Daerah Lingga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lingga
Daerah Kecil Lingga
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSri Aman
Pekan pentadbiranLingga
Pentadbiran
 • BadanPejabat Daerah Kecil Lingga
Keluasan
 • Jumlah365 km2 (141 batu persegi)

Daerah Kecil Lingga


Daerah Kecil Lingga yang terletak di Bahagian Sri Aman, mempunyai keluasan 365 batu persegi dan boleh dihubungi melalui jalan darat.Dalam daerah kecil ini terdapat sebuah pekan kecil yang sentiasa menjadi tumpuan penduduk sekitarnya iaitu Pekan Lingga yang terletak sejauh 50 kilometer dari bandar Sri Aman bersamaan selama kira-kira 50minit perjalanan menggunakan jalan raya.

Selain itu, kawasan ini juga boleh dihubungi melalui jalan air dengan menggunakan bot iaitu dari Lingga ke Ulu/Banting dan Engkeranji. Pekan Lingga yang terletak di pinggir Batang Lupar merupakan sebuah pekan nelayan yang terkenal dengan spesis ikan bermutu tinggi yang sering menjadi sebutan orang luar iaitu ‘Terubok Lingga’. Di sini, ikan terubok dijual dengan harga di antara RM18 hingga RM24 sekilogram.


Dahulunya penduduk Lingga terkenal dengan taat setianya semasa pemerintahan Raja Brooke seperti Abang Husin b. Abang Hassan sehingga diberi gelaran ‘Lela Pahlawan’. Gelaran itu kekal sehingga sebuah sekolah rendah di Lingga dinamakan sempena nama ‘Lela Pahlawan’.


Aktiviti Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Majoriti penduduk di Daerah Kecil Lingga mengamalkan kegiatan pertanian sebagai sumber pendapatan utama mereka. Seramai 53% daripada mereka menanam padi, 37% menanam dan menjual lada, 10% menangkap ikan dan ada juga segelintir kecil yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan, menjadi peniaga runcit, menjual getah, damar, rotan dan sebagainya untuk pendapatan tambahan.



Kemudahan Asas[sunting | sunting sumber]

Bekalan elektrik juga telah diwujudkan di daerah kecil ini yang mana sehingga hari ini kira-kira 312 buah rumah termasuk rumah panjang telah menikmati bekalan elektrik, sementara yang lain masih menggunakan set generator.Sebanyak 300 buah rumah dan rumah panjang juga telah disediakan dengan bekalan air paip yang telah dirawat bagi kemudahan penduduk. Seperti juga kawasan yang lain, infrastruktur telekomunikasi turut disediakan di sini yang mana setakat ini telah memberi kemudahan kepada 169 pemilik persendirian dan agensi kerajaan.

Tarikan Untuk Pengunjung[sunting | sunting sumber]

Daerah Kecil Lingga terkenal dengan mitos Gunung Lesong di Ulu Lingga yang mempunyai ketinggian kira-kira 3,000 kaki. Salah satu daripadanya ialah kepercayaan penduduk bahawa jika seseorang berdoa di puncaknya, doanya akan menjadi realiti. Misalnya, sembuh daripada penyakit.Penduduk sekitar juga mempercayai bahawa Gunung Lesong mempunyai ‘penjaga’ sehingga ke hari ini.Di Pekan Lingga, pengunjung juga boleh memerhatikan keunikan sebuah tiang bendera yang diperbuat daripada kayu belian setinggi 100 kaki. Tiang ini telah dihasilkan oleh penduduk tempatan semasa pemerintahan Raja Brooke.


Statistik Daerah Kecil Lingga[sunting | sunting sumber]

Keluasan 365 batu persegi , Bilangan Penduduk 4,580 orang. Komposisi Penduduk Iban (60%), Melayu (30%), Cina (7%), lain-lain (3%). Bilangan Kampung 3 kampung Melayu (300 buah rumah) dan 39 rumah panjang (644 pintu).Aktiviti ekonomi 53% menanam padi, 37% menanam dan menjual lada, 10% menangkap ikan. Kemudahan asas Elektrik (312 rumah dan rumah panjang), air paip (300) rumah dan rumah panjang) telefon (169 pemilikpersendirian dan agensi kerajaan) dan 5 buah sekolah rendah. Agensi Kerajaan Klinik Kesihatan, Balai Polis, POS Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pertanian, Jabatan Hutan dan Majlis Tempatan Pengangkutan Utama Jalan darat (bas, van dan kereta) dan sungai (bot).


Etnik di Lingga
Etnik percent
Iban
  
60%
Melayu
  
30%
Cina
  
7%
Lain-Lain
  
3%