Tanjung Harapan, Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tanjung Harapan terletak berhampiran dengan Pelabuhan Utara di Pelabuhan Klang, Selangor. Tanjung Harapan berdekatan dengan Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang.

Tanjung Harapan dibentuk oleh mukabumi yang menganjur ke tengah laut yang membentuk sebuah tanjung. Sungai Kelang di sebelah selatan dan Pulau Klang di seberang Sungai Kelang.

Ramai penduduknya bekerja di Kawasan Industri Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Yang lain membuka restoran makanan laut, kaki tangan pelabuhan utara dan berkaitan dengan kapal dan pelabuhan.