Budak Tebing
Budak Tebing | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Feroz Kader |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Sakit" oleh Yonnyboii ft. Zynakal |
Lagu penutup | "Sakit" oleh Yonnyboii ft. Zynakal |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Syawal Aiman |
Penerbit | Jalena Rejab |
Penyunting |
|
Lokasi | |
Tempoh siaran | 41–42 minit |
Syarikat penerbitan | Country & Universal |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 11 Mac 2020 – 9 April 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | Bukan Kahwin Paksa |
Diikuti oleh | The Gadis |
Budak Tebing ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 dibintangi oleh Adam Lee dan Aedy Ashraf sebagai protagonis utama dengan Bella Dowanna, Eyka Farhana, Firdaus Ghufran dan Fariz Isqandar sebagai protagonis pembantu.[1][2][3] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 dari 11 Mac 2020 hingga 9 April 2020 menggantikan Bukan Kahwin Paksa.
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4][5]
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Mengisahkan tentang Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’.
Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu. Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia. Kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur.
Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya.
Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan ‘budak tebing’ akan retak kerana kesilapan lampau?
Pelakon[sunting | sunting sumber]
Pelakon utama[sunting | sunting sumber]
- Adam Lee[6] sebagai Arif
- Aedy Ashraf sebagai Tongki
Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]
- Bella Dowanna sebagai Laura[7]
- Eyka Farhana sebagai iyra
- Fariz Isqandar[8] sebagai Yoyol
- Firdaus Ghufran sebagai Talam
- Syazwan Zulkifly sebagai Abang Lan
- Amyza Aznan sebagai Aida[9]
- Alex Afian sebagai Kamarudin
Tema[sunting | sunting sumber]
Menurut portal Oh! Bulan, plot penceritaan Budak Tebing sarat dengan konflik, kemanusiaan, isu semasa dan kasih sayang yang perlu dijadikan teladan untuk masyarakat.[10]
Sambutan[sunting | sunting sumber]
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Media Prima Berhad, Budak Tebing telah meraih sebanyak 10 juta tontonan.[11]
Di Twitter, rata-rata netizen memberi pujian kepada pengarah Feroz Kader kerana menghasilkan satu karya yang luar biasa dan sesuai dengan generasi kini. Pada masa yang sama, Tweet netizen ini turut dibalas oleh pelakon utama, Aedy Ashraf, yang mengucapkan ribuan terima kasih buat penonton yang menonton Budak Tebing.[10]
Penarafan[sunting | sunting sumber]
EPISOD PERTAMA | EPISOD AKHIR | ATAS TALIAN | JUMLAH TONTONAN | SUMBER |
---|---|---|---|---|
N/A | [12] |
Runut bunyi[sunting | sunting sumber]
Kesinambungan[sunting | sunting sumber]
Kesinambungannya, Budak Tebing 2 akan ditayangkan pada 18 Jun 2021 di TV3, susulan kejayaan siri pertama.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Drama Budak Tebing (TV3)" My Infotaip (11 Mac 2020). Dicapai pada 13 Mac 2020.
- ^ Budiey (10 Mac 2020). Sinopsis drama Budak Tebing lakonan Adam Lee dan Eyka Farhana Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 Mac 2020.
- ^ Irdina Azime (11 Mac 2020). "Kita kawan bukannya lawan" - Budak Tebing hiasi Slot Lestary TV3 malam ini, rugi tak tengok XTRA. Dicapai pada 13 Mac 2020.
- ^ Budak Tebing (2020): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 10 April 2020.
- ^ Kenneth Chaw (15 April 2020). ‘Budak Tebing’ and other great Malaysian drama you can stream for free The Star Online. Dicapai pada 1 Ogos 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (12 April 2020). Budak Tebng lonjak Adam Harian Metro. Dicapai pada 1 Ogos 2020.
- ^ Norhayati Nordin (12 Mac 2020). Abai aura negatif Harian Metro. Dicapai pada 4 April 2020.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (8 Jun 2020). Fariz Isqandar enggan hanya dikenali dengan Yoyol Budak Tebing - "Fasa baharu untuk saya" mStar Online. Dicapai pada 1 Ogos 2020.
- ^ Nazar Rafiqhi (10 April 2020). "Yang rindu boleh marathon kat YouTube" - Budak Tebing trending, Amyza Aznan ucap terima kasih Media Hiburan. Dicapai pada 11 April 2020.
- ^ a b Sarat dengan konflik dan iktibar, penonton mahukan drama Budak Tebing 2 selepas ini Oh! Bulan (10 April 2020). Dicapai pada 11 April 2020.
- ^ Media Prima's digital platforms hit new highys during MCO New Straits Times (1 April 2020). Dicapai pada 10 April 2020.
- ^ Syafiqa Irdina (17 April 2020). "Padu! Budak Tebing cecah 10 juta tontonan, kini giliran The Gadis tawan Slot Lestary". XTRA. Dicapai pada 30 April 2020.