Eyka Farhana: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Membatalkan semakan 4731689 oleh 49.150.146.239 (Perbincangan)
Teg: Buat asal
Kyra Zahirah (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 220: Baris 220:
| Nina Suraya
| Nina Suraya
| style="text-align:center;"|
| style="text-align:center;"|
|-
| rowspan="3" style="text-align:center;"|2020
| ''[[Budak Tebing]]''
| Ira
| style="text-align:center;"|TV3
|-
|-
|}
|}

Semakan pada 10:07, 13 Mac 2020

Eyka Farhana
Kelahiran
Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi

(1995-02-03) 3 Februari 1995 (umur 29)
PekerjaanPelakon, pengacara, model, penyanyi
Tahun aktif2011–kini
EjenA Klasse Management Sdn. Bhd. (2015-2017)[1]
Mind Order Sdn. Bhd. (2017-kini)

Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi (lahir 3 Februari 1995) atau lebih dikenali sebagai Eyka Farhana merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2011 dan terkenal dengan drama TV lakonan termasuk Juvana, Bunga-Bunga Syurga, Ema Emyliana dan Istikharah Cinta.[2] Selain itu, wajahnya dikatakan agak seiras dengan pelakon Fazura.[3]

Beliau sebelum ini di bawah pengurusan A Klasse Management milik Asyraf Khalid, anak tiri kepada penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza,[1] kini di bawah pengurusan Mind Order Talents.[4]

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan sebagai Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi pada 3 Februari 1995 di Ampang, Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik dan berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[5]

Kakak sulungnya, Wan Anis Farhana yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), meninggal dunia pada 23 Ogos 2017 pada usia 24 tahun.[6] Selain itu, beliau menjadikan pelakon Fazura sebagai idolanya dalam bidang lakonan.[7][8]

Eyka dikejarkan ke hospital pada 15 Mei 2019, dipercayai mengalami kesakitan di bahagian perut. Beliau menerima rawatan di sebuah hospital swasta dan baru saja selesai melakukan ujian ultra bunyi.[9] Eyka membuat keputusan untuk menangguhkan pembedahan yang sepatutnya dilakukan bagi mengubati masalah kesihatan dihadapi di bahagian perut. Ia dilakukan atas kebenaran pihak doktor bagi membolehkan beliau menghabiskan penggambaran drama Cinta Itu Fairytale.[10]

Kerjaya

Pada usia 16 tahun, beliau mula menerjah ke bidang lakonan pada 2011 dengan hasrat untuk membantu keluarganya.[11] Bakat beliau mula dikesan sebaik saja melakonkan watak tambahan dalam drama TV3, Gemilang. Eyka membintangi drama Juvana yang juga bersiaran di TV3, beliau memegang watak sebagai Nadia, seorang pembantu kantin di Sekolah Juvana Wira Bakti. Beliau juga terkenal dengan watak sebagai Ema dalam siri drama Ema Emyliana, selain itu beliau turut berbakat dalam pengacaraan apabila mengacarakan rancangan travelog Pada Suatu Ketika di TV1.[12] Biarpun seringkali dikecam kerana berpenampilan yang terlalu seksi, namun itu tidak menghalang Eyka untuk terus berjaya dalam bidang lakonan.[13][14]

Kerjaya muzik Eyka bermula dengan pelancaran single promosi pertama beliau, "Laki-Laki" dikeluarkan pada 28 Jun 2019.[15]

Ia telah diumumkan pada September 2019 yang beliau kembali menjayakan filem Polis EVO 3 arahan Syafiq Yusof. Turut kembali beraksi dalam filem itu ialah Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Nora Danish.[16]

Peranan lain

Pada Jun 2017, Eyka bersama Aiman Hakim Ridza, Maria Farida, dan Anne Abdullah dilantik sebagai Duta Habib Jewel Syawal. Beliau bertanggungjawab untuk mempromosikan koleksi barang kemas Habib sempena Hari Raya Aidilfitri.

Kontroversi

Pada September 2017, satu penyebaran rakaman video lucah yang mengaitkan beliau menjadi tular di media sosial.[17] Rakaman video tersebut mendapat lebih daripada 11 ribu tontonan di YouTube, Eyka membuat laporan polis berhubung kes itu.[18][19]

Beliau sekali lagi menjadi subjek kemarahan umum apabila gambarnya bercumbu dengan pelakon Janna Nick menerima kecaman warganet yang menyifatkan mereka seolah-olah mempromosikan LGBT.[20][21]

Filemografi

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2015 Jengka Aqish Nyon Othman
Ramdan Che Hassan
Filem pertama
Polis EVO Yati Ghaz Abu Bakar
Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan[22] Nadia Faisal Ishak
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir
2019 Autumn in Wales Filem dan drama yang belum dikeluarkan Aira Rahila Ali Pos-produksi
Safari Mall Filem dan drama yang belum dikeluarkan Farah
2020 Polis EVO 3 Filem dan drama yang belum dikeluarkan Yati Syafiq Yusof Dalam pembangunan

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Gemilang TV3
Juvana Nadia
Ramadhan Terakhir Anna
2012 Naik Lif Turun Tangga Suhaila
Bunga-Bunga Syurga Emilia
Mencari Atirah TV1
Citra Juwita Juwita TV9
2013-15 Ema Emyliana Ema/Emyliana TV3
2013 Ayam Saleha
Asmara Luna Rania
2014 Istikharah Cinta Atikah
Papa Chef Aina TV1
2016 Uda Dan Dara Nija Astro Prima
Bodyguard Yasmin TV3
Cinta Macarons Alin TV2
Ketupat Palas Mr. Handsome Umi TV3
Atok VS Opah Nak Raya Mila TV1
2017 Sumpah Ibu Suraya TV9
Bahagia Kasihmu Tasnim TV3
Kisah Yang Hilang Suri Bakawali
Red Velvet Kila Astro Ria
2018 Halalkan Hati Yang Ku Curi Eyka TV3
Air Mata Di Bumi Matador Paloma TV2
Banteras Astro Ria
Ghaib Jessica Tonton
2019 Sara Kirana Elly TV1
Bukan Cinta Aku Nida TV3
Nota Buat Cempaka Cempaka Elina TV1
Disisimu Aku Nurin Saqeena Salam HD
Cinta Itu Fairytale Nina Suraya
2020 Budak Tebing Ira TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Sejadah Kaabah Izah TV3
Nur Ain Ain
2012 Jatuh Cinta Tasha
Puteri Pulau Tuba Ain TV2
Diba Benci Abah Diba Astro Ria
Miang Buluh Keladi Birah Fara TV3
2013 Laksam Girl Dahlia Astro Ceria
Anak Lorong TV3
Akhirnya Kisah Perempuan Elina TV2
Super Gameboy Raihana Astro Ceria
Pengancam Perkahwinan Astro Ria
2014 Aising Dan Ceri
Dia Ayahku TV AlHijrah
Kakak Yanti TV3
Aki Bangku TVi
2015 Mahar Cinta Alia Natasha TV3
Aku Mahu Ke New York Fazura Astro Ceria
2016 Menanti Pelangi TV1
Bujang Terlajak Senang Mastura TV9
Minit Terakhir
Ustaz Korea Sebelah Rumah Natrah Astro Ria
Qaseh Leyla Leyla TV2
Sepatu Tinggi Medina Medina HyppTV
2017 Tesis Cinta Untuk B Baby TV2
2018 Roni World Cup Wani Astro Warna
Romeo vs Juliet Julie ntv7
Kembalikan Sinarnya Julia TV3
Pengantin Lari Culik Artis Shanie Astro Citra
2019 Kau Selalu Dihatiku Lina TV1
Batik Zakiah Zakiah (muda) TV3
Terkoyak Langit Cinta Julia
Suka Dia Ya Suka Dia Tak Dani

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Pada Suatu Ketika Pengacara TV1
2016 Dalang Prank Artis jemputan Astro Warna
2017 Jalan-Jalan Bazaar Ramadan TV1 Episod 1

Diskografi

Single
Tahun Tajuk
2019
"Laki-Laki"

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2019
Anugerah Skrin 2019
Pelakon Wanita Terbaik Drama Batik Zakiah Tercalon

Rujukan

  1. ^ a b Zaidi Mohamad (23 September 2015). "Artis ternama sertai pengurusan A Klasse". Berita Harian. Dicapai pada 2015-10-01.
  2. ^ "Profil Eyka Farhana". Azhan.co. 17 Mei 2016. Dicapai pada 1 Jun 2016.
  3. ^ Siti Athirah Dzulkifly (10 Mei 2015). "Saya pernah buat silap - Eyka Farhana". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2015-05-10.
  4. ^ Rudy Imran Shamsuddin (25 Mac 2018). "Impian Eyka terlaksana". Harian Metro. Dicapai pada 1 April 2018.
  5. ^ Mohamad Azrul Mohd Radi (9 September 2016). "Dulu tak mesra". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2016-09-10.
  6. ^ Wani Arifin (29 Ogos 2017). "Kakak Eyka Farhana meninggal dunia". Media Hiburan. Dicapai pada 2017-09-10.
  7. ^ Norhayati Nordin (29 Julai 2017). "Eyka jadikan Fazura idola". Harian Metro. Dicapai pada 29 Julai 2017.
  8. ^ Norhayati Nordin (13 Ogos 2017). "Eyka mahu contohi Fazura". Harian Metro. Dicapai pada 13 Ogos 2017.
  9. ^ Rudy Imran Shamsudin (15 Mei 2019). "Eyka Farhana dikejarkan ke hospital". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  10. ^ Rudy Imran Shamsudin (27 Mei 2019). "Eyka tangguh pembedahan". Harian Metro. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  11. ^ "Dimensi Eyka Farhana", Rentak Artis Popular (RAP), Harian Metro, 26 Mac 2012.
  12. ^ Budiey (25 Disember 2015). "Eyka Farhana cabar diri jadi hos Pada Suatu Ketika". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2016-01-01.
  13. ^ Arina Azlan (14 September 2016). "Garis matang Eyka Farhana". Kosmo!. Dicapai pada 2016-09-15.
  14. ^ "Eyka Farhana komited bina portfolio". Kosmo!. 20 Disember 2014. Dicapai pada 25 Disember 2014.
  15. ^ Sudirman Mohd Tahir (3 Julai 2019). Tampil sisi berbeza - Eyka Farhana Harian Metro. Dicapai pada 18 Ogos 2019.
  16. ^ Rudy Imran Shamsudin (3 Disember 2019). "Tidak letak harapan tinggi". Harian Metro. Dicapai pada 7 Disember 2019.
  17. ^ Syahirah Mokhtazar (29 September 2017). "Actress Eyka Farhana is falsely scandalised in a sex video". New Straits Times. Dicapai pada 2016-09-10.
  18. ^ Rudy Imran Shamsudin (7 Oktober 2017). "Eyka Farhana serius pertahan maruah". Harian Metro. Dicapai pada 25 Oktober 2017.
  19. ^ Syahirah Mokhtazar (3 Oktober 2017). "Actress Eyka Farhana files police report over alleged sex video". New Straits Times. Dicapai pada 25 Oktober 2017.
  20. ^ Annie May (30 Oktober 2018). "Photo of Janna Nick & Eyka Farhana Sparked Controversy, Said To Promote LGBT". Hype Malaysia. Dicapai pada 7 November 2018.
  21. ^ "Eyka Farhana, Janna Nick dikecam gara-gara sekeping gambar". Sinar Harian. 1 November 2018. Dicapai pada 7 November 2018.
  22. ^ Angelin Yeoh (25 November 2015). "Eyka Farhana, the accidental actress of Juvana 2". Star2. Dicapai pada 1 Disember 2015.

Pautan luar