Springer spaniel Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Springer spaniel Inggeris
English Springer Spaniel in Tallinn.JPG
Springer spaniel Inggeris
Nama lain Springer spaniel
Negara asal England
Anjing (Canis lupus familiaris)

Springer spaniel Inggeris (Bahasa Inggeris: English springer spaniel) ialah satu baka gundog dalam keluarga spaniel yang secara tradisional digunakan untuk penggarahan dan pengutipan buruan. Ia merupakan baka penyayang dan mudah teruja dengan jangka hayat purata dua belas ke empat belas tahun.[1] Diturunkan daripada spaniel Norfolk atau daripada spaniel Shropshire dari pertengahan abad ke-19, baka ini telah mencapah kepada jurai keturunan pertunjukan dan pekerja. Baka ini menghidap masalah kesihatan purata. Versi pertunjukan baka ini telah dikaitkan dengan "sindrom keberangan", sungguhpun gangguan ini sangat jarang. Ia berkait rapat dengan springer spaniel Wales dan sangat berkait rapat dengan cocker spaniel Inggeris; kurang daripada seabad lalu, springer dan cocker datang daripada perinduk sama. Anjing "cocker" spaniel memburu woodcock sementara rakan seperinduk lebih besar digunakan untuk menggarah, atau "men-spring", buruan. Pada 1902, The Kennel Club England mengiktiraf springer spaniel Inggeris sebagai baka tersendiri.[2] Ia digunakan sebagai anjing penghidu pada skala besar. Istilah "springer" diperoleh daripada peranan pemburuan dahulu, melibatkan "spring" (menggarah) burung ke udara.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan burke tidak disediakan
  2. http://www.akc.org/breeds/english_springer_spaniel/index.cfm

Pautan luar[sunting | sunting sumber]