Amar Baharin: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
IslamBro (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 110: Baris 110:
|
|
|-
|-
| rowspan="6" style="text-align:center;"| 2011
| rowspan="7" style="text-align:center;"| 2011
| ''Laila Manja''
| ''Laila Manja''
| Manja/Malik
| Manja / Malik
|
|
|-
| ''Terowong: Alam Lain''
| Lan
|
|-
|-
| ''Mimi Mencari Cinta''
| ''Mimi Mencari Cinta''

Semakan pada 10:04, 1 Mac 2019

Amar Baharin
Kelahiran
Amar bin Mohd Baharin

(1985-07-01) 1 Julai 1985 (umur 38)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2004, 2008–kini
PasanganAmyra Rosli (k. 2016)
Anak-anak1

Amar bin Mohd Baharin lebih dikenali sebagai Amar Baharin (lahir 1 Julai 1985)[a] ialah seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seninya sebagai model sambilan dan menyertai program pencarian bakat Anak Wayang pada April 2009.[1] Nama beliau semakin dikenali kerana drama rantaian slot Akasia TV3 Kerana Terpaksa Aku Relakan dengan memegang watak sebagai Tajul Razin.

Kehidupan awal

Amar Baharin dilahirkan pada 1 Julai 1985 di Kajang, Selangor. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik, mempunyai darah kacukan Arab, Thai dan Melayu. Amar bersekolah di SMK Bukit Bandaraya dan Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan. Beliau juga merupakan lulusan jurusan kejuruteraan elektrik di UiTM kampus Shah Alam.[2][3]

Kerjaya

Pada 2008, Amar Baharin memulakan kerjaya lakonan profesional menerusi peranan kecil dalam siri drama Sofea Zahra yang bersiaran di Astro Ria.

Pada 2009, Amar menyertai rancangan realiti TV Astro Ria, Anak Wayang di mana beliau merupakan salah seorang pesertanya, menerusi rancangan inilah beliau mengenali Dayana Roza, Feeya Iskandar, Hairi Safwan, Lan Siro, Afzan A. Rahman, Hafiz Halim dan Alex Yanz yang menjadi peserta rancangan itu. Sepanjang bersama Anak Wayang, Amar terpilih membintangi drama Kecuali Cintamu di mana beliau memegang watak sebagai seorang mekanik.

Pada tahun yang sama, Amar melakonkan peranan Ashraf dalam siri drama Kau dan Aku yang diadaptasi dari telenovela Velenzuela, Somos Tu y Yo dan dibintangi oleh bintang Akademi Fantasia, beliau melakonkan kembali peranannya dalam musim kedua siri itu.

Pada 2011, Amar membintangi telefilem pertamanya, Prebet Jamilah 2 yang merupakan kesinambungan daripada telefilem 2010 dengan judul sama yang dibintangi oleh Scha Al-Yahya, juga pada tahun yang sama, beliau bekerja sekali lagi dengan Scha menerusi drama Kelaaas Kau Maria!! dan telefilem Mimi Mencari Cinta.

Amar melakonkan peranan pembantu sebagai Rosman dalam siri drama seram Khurafat The Series yang diadaptasi dari filem Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011) arahan Syamsul Yusof, drama itu dibintangi oleh Zahiril Adzim dan Nora Danish.[4] Beliau juga muncul dalam telefilem Patah Seribu yang dibintangi oleh Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad.

Beliau membintangi dalam telefilem untuk siaran Astro First Eksklusif bertajuk Anugerah Dendam Yang Terindah (2013) arahan Mohd Feroz Abd Kadir dan dibintangi oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, Amar melakonkan watak sebagai adik bongsu kepada Azman yang bernama Aril, yang menuruti kehendak ibunya, dan kemudiannya ditunangkan dengan Izatul hingga terbabit dalam nahas jalan raya dan lumpuh.

Juga pada 2013, beliau membuat penampilan filem pertamanya menerusi filem sejarah patriotik arahan Shuhaimi Baba bertajuk Tanda Putera yang mana beliau memegang watak sebagai Tengku Razaleigh Hamzah. Ia merupakan satu-satunya filem lakonan beliau di dalam kerjaya lakonannya.

Pada 2014, Amar diberi peranan sebagai Tajul Razin dalam siri drama waktu perdana TV3, Kerana Terpaksa Aku Relakan yang dibintangi bersama Izreen Azminda, diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Umie Nadzimah. Beliau juga muncul dalam beberapa drama lain termasuk Kristal Maya dan Bila Hati Telah Hitam.

Pada tahun berikutnya, Amar terlibat dalam pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang diadaptasi daripada novel 1938 dengan judul sama karya sasterawan Indonesia, Hamka. Juga pada 2015, beliau membintangi drama Tersuka Tanpa Sengaja bersama teman wanitanya ketika itu, Amyra Rosli (kini menjadi isterinya), Emma Maembong dan Hafreez Adam, yang diadaptasi daripada novel 2014 dengan judul sama nukilan Pena Kayu.

Beliau bergandingan bersama Siti Elizad dalam siri drama waktu perdana Astro Ria, Si Kolot Suamiku yang mana beliau memegang watak sebagai Tengku Ehsan. Bagaimanapun, lakonan mesra antara Amar dan Elizad didalam drama itu telah mengundang rasa kurang senang sesetengah penonton kerana status Elizad sebagai isteri orang.

Bermula 2 April 2018, Amar memegang watak utama bersama Mawar Rashid dalam siri drama waktu perdana Kalis Kasih untuk siaran di Slot Samarinda di TV3.

Kehidupan peribadi

Amar mula menjalin hubungan dengan pelakon baharu dalam bidang lakonan, Amyra Rosli ketika sama-sama membintangi drama Suamiku Encik Sotong. Mereka pertama kali bekerja sama dalam drama Kalimah Jiwa, diikuti oleh Tersuka Tanpa Sengaja. Mereka bertunang pada September 2016 dan berkahwin dua bulan kemudian, iaitu pada 11 November.[5] Pada 15 Oktober 2017, Amar dan Amyra dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aqeef Anaqi Amar.

Filemografi

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2013 Tanda Putera Tengku Razaleigh Hamzah Shuhaimi Baba Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Sofea Zahra Astro Ria
2009 Kau dan Aku Ashraf
2010 Geng Surau Daud Astro Oasis
Mayang Mengurai Khalif TV3
Kau dan Aku Musim 2 Ashraf Astro Ria
Janji Kekasih Azmi TV3
2011 Laila Manja Manja / Malik
Terowong: Alam Lain Lan
Mimi Mencari Cinta Haziq Astro Warna
Kelaaas Kau Maria Astro Ria
Darling Za Poyo Astro
Khurafat The Series Rosman Astro Ria
Tanah Kubur Musim 1 Astro Oasis Episod: "Syurga Bonda"
2012 Geng Surau Musim 2 Daud Astro Oasis
Naziha Akmal TV3
Atas Nama Cinta Andi TV3
Teksi Merah Jambu Aliff TV1
2013 Demi Dia Nazri TV3
Cikgu Kemisah Kirkby Nizam TV2
Nur Khalifah Yusuf TV2
Sehangat Asmara Rudy Astro Mustika HD
Bangkitnya Seorang Perempuan Luqman TV3
Tanggang Ayu Khalid Astro Prima
Tanah Kubur Musim 6 Farid Astro Oasis Episod: "Dosa Karib"
Mencintaimu[6] Rizuan TV2
2014 Kerana Terpaksa Aku Relakan Tajul Razin TV3
Pelangi Petang Farid TV1
Kalimah Jiwa Afiq TV3
Dan Calonnya Adalah: Episod 20 Kamil Tonton
Kristal Maya Syukri TV3
Tanah Kubur Musim 12 Azmin Astro Oasis Episod: "Hati Hitam"
Suamiku Encik Sotong Tengku Izhan Astro Ria
2015 Bila Hati Telah Hitam Ustaz Syafik Astro Oasis Episod: "Riak"
Cik Bunga Dan Encik Sombong Harris Isqandar Astro Prima
Alif Imani Rafiq TV9
Sayap Jibril: Melangkau Jibril Adib Astro Oasis
Tersuka Tanpa Sengaja Dr. Syed Arif Astro Ria
2016 Akadku Yang Terakhir Irham Zahri Astro Prima
Si Kolot Suamiku Kudin/Tengku Emran Astro Ria
2017 Jadikan Aku Yang Kedua Thaqif Aswad Astro Oasis
Masam Manis Param Astro Ria
Cinta Di Langit Cardiff Ashraf TV2
2018 Ketika Cinta Merintih
Mr London Ms Langkawi Ijam Astro Warna
Kalis Kasih Khair TV3
Solat: Maafkan Aku Tuhan Akhbar TV3
2019 Detak Cinta Stetoskop Dr Razlan TV Okey
Jodoh-jodoh Annisa Rizal Astro Prima

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Ekspress Dania Sharkawi Astro Ria
Prebet Jamilah 2
InsyaAllah Astro Oasis
2012 Patah Seribu Sun Khai Astro Ria
Getaran Jiwa Amar TV1
Mencintaimu Zaim TV
Kerana Dia Anakku Badrul TV3
Jambatan ke Syurga Zaki Astro Oasis
Pontianak Masih Beraya Di Kg Batu Amran Astro
Pelesit Kamal Astro Ria
2013 Ramadhan Jangan Ambil Nyawaku Johari TV1
Anugerah Dendam Yang Terindah Aril Astro First Eksklusif
Aku Bukan Malaikat TV3
Jihan Tak Nak Balik Beraya Emir Astro
2014 Cinta Kapcai Roslan TV1
Abang Samseng Jemur Kain TV3
Nur Syuhada Sahir TV AlHijrah
Alahai Abah Azrul RTM
Sesuci Cintamu[7] Azman RTM
2015 Shopaholic Astro Box Office
Bila Hujan TV2
Hujan Pagi Busu Astro Prima
Jodoh Ke Uolls Tajul Razin TV3
Aku Nak Kahwin Raya Ni Mahmud Astro Ria
Cik Bunga Encik Sombong Beraya Bertiga Harris Isqandar Astro Prima
Pengantin 3 Jam Rizman Astro Ria
Jalan Singkat Ke Syurga AJ Astro Oasis
2016 Tersuka Tanpa Sengaja Raya Dr. Syed Arif Astro Ria
Akadku Yang Terakhir Raya Irham Zahri Astro Prima
Usetat Paan RTM
2017 Hanya Aku TV3
Mat Kental
Dalam Dakapan Bidadari Murshid
Pentas Haiwan Astro Citra
Aku Mahu Hidup Astro
2018 Daffodil Lara Hairi TV2
Bebaskan Anak Kita Razak TV3
Janin Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Anak Wayang Peserta Astro Ria
2011 Terokai Korea Bersama Air Asia X Dirinya sendiri Astro Ria
2013 Siti Ooo... Som Dirinya sendiri Astro Ria
2013 & 2014 Betul ke Bohong? Astro Warna Musim 4 & Musim 5 (Ep 11 & Ep 9) Game Show
2014 Bikin Panas TV9
2015 Diva TV9 Musim 1
Karok La Kau Astro
Ketuk-Ketuk Ramadhan RTM TV1 Masakan
Tunggu Sekejap TV3 Bual Bicara
2016 Dapur 2 Pintu Astro Prima Masakan
2017 Projek Theme Park Astro Ria Musim 1 Ep 7 Travelog
The Adventures of Aqeef AmyrAmar Astro Ria
2018 Jom Berbuka Dirinya sendiri TV3

Teater

Tahun Tajuk Watak Rujukan
2013 Akulah Peguam [8]
2015 Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Zainuddin [9]
2016 Zombie LaLaLa Z-Capt Cook [10][11]

Dokumentari

Tahun Tajuk Penerbit Catatan
2014 Pemeriksaan Awal Kanser Mulut Kementerian Kesihatan Malaysia Dokumentari pendek

Iklan komersial

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Rujukan
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Pelakon TV MeleTOP Tercalon [12]
Anugerah MeleTOP Era 2015 Drama TV MeleTOP Kerana Terpaksa Aku Relakan Tercalon [13]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon [14]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Gandingan Serasi di Layar (bersama Izreen Azminda) Tercalon [15]
Anugerah Melodi 2014 Artis Lelaki Pilihan Tercalon [16]
Anugerah Buku Negara 2015 Anugerah Telenovela 2015 Kategori Artis Lelaki Amar Baharin (Cik Bunga Encik Sombong) Tercalon [17]
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Pelakon TV MeleTOP Tercalon[18]
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Drama TV MeleTOP Cik Bunga Encik Sombong Tercalon[19]
2016 Anugerah Seri Angkasa 2016 Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik Amar Baharin (Hujan Pagi) Tercalon [20]
2017 Malam Throwbaek Drama Hero Throwbaek Amar Baharin (Si Kolot Suamiku) Tercalon
2017 Malam Throwbaek Drama Kapel Throwbaek Amar Baharin & Siti Elizad Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Lelaki Popular Amar Baharin Tercalon

Catatan

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan penyanyi Allahyarham Achik Spin yang tiga lebih tua daripadanya.

Rujukan

  1. ^ Senarai Nama 25 Peserta Anak Wayang Astro Sensasi Selebriti (29 Mei 2009). Dicapai pada 24 Ogos 2015.
  2. ^ Biodata Amar Baharin Melvister. Dicapai pada 30 Ogos 2014.
  3. ^ Rezeki lakonan melimpah ruah Harian Metro. Diperoleh pada 24 Ogos 2015.
  4. ^ Abdul Aziz Itar (11 Julai 2011). Khurafat The Series yakin lulus LPF Utusan Malaysia. Diperoleh pada 21 Julai 2011.
  5. ^ Kemalia Othman (11 November 2016). Amar Baharin & Amyra Rosli Akhirnya Bergelar Suami-Isteri mStar. Dicapai pada 11 November 2016.
  6. ^ http://www.budiey.com/drama-mencintaimu-lakonan-intan-ladyana/
  7. ^ http://www.budiey.com/nelydia-senrose-cintai-pemuda-mualaf-dalam-drama-sesuci-cintamu/
  8. ^ http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TeatercabarwibawaAmar//Article/
  9. ^ http://era.fm/Mobile/Zon-Interaktif/Interaktif/Gosip-Mossip-Mak-Jemah-GMMJ/Amar-Baharin-Galas-Tugas-Berat
  10. ^ https://www.facebook.com/ctraproduction/photos/a.713039182061601.1073741833.688816534483866/1074791969219652/?type=3
  11. ^ http://www.hmetro.com.my/node/102705
  12. ^ http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/146192/Senarai-Pencalonan-Fasa-Kedua-Anugerah-MeleTOP-Era.aspx
  13. ^ http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/146192/Senarai-Pencalonan-Fasa-Kedua-Anugerah-MeleTOP-Era.aspx
  14. ^ http://www.abpbh.com.my/blog/2015/02/finalis-kategori-utama-abpbh-2014
  15. ^ http://www.abpbh.com.my/blog/2015/02/finalis-kategori-online-abpbh-2014
  16. ^ http://www.tv3.com.my/melodiraya
  17. ^ https://m.facebook.com/bookaward/albums/768811236561002/
  18. ^ http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/161312/Senarai-Penuh-Top-5-Anugerah-MeleTOP-Era-2016.aspx
  19. ^ http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/161312/Senarai-Penuh-Top-5-Anugerah-MeleTOP-Era-2016.aspx
  20. ^ http://asa2016.rtm.gov.my/

Pautan luar