Daerah Kecil Sundar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Daerah Kecil Sundar
Map of Lawas District, Sarawak.svg
Daerah Kecil Sundar yang terletak di Malaysia Timur
Daerah Kecil Sundar
Daerah Kecil Sundar
Koordinat: 4°53′19″N 115°12′31″E / 4.8887°N 115.2085°E / 4.8887; 115.2085Koordinat: 4°53′19″N 115°12′31″E / 4.8887°N 115.2085°E / 4.8887; 115.2085
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Limbang
Kerajaan
 • Pihak berkuasa tempatanPejabat Daerah Kecil Sundar
Luas
 • Jumlah183.8 km2 (71.0 batu persegi)
Ketinggian
14 m (46 ft)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah6,261
 • Kepadatan34/km2 (88/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)

Daerah Kecil Sundar ialah sebuah daerah kecil di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Limbang yang merangkumi Limbang, Nanga Medamit, Lawas, Sundar dan Trusan.[2] Pekan pentadbiran bagi daerah kecil ini ialah Sundar. Daerah Kecil Sundar mempunyai keluasan lebih/kurang 183.8 kilometer persegi (18,380.0 he).[3] Ia juga merupakan daerah kecil yang terletak di timur laut Sarawak yang juga bersempadan dengan Daerah Temburong, di Brunei Darussalam.[3]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan, bancian Malaysia 2010 jumlah penduduk di Daerah Kecil Sundar ialah seramai 6,261 orang dengan kepadatan penduduk 34 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[4] Kebanyakannya Penduduk di daerah kecil Sundar beretnik Melayu, dengan jumlah 4,341 orang dan paling sedikit ialah penduduk beretnik India, dua orang.[4]

Jumlah penduduk mengikut etnik pada tahun 2010.[4]
No. Kategori Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia Melayu 4,341
2 Iban 142
3 Bidayuh 10
4 Melanau 14
5 Bumiputera Lain 903
6 Cina 94
7 India 2
8 Lain-lain 42
9 Bukan warganegara Tiada data 713

Ekonomi dan makanan[sunting | sunting sumber]

Kegiatan ekonomi utama yang dijalankan oleh penduduk di Daerah Kecil Sundar adalah nelayan iaitu merangkumi 75% daripada penduduk.[3] Sementara 25% lagi, penduduk menceburi dalam bidang pertanian dan 5% daripada penduduk Daerah Kecil Sundar yang terlibat dalam peniagaan dan lain-lain pekerjaan.[3] Daerah Kecil Sundar juga merupakan tempat yang banyak menternak kerbau. Selain itu, daerah kecil ini juga mempunyai makanan istimewa tersendiri, yakni ikan tahai yang sukar sekali diperoleh di luar kawasan daerah Limbang dan Lawas.[3] Ikan tahai telah menerima permintaan yang tinggi dari Limbang serta Brunei Darussalam. Harga ikan tahai dijual pada harga RM15.00 untuk satu kilogram dan mampu mencecah RM25.00 pada musim tengkujuh.[5]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Kecil Sundar merupakan salah satu daerah kecil di Sarawak. Daerah Kecil Sundar juga mempunyai poskod tersendiri iaitu 98800. Pejabat Daerah Kecil Sundar merupakan pihak berkuasa tempatan yang mentadbir keseluruhan kawasan, kampung serta bandar di Daerah Kecil Sundar. Terdapat dua piluh kampung di bawah Daerah Kecil Sundar.[3] Di sini juga, terdapat Pos Imigresen yang berfungsi sebagai pintu masuk antarabangsa Malaysia dan Brunei.[3]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Sundar merupakan daerah kecil yang paling kecil di Daerah Lawas. Berjiran dengan Daerah Temburong di barat dan sempadan negeri Sabah di timur. Ciri-ciri pandang barat fizikal yang terdapat di sini ialah Sungai Sundar. Satu projek pembangunan tebingan sungai dan jeti Sundar yang akan merubah wajah Sundar dan bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi dan sosial.[6]

Perhubungan[sunting | sunting sumber]

Sundar dihubungkan dengan menggunakan jalan darat ataupun sungai. Perjalanan menggunakan jalan darat akan mengambil masa kira-kira 30 minit melalui jalan sepanjang 30 kilometer (18.6 bt) dari Pekan Lawas ataupun 13 kilometer (8.1 bt) dari Pekan Trusan. Kemudahan awam seperti bas dan teksi disediakan bagi sesiapa yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke Daerah Kecil Sundar.[3]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan di Daerah Kecil Sundar sangatlah baik. Ia mempunyai sebubuah klinik kesihatan. Selain itu, fungsi petempatan Sundar ialah bandar pendidikan yang menawarkan pendidikan sekolah rendah hingga sekolah menengah. Sekolah di Daerah Kecil Sundar ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sundar, Sekolah Kebangsaan Sundar, Sekolah Kebangsaan Kampong Lintang, Sekolah Kebangsaan Luagan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Soon Hwa.[7] Bekalan air diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya manakala bekalan elektrik diuruskan oleh Syarikat SESCO Berhad. Perkhidmatan pos diuruskan oleh Pos Malaysia.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  3. ^ a b c d e f g h i "Know Your Sub-District | Daerah Kecil Sundar". sarawak.com.my. Rangkaian Khidmat Awam Negeri Sarawak. November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-06. Dicapai pada 20 November 2003.
  4. ^ a b c "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.
  5. ^ Syafik Shukri Jalil (29 Ogos 2019). "Ikan tahai sumber laut terkenal di Lawas". astroawani.com. Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-29. Dicapai pada 30 Disember 2019.
  6. ^ Mastura Ismail (17 Mac 2017). "Daerah kecil Sundar bakal berubah wajah". Utusan Borneo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-12. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  7. ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (10 Julai 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia". moe.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.CS1 maint: date and year (link) (Data sekolah pada 30 Jun 2020).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]