Ayu Damit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Ayu Damit
Ayu - AJL 23 (2009).jpg
Ayu membuat persembahan di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-23 (2009).
Latar belakang
Nama lahirNorayu binti Damit
Kelahiran (1989-07-12) 12 Julai 1989 (umur 33)
Berasal dariPutatan, Sabah, Malaysia
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi, Usahawan
InstrumenVokal
Tahun aktif2008 – kini
Syarikat rakaman
Monkey Bone Records
Pengkarya berkait
Shila Amzah
Nabil Zamanhuri

Norayu Damit (lahir 12 Julai 1989) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau menempa nama dengan menjuarai pertandingan menyanyi realiti One in a Million musim kedua. Beliau juga merupakan bekas peserta dan pemenang tempat ketiga bagi program realiti TV Gegar Vaganza musim ketujuh pada tahun 2020. [2]

Single pertama beliau, iaitu "Hanya di Mercu" yang diperkenalkannya sebagai lagu finalis dalam acara finale OIAM2, pernah menerajui carta radio sekitar suku kedua tahun 2008. Album pertamanya, iaitu Inspirasi di bawah label Monkey Bone Records pada Julai 2009, dengan single terbaru Inspirasi Abadi.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada April 2010, setelah banyak diperkatakan melalui khabar angin, Ayu akhirnya mengakui kepada umum bahawa beliau sudah berkahwin dan mempunyai anak, dan selama ini menyelindung perkara ini dari umum atas kedua-dua belah pihak keluarga, di samping tidak mendedahkan identiti suami dan anaknya itu.[3]

One in a Million 2[sunting | sunting sumber]

Ayu merupakan salah seorang daripada 12 finalis One in a Million musim kedua. Setelah hampir 10 minggu beradu suara dalam pertandingan itu, Ayu telah dinobatkan sebagai juara OIAM musim kedua. Yang menariknya, dalam pertandingan ini Ayu yang merupakan bakat baru pada waktu itu, berjaya menewaskan dua lagi pencabar terdekatnya, yang juga merupakan artis rakaman dan penyanyi professional iaitu Shila Amzah dan Siti Sarah Raisuddin.

Gegar Vaganza 7[sunting | sunting sumber]

Ayu ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Mus May, Haslinda, Cliff Umar, Ashira, Noraniza Idris dan lain-lain. Beliau dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album mini (EP)[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Album
2008 "Hanya Di Mercu" Inspirasi
2009 "Ku Peluk Dunia"
2010 "Ku Miliki Abadi"
2011 "Inspirasi Abadi"
2021 "Permata" Single

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya dicalonkan Keputusan
2008 One in a Million (musim ke-2) N/A Hanya Di Mercu Juara
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ke-22) Artis Baru Wanita Popular N/A Tercalon
2009 Anugerah Industri Muzik ke-16 Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) Hanya Di Mercu Tercalon
Video Muzik Terbaik Tercalon
Anugerah Shout! Anugerah Power Vocal Tercalon
Anugerah Planet Muzik (ke-9) Artis Baru Terbaik (Wanita) Menang
2020 Gegar Vaganza (musim ke-7) N/A N/A Pemenang Tempat Ketiga

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaidi Mohamad (26 Ogos 2017). "Ayu masih minat menyanyi". Berita Harian. Dicapai pada 3 September 2017.
  2. ^ Nur Asyikin Mayudin (14 Disember 2020)[1] mstar online
  3. ^ "Ayu Akui Sudah Berkahwin dan Punya Anak". gua.com.my. 22 April 2010. Dicapai pada 22 April 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]