Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
كمنترين ڤرداڬڠن انتارابڠسا دان ايندوستري
Coat of arms of Malaysia.png
Kerajaan Malaysia
MITI Logo.png
Logo Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
Gambaran keseluruhan
Dibentuk 31 Ogos 1957; 61 tahun yang lalu (1957-08-31)
Jenis Kerajaan
Ibu pejabat Menara MITI, No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur
Kakitangan 958 (2018)
Belanjawan tahunan MYR 1,707,208,700 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
  • Isham Ishak, Ketua Setiausaha
Tapak web www.miti.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Tulisan Jawi: كمنترين ڤرداڬڠن انتارابڠسا دان ايندوستري) ialah sebuah kementerian di bawah kerajaan persekutuan Malaysia. Kementerian ini diberi tanggungjawab menyelia kegiatan perdagangan yang dijalankan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa seperti import dan eksport selain menyelaras kegiatan dan dasar-dasar perindustrian negara ini. Dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur, ia merupakan satu-satunya kementerian yang tidak berpindah ke pusat pentadbiran baru kerajaan persekutuan, Putrajaya. Hal ini berikutan keputusan kerajaan mengekalkan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan, ekonomi dan perindustrian kebangsaan.

Kementerian ini yang ditubuhkan bermodelkan kementerian yang sama di Jepun mengetuai usaha-usaha penggalakan pelaburan asing di Malaysia melalui Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, agensi yang dipertanggungjawabkan kepadanya yang mempunyai pejabat di beberapa buah negara dagang utama Malaysia, seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia, United Kingdom dan Jerman. Selain itu, kakitangan MITI yang diketuai oleh seorang menteri mewakili negara ini dalam rundingan berkaitan perjanjian-perjanjian perdagangan dengan negara asing seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

Kementerian ini kini diketuai oleh Darell Leiking.

Jabatan/Agensi[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]