Kampung Sungai Pergam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Sungai Pergam merupakan sebuah kampung yang terletak di Bagan Datoh, Perak Darul Ridzuan.

Terdapat 5 jalan utama di dalam kampung ini, yang masing-masingnya disebut 'parit' setiap satu, iaitu Parit 1, Parit 3, Parit 5, Parit 7 dan Parit 9. Terdapat juga tambahan 2 jalan iaitu Parit 4 dan Parit 11, namun kedua-duanya ini hanyalah jalan ke kebun dan sampingan semata-mata.

Pada asalnya, kampung ini dikenali sebagai Kampung Indah Damai Sungai Pergam, dan untuk kependekan, penggunaan Kampung Sungai Pergam sebagai nama rasmi kampung dipersetujui dan digunapakai sehingga sekarang. Kampung ini mempunyai kapasiti pendudukan sehingga 500 penduduk setakat ini, dan merupakan salah satu kampung terindah dalam kawasan Bagan Datoh.