Kita Jaga Kita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Kita Jaga Kita"
Lagu oleh Altimet, Cuurley dan Malik Abdullah
daripada album Ejen Ali the Movie: Original Motion Picture Soundtrack
Diterbitkan[1]
Dilancarkan pada24 Oktober 2019 (2019-10-24) (video di akaun rasmi Youtube)[1]
StudioMonster Village[1]
FormatMuat turun digital
GenreTekno
Panjang3:41
Penulis seni kata
  • Altimet
  • Bo Amir Iqram
[1]
Video lirik
Kita Jaga Kita - Altimet x Cuurley x Malik Abdullah Lyrics Video (Ejen Ali The Movie OST) di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Kita Jaga Kita" merupakan sebuah lagu dari sebuah filem 2019, Ejen Ali: The Movie, yang ditulis oleh Altimet dan Bo Amir Iqram. Lagu ini juga dinyanyikan oleh Altimet dan dua lagi penyanyi iaitu Cuurley dan Malik Abdullah.[1]

Lagu ini mula ditayangkan secara perdana di akaun rasmi Ejen Ali di YouTube pada 25 Oktober 2019.[1] Lagu ini banyak dimainkan dalam treler acah filem selain lagu "Bukalah Matamu".

#KitaJagaKita[sunting | sunting sumber]

"Kita Jaga Kita" mendapat 7.6 juta tontonan setakat 16 Oktober 2021.[1] Ketika bermulanya pandemik COVID-19 di Malaysia pada awal Mac 2020, tagar #KitaJagaKita menyohor kini sempena tajuk lagu ini. Kejadian ini juga mewujudkan satu laman web khas untuk melawan penularan COVID-19 di Malaysia dengan menggunakan URL dengan tajuk yang sama.[2][3]

Altimet yang merupakan salah seorang penyanyi lagu ini bersama Cuurley dan Malik Abdullah, berasa terharu kerana lagunya menjadi pilihan kerajaan Malaysia sebagai lagu tema untuk melawan COVID-19.[4]

Selain itu, variasi tagar tersebut juga wujud seperti #RakyatJagaRakyat yang memperlihatkan ketidakpercayaan sesetengah rakyat Malaysia kepada pihak kerajaan yang dikatakan sambalewa dalam pengurusan pandemik COVID-19 dan seterusnya membahayakan rakyat secara amnya.[5] Sebuah lagi variasi, #SiswaJagaSiswa juga tular pada awal Oktober 2020 yang bertujuan sebagai wadah penyaluran bantuan kepada golongan pelajar institut pengajian tinggi (IPT), terutamanya pelajar baharu yang terkandas susulan keputusan mengejut Kementerian Pengajian Tinggi agar pihak IPT menangguhkan pendaftaran secara fizikal bagi pelajar untuk kemasukan ke kampus IPT pada masa itu.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g Kita Jaga Kita - Altimet x Cuurley x Malik Abdullah Lyrics Video (Ejen Ali The Movie OST) (Youtube). 25 Okt 2019.
  2. ^ "#kitajagakita - Malaysians helping Malaysians fight Covid-19". #kitajagakita (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-05-28.
  3. ^ "How a Malaysian author and a group of volunteers created the #kitajagakita initiative | The Star" (dalam bahasa Inggeris). 3 Apr 2020. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  4. ^ Rahman, Ridzuan Abdul (2020-04-18). "Altimet terharu Kita Jaga Kita jadi pilihan". Dicapai pada 2020-05-28.
  5. ^ Ong, Justin (3 Oktober 2020). "Fury erupts online over ministry's move to delay physical student intakes at public universities". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Oktober 2020.
  6. ^ "#SiswaJagaSiswa: Twitter dibanjiri bantuan kepada pelajar terkandas". Astro Awani. Dicapai pada 3 Oktober 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]