[3]

Jumlah penduduk mengikut etnik pada tahun 2010.[3]
No. Kategori Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia Melayu 978
2 Iban 185
3 Bidayuh 20
4 Melanau 24
5 Bumiputera Lain termasuk Lun Bawang 2,544
6 Cina 296
7 India 2
8 Lain-lain 18
9 Bukan warganegara Tiada data 101
10 Jumlah 4168

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ a b M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  3. ^ a b c "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]