Saujana Utama
Bandar Saujana Utama(BSU) berkeluasan lebih kurang dari 1000 ekar merupakan satu komuniti yang terletak berhampiran Sungai Buloh dan berada di bawah tanggungjawab Majlis Daerah Kuala Selangor. Kawasan ini telah dibangunkan oleh sebuah syarikat hartanah Malaysia, Glomac Berhad semenjak tahun 1998 lagi. Selepas lebih sepuluh tahun dibangunkan, dianggarkan Bandar Saujana Utama telah menjadi tempat tinggal kepada lebih 30,000 orang.
[sunting] Fasa
Bandar Saujana Utama terbahagi kepada 5 kawasan iaitu Saujana Utama fasa 1(SU1), Saujana Utama fasa 2(SU2), Saujana Utama fasa 3(SU3), Sungai Buloh Country Resort(SBCR) dan yang terbaru adalah Bukit Saujana.
[sunting] Kemudahan
Bagi memudahkan kehidupan harian di kawasan ini, beberapa kemudahan telah disediakan. Antara kemudahan-kemudahan di sini adalah :
Balai Polis Saujana Utama
Balai Polis ini terletak di SU1 dan telah dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.
Kelab Saujana Utama (BSU Clubhouse)
Kelab ini terletak di kawasan SBCR dan mempunyai sebuah restoran iaitu Restoran Rumah Thai, kolam renang kanak-kanak, kemudahan gimnasium, gelanggang tenis dan lain-lain kemudahan lagi.
Elmina Equestrian Centre
Ia mula dibuka pada tahun 2000 dan terletak berhampiran Kelab Saujana Utama.
Central Mart
Pusat membeli belah ini dibuka pada tahun 2008. 2 pengoperasi utama adalah pasaraya Central Mart dan juga Ace Hardware. Selain daripada itu terdapat beberapa gerai-gerai perniagaan di sini. Ia dibuka setiap hari dari 9.30am – 10.30pm.
Lain-lain kemudahan
Stesen Petronas dan Shell, Bank Islam, sekolah menengah dan rendah, 2 buah masjid, taman permainan kanak-kanak, SU Mall dan lain-lain lagi.
[sunting] Pautan Luar
- Glomac Berhad-Bandar Saujana Utama
- Portal Komuniti Saujana Utama 3, Sungai Buloh
- Laman Aspirasi Komuniti Saujana Utama
- Laman web rasmi Majlis Daerah Kuala Selangor