Stesen Komuter Petaling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Petaling Komuter station)
Petaling Keretapi Tanah Melayu KTM Komuter
ڤتاليڠ
Papan tanda stesen di platform stesen.
LokasiStesen Petaling, Jalan Kampung Pasir, Kampung Pasir, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°05′10″N 101°39′51″E / 3.08602°N 101.66409°E / 3.08602; 101.66409Koordinat: 3°05′10″N 101°39′51″E / 3.08602°N 101.66409°E / 3.08602; 101.66409
Dimiliki olehKeretapi Tanah Melayu
Laluan2 Laluan Pelabuhan Klang
Platform2; 1 platform sisi dan 1 platform tengah
Trek4
SambunganPengangkutan bas Rapid KL: 782
Pembinaan
Jenis strukturAtas tanah
Templat letak kenderaanAda
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KD04 
Sejarah
Dibuka14 Ogos 1995
Perkhidmatan
KTM Komuter
menghala ke Tanjung Malim atau KL Sentral
Laluan Pelabuhan Klang
menghala ke Pelabuhan Klang atau Kepong
Lokasi
Map

Stesen komuter Petaling (bahasa Inggeris: Petaling Komuter station) ialah salah satu stesen kereta api komuter di Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini merupakan salah satu stesen yang terletak di perkhidmatan Laluan Pelabuhan Klang yang telah dibuka pada 14 Ogos 1995.[1] Ia terletak di antara Stesen Komuter Pantai Dalam dan Stesen Komuter Jalan Templer dan dimiliki sepenuhnya oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad.[2]

Ciri-ciri stesen[sunting | sunting sumber]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak berhampiran dengan kawasan perkampungan Kampung Pasir Baru, Taman Gasing Indah, kawasan perumahan Petalz Residence, D'Sand Residence dan Kuil Sree Maha Mariamman Petaling Estate. Walaupun ia dinamakan Petaling, stesen ini terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Stesen ini dibina berhampiran dengan penghujung barat Jalan Klang Lama di mana ia akan bergabung ke Lebuhraya Pantai Baru E10.

Pelan stesen[sunting | sunting sumber]

Struktur stesen terletak di atas permukaan tanah. Stesen ini mempunyai satu platform sisi dan satu platform tengah dengan empat landasan kereta api.

Perkhidmatan Bas[sunting | sunting sumber]

Bas RapidKL laluan 782 berkhidmat di sekitar stesen ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hilmi Mohamad (Julai 2003). "Rail Transportation in Kuala Lumpur" [Pengangkutan Rel di Kuala Lumpur] (PDF). Japan Railway & Transport Review (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Mac 2017. Dicapai pada 1 Mei 2019.
  2. ^ "Komuter Routes in Malaysia" [Laluan Komuter di Malaysia]. Keretapi Tanah Melayu (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 20, 2018. Dicapai pada 31 Oktober 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]