Stesen ERL Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
| KLIA | |
|---|---|
Platform di stesen ERL KLIA ERL. |
|
| Statistik stesen | |
| Alamat | The Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Selangor, Malaysia. |
| Laluan | KLIA Transit dan KLIA Ekspres (Express Rail Link) (2002 – kini) |
| Platform | 1 platform tengah (KLIA Ekspres) 1 platform tengah (KLIA Transit) |
| Landasan | 2 (KLIA Ekspres) 2 (KLIA Transit) |
| Maklumat lain | |
| Dibuka | 2002 |
| Dimiliki oleh | ERL Private Limited |
Stesen ERL Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dikendali oleh Express Rail Link (ERL) Sdn. Bhd. di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia. Stesen ERL terdiri daripada dua stesen berasingan di bawah Bangunan Terminal Utama KLIA.
Stesen KLIA Ekspres [sunting]
Stesen ini adalah untuk kegunaan KLIA Ekspres yang menyediakan perkhidmatan tren tanpa henti ke KL City Air Terminal (KL CAT) di Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur.
Perjalanan tanpa henti antara Kuala Lumpur dan KLIA sepanjang 57 kilometer memakan masa tepat 28 minit. Tren berlepas setiap 15 minit pada waktu kemuncak dan setiap 20 minit pada waktu lain. Tiket satu haluan berharga RM 35.
Stesen KLIA Ekspres terletak di tingkat pertama Bangunan Terminal Utama.
Stesen KLIA Transit [sunting]
Stesen ini adalah untuk kegunaan KLIA Transit, iaitu perkhidmatan komuter berkelajuan tinggi yang juga menghubungkan Kuala Lumpur Sentral dengan KLIA dan berkongsi landasan dengan KLIA Ekspres, tetapi bezanya KLIA Transit berhenti di tiga stesen lain, iaitu Bandar Tasik Selatan, Salak Tinggi, dan Cyberjaya/Putrajaya. Kemudahan daftar masuk tiada di stesen KLIA Transit.
Stesen KLIA Transit hanya boleh dimasuki dari tingkat ketiga (ketiga) Bangunan Terminal Utama, walaupun terletak di tingkat pertama.
Lihat juga [sunting]
| Stesen sebelumnya | Stesen berikutnya | |||
|---|---|---|---|---|
| Kuala Lumpur Sentral | KLIA Ekspres | Terminus | ||
| Salak Tinggi | KLIA Transit | Terminus | ||