Pemisahan Singapura daripada Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Rencana ini ialah sebahagian daripada Sejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia
Kerajaan awal
Tanah Merah (Kurun-2 hingga kurun-7)
Gangga Negara (Kurun-2 hingga kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (Kurun-3 hingga kurun-5)
Kedah Tua (Kurun-5 hingga kurun-11
Srivijaya (Kurun-7 hingga kurun-14)
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah (1136–sekarang)
Kesultanan Kelantan (1267-sekarang)
Kesultanan Brunei (1363–sekarang)
Kesultanan Melaka (1402–1511)
Kesultanan Sulu (1450–1899)
Kesultanan Pahang (1470-sekarang)
Kesultanan Perak (1528–sekarang)
Kesultanan Terengganu (1725-Sekarang)
Kesultanan Selangor (1743-Sekarang)
Negeri Sembilan (1773-Sekarang)
Kerajaan Perlis (1843-Sekarang)
Era Penjajahan Barat
Serangan Portugis di Melaka (1511)
Perjanjian Inggeris-Belanda (1824)
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam (1909)
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Perang Dunia Kedua
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Tragedi Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)
Malaysia selepas Merdeka
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Serangan hendap Lahad Datu 1985 (1985)
Peristiwa Memali 1985 (1985)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Pencerobohan Lahad Datu (2013)

Flag of Malaysia.svg Portal Malaysia

Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.

Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. [perlu rujukan]

Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura. Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan September 1964 pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

Arahan Kuala Lumpur supaya RTS atau Radio Television Singapura diletakkan dibawah Kementerian Penerangan Persekutuan pada awal 1965 juga diingkari Lee Kuan Yew kerana polisi penyiaran RTS bercanggah dengan aspirasi Malaysia ketika itu. Siaran RTM yang terhad di kawasan tengah Semenanjung berorientasikan Melayu sementara siaran RTS yang agak kebaratan meliputi kawasan selatan seluruh Johor dan sebahagian Melaka. Apabila RTS menyiarkan berita dalam 4 bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin di dua saluran TV berbanding RTM yang masih dalam satu bahasa, ia sebenarnya satu provokasi terhadap dasar "bangsa Malaysia" yang cuba diterap Tunku dan arahan lee Kuan Yew ke atas RTS berkait rapat dengan konsep "Malaysian Malaysia"nya.Siaran berita bahasa melayu tv Singapura pada jam 7 petang disaloran 8.Dalam petikan berita 1hb mei mukasurat 3 akhbar berbahasa melayu memetik SINGAPURA,Juma'at-mulai esok Taliveshen Malaysia(Singapura) akan menyiarkan siaran warta berita-nya tiap2 hari dalam empat bahasa-melayu,mandarin,tamil dan inggeris.Siaran warta berita dalam bahasa melayu akan di-pancharkan melalui saloran 8 sa-tiap hari pada pukol 7 malam.Siaran berita bergambar dalam bahasa melayu pula di-siarkan pada pukol 7.10 petang melalui saloran 8 pada tiap2 hari rabu dan sabtu saja.

samada disengajakan atau tidak pada akhbar yang sama bertarikh 7hb ogos Tv Malaysia diruangan susunan rancangan tv mukasurat 8 menulis Tv Malaya merujuk Tv Malaysia beberapa hari sebelum Singapura keluar dari Malaysia[petikan diperlukan]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]