Daerah Kapit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Kapit
Transkripsi lain
 • Jawiداءير٥ كاڤيت
 • Cina加帛县
 • Tamilகாப்பிட் மாவட்டம்
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 2°00′43″N 112°56′26″E / 2.012006°N 112.940632°E / 2.012006; 112.940632Koordinat: 2°00′43″N 112°56′26″E / 2.012006°N 112.940632°E / 2.012006; 112.940632
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Kapit
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Kapit dan Pejabat Daerah Kapit
Keluasan
 • Jumlah3,973 km2 (1,534 batu persegi)
Aras
43 m (141 ft)
Penduduk
 • Jumlah36,030
 • Kepadatan9.1/km2 (23/batu persegi)
 • Tempat kediaman
11,711
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
96xxx
Kod kawasan+6084
Plat pendaftaran kenderaanQ

Daerah Kapit (Jawi: داءير٥ كاڤيت: Cina: 加帛县; Tamil: காப்பிட் மாவட்டம்) merupakan sebuah daerah pentadbiran di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1][2] Kawasan pentadbiran ini merupakan sebahagian daripada Bahagian Kapit yang di mana merupakan gabungan daripada empat buah daerah iaitu Bukit Mabong, Belaga, Song dan Kapit dan dua buah daerah kecil iaitu Sungai Asap dan Nanga Merit.[3][4] Daerah Kapit mempunyai penduduk seramai 36,030 orang pada tahun 2020 dengan jumlah keseluruhan isi rumah sebanyak 8,959.[5]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Kapit terletak di bahagian selatan negeri Sarawak dan bersempadan dengan Daerah Tatau dalam Bahagian Bintulu di bahagian utara, Daerah Belaga di bahagian timur laut, Daerah Bukit Mabong di bahagian selatan, Daerah Song di bahagain barat dan Daerah Selangau dalam Bahagian Sibu di bahagian barat laut.[6] Sebagai sebuah daerah pentadbiran dalam Bahagian Kapit, Daerah Kapit terletak di bahagian utara Bahagian Kapit.[6]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1970 51,312—    
1980 35,847−30.1%
1991 55,608+55.1%
2000 56,709+2.0%
2010 55,304−2.5%
2020 36,030−34.9%
Sumber: [5]

Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, kawasan Daerah Kapit mempunyai jumlah penduduk seramai 55,304 orang dengan pecahan jantina iaitu 27,320 orang penduduk merupakan lelaki dan 27,984 orang penduduk lagi merupakan perempuan.[5][7] Terdapat seramai 54,657 orang yang berwarganegara Malaysia dan 647 orang bukan warganegara Malaysia yang tinggal di Daerah Kapit. Bumiputera Sarawak ialah kaum majoriti atau paling banyak yang bermastautin di Daerah Kapit dengan jumlah penduduk mencecah 50,670 orang, yang di mana merupakan gabungan daripada kaum Melayu Sarawak, Iban, Melanau dan Bidayuh dan lain-lain. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, jumlah penduduk bagi setiap kaum ialah 2,067 orang bagi penduduk Melayu, 45,405 orang bagi penduduk Iban, 301 orang bagi penduduk Melanau, 741 orang bagi penduduk Bidayuh dan 2,156 orang bagi penduduk bumiputera lain-lain. Selain itu juga, terdapat 3,824 orang penduduk yang berbangsa Cina dan 95 orang penduduk merupakan bangsa lain-lain yang menetap di Daerah Kapit. Kaum minoriti di Daerah Kapit ialah India yang hanya membentuk jumlah penduduk sebanyak 68 orang sahaja.[5][7] Pada tahun tersebut juga, terdapat sebanyak 12,612 buah isi rumah dan 13,563 buah tempat kediaman iaitu rumah yang terbina di Daerah Kapit.[5][7]

Pada bancian berikutnya iaitu pada tahun 2020, Daerah Kapit mempunyai jumlah penduduk seramai 36,030 orang. Seramai 18,134 orang penduduk merupakan lelaki dan selebihnya merupakan perempuan dengan jumlah sebanyak 17,896 orang.[5] Hampir 99 peratus penduduk yang tinggal di dalam kawasan Daerah Kapit merupakan berwarganegara Malaysia dengan jumlah sebanyak 35,643 orang dah selebihnya penduduk bukan berwarganegara Malaysia dengan jumlah sebanyak 387 orang sahaja yang membentuk satu peratus. Pada tahun tersebut juga, majoriti etnik yang tinggal di Daerah Kapit ialah Bumiputera Sarawak yang membentuk peratus sebanyak 93 peratus. Daripada peratus tersebut, didapati bahawa terdapat seramai 33,110 orang yang merupakan Bumiputera Sarawak. Selebihnya iaitu tujuh peratus, merupakan penduduk yang beretnik Cina yang membentuk jumlah sebanyak 2,482 orang.[5] Terdapat sebanyak 11,711 buah tempat kediaman yang terbina di Daerah Kapit dengan 8,959 buah isi rumah pada tahun 2020.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ @news (7 Mei 2021). "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2021. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  3. ^ rakan07sarawak (2 April 2023). "50 Tahun Kapit. Dahulu dan Sekarang". RAKAN Sarawak. Dicapai pada 20 Julai 2023.
  4. ^ Jabatan Perangkaan Malaysia (2020). "Senarai Daerah Pentadbiran, Mukim dan Pihak Berkuasa Tempatan" (PDF). Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (myCensus 2020). Dicapai pada 24 Februari 2023.
  5. ^ a b c d e f g h "Dashboard Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (MyCenDash) – Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2022. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  6. ^ a b Jabatan Perangkaan Malaysia (14 September 2022). "Kolokium 2022: Pasca Banci 2020: Pengemaskinian Rangka Statistik" (PDF). Institut Latihan Statistik Malaysia, Perak. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  7. ^ a b c "Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim 2010 (PDF)". Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 2011. ISBN 978-983-9044-59-1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-01. Dicapai pada 2019-05-20.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]