Daerah Kabong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Daerah Kabong
Map of Kabong District, Sarawak.svg
Daerah Kabong yang terletak di Malaysia Timur
Daerah Kabong
Daerah Kabong
Koordinat: 1°48′03″N 111°07′16″E / 1.8009°N 111.1211°E / 1.8009; 111.1211Koordinat: 1°48′03″N 111°07′16″E / 1.8009°N 111.1211°E / 1.8009; 111.1211
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Betong
Kerajaan
 • Pihak berkuasa tempatanPejabat Daerah Kabong
Luas
 • Jumlah799 km2 (308 batu persegi)
Ketinggian
5 m (16 ft)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah12,181
 • Kepadatan15/km2 (39/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)

Daerah Kabong ialah sebuah daerah di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1][2] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Betong yang merangkumi Betong, Saratok, Pusa, Kabong, Spaoh, Debak, Roban, Maludam dan Budu.[3] Majoriti penduduk yang tinggal di daerah ini ialah beretnik Melayu.[4]

Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Pekan Kabong. Daerah Kabong mempunyai keluasan lebih/kurang 799 kilometer persegi (79,900.0 he) yang juga merupakan daerah ketiga terbesar dalam Bahagian Betong.[5] Terdapat satu daerah kecil yang dibawah daerah Betong iaitu Daerah Kecil Roban.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum Daerah Kabong dinaik taraf ke daerah penuh, ia merupakan salah satu daerah kecil yang dibawah pentadbiran Daerah Saratok yang mempunyai keluasan lebih/kurang 398.14 kilometer persegi (153.7 bt2).[6] Pada era pemerintahan Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan bin Haji Satem atau lebih dikenali sebagai Tok Nan, Daerah Kecil Kabong telah dinaiktaraf kepada daerah penuh dan berpisah sepenuhnya daripada Daerah Saratok.[7] Kini, Daerah Saratok menjadi tinggalan Tok Nan yang bakal mencatatkan dalam sejarah Daerah Kabong.[7]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pekan Kabong.

Daerah Kabong secara keseluruhannya ditadbirkan oleh Pejabat Daerah Kabong dan Majlis Daerah Kabong. Petempatan di Daerah Kabong mempunyai 26 buah rumah panjang Iban dan 27 buah perkampungan Melayu.[8] Kampung-kampung dan rumah panjang di Daerah Kabong dipimpin oleh seorang ketua kaum (ketua kampung; tuai rumah) yang menjadi wakil kepada kerajaan. Daerah Kabong dipimpin oleh seorang pegawai daerah; pemegang jawatan terkini ialah Mohd. Rashdan Bin Haji Hazemi.[9] Dari segi politik, Daerah Kabong mempunyai kawasan pilihan raya negeri tersendiri yang diberi nama yang sama, Kabong yang dibawah parlimen Saratok. ADUN Kabong ialah Mohd Chee Kadir.[10]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan, bancian Malaysia 2010 jumlah penduduk di Daerah Kabong ialah seramai 12,181 orang.[4] Kebanyakannya Penduduk di Daerah Kabong beretnik Melayu, dengan jumlah 9,657 orang, kemudian diikuti dengan etnik Iban (2,170 orang), Cina (205 orang), Melanau (68 orang), Melanau (44 orang), Bumiputera Lain (37 orang), etnik lain-lain (19 orang), Bidayuh (8 orang) dan paling sedikit ialah etnik India, empat orang.[4]

Jumlah penduduk mengikut etnik pada tahun 2010.[4]
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 12,168 Melayu 9,657
2 Iban 2,170
3 Bidayuh 8
4 Melanau 68
5 Bumiputera Lain 37
6 Cina 205
7 India 4
8 Lain-lain 19
9 Bukan warganegara 13 Tiada data 13

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. 7 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  3. ^ a b M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  4. ^ a b c d "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.
  5. ^ "Peta Pentadbiran Bahagian Betong". betong.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Betong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-12. Dicapai pada 20 November 2020.
  6. ^ "Latar Belakang Daerah Saratok". Majlis Daerah Saratok. 2012-03-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2012. Dicapai pada 27 Disember 2014.
  7. ^ a b Annuar Kapok (13 Januari 2017). "Dua tinggalan Tok Nan catat sejarah buat Kabong". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-13. Dicapai pada 20 November 2020.
  8. ^ "Daerah Kecil Kabong". sarawak.com.my. Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-06. Dicapai pada 12 Julai 2005.
  9. ^ "Direktori Staf | Pejabat Daerah Kabong". betong.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Betong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-15. Dicapai pada 15 Julai 2021.
  10. ^ Adibasuf (23 Januari 2020). "Mohd Chee Kadir Terus Aktif Majukan Kawasan di DUN Kabong". sarawaknewsnetwork.com. Sarawak News Network (SNN). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-15. Dicapai pada 15 Julai 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]